Bab 31
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
To: My ex-fiancee Isabella..
I’m sure this letter will make you surprise but this is the only way for me to talk with you. I’m not looking forward for your answer because this is the thing you have to do.
I’m so sorry kerana mematahkan sekeping hati awak dengan kejam.
Saya tak punya pilihan Isabella melainkan saya terpaksa tinggalkan awak. Memandangkan saya sayang kepada Abang Arif, saya turuti keinginan untuk supaya awak berkahwin dengan abang walaupun cara saya nampak melampau. Saya hanya ingin menyerahkan awak kepada seseorang yang layak mencintai dan menyayangi awak. Saya ingin awak tahu, Abang Arif dah banyak berkorban untuk memiliki awak, Isabella. Saya dah lama sedar yang sebenarnya Abang Arif menyimpan perasaan untuk awak. Saya rasakan setiap kali dia memandang awak ketika kita masih lagi bersama dulu.
So please.. forgive me and love Arif again. I’m very sure my decision was right.
Afif…
Itulah surat yang aku terima semalam melalui Ayu Raudhah ketika aku sibuk diinai. Rasa bersalah benarku terhadap Arif kerana sama sekali tidak menyangka, suamiku itu telah memendam rasa dengan lebih lama. Satu lagi kenyataan yang membuatkan aku terharu. Rupanya Zaqwan yang membantuku itu adalah orang kepercayaan Arif. Bersungguh-sungguh Arif untuk membetulkan jalan hidupku yang tidak teratur itu.
“ Kak Bella.. Percayalah, abang Arif hanya berniat untuk menjaga hati..” suara Ayu kedengaran di sebelahku, memujuk dan meyakinkan hatiku untuk meleraikan sengketa. Sejujurnya, aku rindu berat kepada Arifku itu. Setiap detik, setiap saat aku ingin dekat padanya tetapi terkenang kepada caranya melindungiku itu, aku mematikan hasrat. Melihat kepada caranya jua yang tidak lagi berusaha memujukku untuk menghentikan sengketa pun membuatkan aku patah hati untuk menjernihkan keadaan. Memang aku yakin Arif itu orang yang baik walaupun kebaikannya melukakan sekeping hatiku.
Selama ini, diam-diam dia menyimpan jasa.
“ Dah lah tu.. Termenung memanjang…” tegur mak andamku pula. Aku yang sedari tadi memikirkan Arif itu tersengih. Mak andamku itu memang pandai mengubah penampilanku.
Majlis persandingan kami diteruskan jua meskipun hubungan antara aku dan suamiku itu masih dingin. Tidak aku dan tidak juga dirinya berusaha meleraikan sengketa. Meskipun ada di satu ketika, aku benar-benar merinduinya.
Di atas pelamin hari ini, itulah pertemuan kami dengan lebih dekat dan rapat. Jiwaku rasa terdera benar tapi aku gagahi jua untuk tersenyum. Busana yang kami kenakan digubah indah ilham daripada mummy dan juga mertuaku. Tema persandingan memang seperti yang kami rancangkan tapi seingatku, sepanjang kami bersengketa aku tidak nampak Arif membuat sebarang persediaan. Tetapi hari ini, segalanya nampak teratur.
Akukah yang sebenarnya menjauh dari dirinya?
Pastilah sesudah saat ini, aku akan merasa terkurung dalam penjara cinta suamiku sendiri. Mummy tidak membenarkan aku bekerja kerana sedang berbadan dua. Syarikat akan diuruskan sepenuhnya oleh Zaqwan. Kata mummy, aku hanya perlu menjenguk syarikat kami sekali-sekala saja dan bila benar-benar diperlukan di syarikat. Sudah tentu aku akan semakin kaku tinggal bersama suamiku itu tanpa berbuat apa-apa.
Aku mengerling Arif yang hari nampak lebih kemas dari selalu. Hatiku dipagut rasa sayu. Jujur sahaja, aku rindu padanya. Tapi apa daya, daripada rasa terhina di matanya lebih baik aku menjauh hingga di satu saat ini.. aku yang pergi dari hidupnya.
Kerlinganku tertangkap oleh anak matanya. Di atas pelaminan itu kami saling berbalas pandangan. Ada segaris rindu berat di dalam anak mata itu.
Rindu untukkukah itu?
Aku menggigit bibir.
Tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami kupandang sepi. Tercari-cari jugaku dengan bekas tunanganku itu. Aku yakin dia pasti menghadirkan diri kerana Ayu Raudhah ada di sini.
“ Pengantin lelaki berdiri sebelah pulak..” arah jurugambar professional upahan mummy, menyedarkan aku dari terus melayan rasa.
Aku berdebar-debar saat Arif berdiri di sisi.
“ The bride should stand beside too..” pintanya kepadaku dengan Inggeris yang agak kaku. Dia selalu ingat aku tidak faham dengan bahasa Melayu sedangkan bahasa itulah yang lebih aku gemari.
Tangan Arif menyentuh pinggangku.
“ Izinkan abang..” bisiknya.
Hatiku rapuh jua.
Tidak berkutik, aku langsung membiarkannya. Biarlah dia merasakan aku selama merindui hari-hari tanpanya walaupun dia ada di sekitarku.
Biarpun dekat, tapi jauh.
Aku menggaris senyuman ke arah lensa kamera agar merakam detik bahagia ini. Mungkin hari ini saja aku menikmatinya. Mungkin selepas hari ini, aku hanya akan memandangnya dari jauh saja.
Tangan Arif bertaup dengan jemariku.
Genggamannya erat benar.
Aku memandangnya, bersama perasaan sayu.
Dia mengucup hangat dahiku dengan lebih lama dan tingkahnya itu membuatkan para tetamu riuh mengusik. Aku termalu jua saat itu dengan kelakuannya yang nampak selamba saja.
Setelah beberapa kali memperagakan pelbagai gaya, mummy dan juga mertuaku mengarahkan kami masuk berehat pula. Dengan perasaan berat, aku beriringan jua melangkah ke bilik peraduan baru yang mummy sediakan untuk kami berdua. Di birai katil itu, aku terkaku.
Arif pula termangu sendiri di atas sofa.
Suasana bisu benar jadinya sedangkan hari ini adalah hari yang membahagiakan kesemua pasangan pengantin. Sesekali aku mengerling suamiku yang masih segak dengan pakaian pengantinnya.
“ I know you are watching me..”
Aku tersentak dengan teguran itu. Aku cepat-cepat menunduk sambil menggengam erat jemariku. Terasa malu juga ada kerana tertangkap dengan keadaan begitu. Tanpaku sedar, Arif sudah duduk di sebelahku.
“ Sayang..” bisiknya hangat.
Aku menelan liur tapi masih tidak bergerak.
Dia menarik jemariku.
“ Abang rindu isteri abang…” akuinya lalu menarik aku ke dalam pelukannya. Saat itu juga aku rasakan seperti hidup dalam duniaku sendiri.
“ Please come back to me..” sambungnya lagi.
Aku masih tidak menjawab.
Dia mengangkat wajahku untuk membalas tatapan matanya.
“ Abang janji akan jaga Isabella..” janjinya kepadaku.
Aku menggigit bibir menahan tangis.
“ I love you..”
Aku terkaku lagi. Sejujurnya, ungkapan itulah yang aku rindukan kerana aku memang mencintainya juga. Dengan rela hati, aku mengeratkan lagi pelukan.
Arif ketawa kecil.
“ Tak marah abang lagi?”
Aku menggeleng.
Biarlah surat Afif yang berjaya mengubah persepsiku terhadap Arif itu menjadi rahsia.
“ Kenapa mendadak?” Arif bertanya dengan kehairanan.
Aku tersengih manja.
“ Dah lama layan rajuk tapi husband I tak bersungguh-sungguh pujuk..” aku membalas seperti mengadu kepada orang lain pula.
“ Sebab abang tak mahu Isabella terluka lagi..” Arif menjawab serius.
Aku terdiam.
“ Bella.. bawa abang pulang semula ke ruang rindu…” pintanya lalu memelukku erat lagi.
Detik itu juga aku berjanji, ingin mencintainya sepanjang hayat.
1 ulasan:
sweeet laaaaaaaaa............
Catat Ulasan