Bab 6
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…
Jujur saja aku katakan, hatiku memang terasa berat dan lain ketika menurut pelawaan Cikgu Zarul untuk menghadiri majlis Bertahlil dan Doa Arwah yang diadakan di rumahnya Maghrib ini. Bukanlah aku tidak sudi datang ke rumahnya tapi aku terasa amat segan dengan keluarganya. Mahu tak mahu, aku sudah pun menyadaikan keretaku berhampiran dengan pagar utama rumah besar milik keluarganya. Tetamu yang dijemput memang ramai yang hadir. Aku pula rasa tak tentu arah sama ada mahu meneruskan niat atau biar saja termangu di dalam kereta.
Walaupun aku bagai nampak orang bodoh tapi jujur saja aku memang rasa menyesal memujuk Cikgu Zarul tadi. Kerana dia, aku hilang arah ketika mengajar. Kerana dia, aku dihantui rasa bersalah dan kesal kerana membuatnya jauh hati. Makanya, untuk menjernihkan keadaan aku terpaksa beralah.
‘ Cikgu, sya ada dluar..’
Aku menghantar pesanan kepadanya. Aku tak berani untuk masuk ke dalam rumahnya. Ummi pula, ada-ada saja yang dikirimnya kepadaku untuk diberikan kepada keluarga Cikgu Zarul.
‘ kereta mana?’ pesananku berbalas.
Aku tercari-cari juga kelibatnya di pintu pagar utama kerana ada sekelompok keluarga sedang menyambut tetamu yang datang.
‘ warna merah..’
Aku membalas.
‘ mana nampak, dah gelap’
Aku ketawa sendiri membaca balasan mesej itu. Kenapalah aku tidak tefikir langsung mengenainya? Bukankah hari sudah berubah senja dan pastilah dia tidak akan nampak aku. Tanpa berfikir terlalu panjang, aku keluar dari keretaku bersama dua kotak kuih kiriman ummi.
Berdebar-debar rasaku menghampiri pagar utama itu. Orang-orang yang datang pula pandang aku semacam. Ada yang tersenyum, ada yang sekadar memandang dan ada yang sekadar menoleh.
“ Hani..”
Aku dengar namaku dipanggil. Aku tercari-cari arah datangnya suara itu sehinggalah pandanganku kaku pada sebatang tubuh yang nampak bersahaja tidak jauh dariku. Dengan langkah berat aku menghampirinya.
Aku mengetap bibir.
“ Ummi kirim..” ucapku saat berhampiran sudah dengannya. Aku segera menyerahkannya kepada Cikgu Zarul kerana bimbang majlis akan bermula. Dia mengajakku masuk ke dalam rumah besar yang tersergam indah itu. Beriringan aku menuju ke pintunya dengan hati yang sudah berlagu resah.
Kalau berdebar, usah cakaplah.
Tanganku sudah seram dingin.
“ Ibu.. Ini Hani..” perkenal Cikgu Zarul kepada seorang wanita lingkungan 50 tahun namun masih nampak bergaya. Aku menghulurkan tangan dengan cepat-cepat kepada ibunya dengan senyuman. Tanpa kutahu, ibunya menarik aku ke dalam pelukannya. Terkejut benarku dengan perilaku itu. Sempat kumengerling Cikgu Zarul di sebelah dan senyumannya membuat aku semakin gundah.
“ Mak Hani kirim ini, ibu..” Cikgu Zarul memberitahu ibunya.
Ibunya memegang bahuku dan mengajak aku masuk ke dalam rumahnya yang cantik itu.
“Kenapa susah-susah, Hani….” ibunya bersuara kepadaku.
Aku sekadar tersenyum kecil.
“ Jomlah..” ajak Cikgu Zarul.
“Kemana?” soalku setelah ibu Cikgu Zarul berlalu semula ke ruang depan. Meskipun soalanku masih belum berjawab, namun langkahnya kuturuti jua sehinggalah akhirnya langkahku mati di dapur rumahnya.
“ Sal.. tolong hidang ni..” arah Cikgu Zarul kepada seorang wanita berbangsa Indonesia. Mungkin dia pembantu rumahnya. Kemudian, dia memandangku semula. Melihat caranya memandangku berbeza, aku terus bertanya.
“ Ada apa-apa lain di wajah saya?” tanyaku dengan berani tetapi hampir berbisik kerana rumahnya riuh dengan suara tetamu.
Dia tidak menjawab tapi kian galak merenung.
“ Cikgu.. janganlah pandang saya begitu…”
Cikgu Zarul hanya tersengih.
“ Terima kasih kerana sudi datang..”
Aku mengangguk saja.
“ Jomlah ke depan. Sekejap lagi majlis nak mula..” ajaknya kepadaku. Aku masih termangu. Kalau aku turutinya ke depan, aku akan semakin terdedah kepada keluarganya.
“ Segan..” balasku, mengharapkan dia mengerti keadaanku.
Cikgu Zarul ketawa kecil.
“ Kalau bukan kerana walid dah amanahkan saya untuk mengetuai bacaan malam ini, memang saya akan temani awak sepanjang majlis..” dia bersuara dengan sesungguhnya.
Aku menelan liur.
“ Bukan itu maksud saya..”
Keningnya terangkat.
“ Saya segan sangat dengan keluarga cikgu..” luahku, dengan apa yang terpendam di dalam hatiku.
“ Tak apalah..” paksanya lagi.
Dengan langkah yang berat, aku memaniskan muka sekali lagi menuruti kemahuannya. Dia menyuruh aku duduk di tempat tetamu wanita yang ramai berdepanan dengan tetamu lelaki. Aku teragak-agak juga membiasakan diri di dalam kelompok itu. Sesekali aku berbalas pandangan dengan Cikgu Zarul yang nampaknya sudah bersedia untuk memulakan bacaan.
Dari memandangnya, aku memandang lagi hinggalah pandanganku jatuh ke arah seseorang yang sepertinya pernah aku lihat sebelum ini.
Pantas aku teringat!
Dialah gerangannya yang kulanggar si sekolah sewaktu majlis perasmian kokurikulum tanpa sengaja. Rupanya, dia juga salah seorang daripada tetamu yang ada di rumah ini.
Siapalah agaknya dia?
“ Bismillahirrahmannirrahim…”
Bacaan itu beralun, tanda majlis bermula. Sayup-sayupku dengar suara itu melalui pembesar suara dan diikuti oleh jemaah yang lainnya. Bermula dari bacaan Al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan Yassin dan pastinya nanti akan diakhiri dengan Tahlil. Serta-merta ingatanku melayang kepada Syafiq.
Ya TUHAN.. damaikanlah dia di sana… doaku di dalam hati. Sesungguhnya, aku redha dengan pemergiannya. Biarlah dia sejahtera menemuiMu. Jangan murkai dia kerana dialah hambaMu yang khilaf. Sejujurnya, aku sudah lama memaafkannya kerana aku tahu, semua hambaMu itu khilaf.
Aku menggigit bibir dengan kuat. Bertalu-talu rasa sayu menerjah ke ruang hatiku. Ditambah lagi dengan bacaan yang sungguh menenangkan jiwa, ingatan semakin kuat kepada Syafiq.
Aku mengalihkan pandangan kepada pemuda yang mengetuai bacaan majlis itu. Ramai juga suara-suara berbisik, memuji kewarakan dan kebolehannya mengalun ayat-ayat suci. Tidak kurang juga kudengar, ada yang bercerita-cerita tentang dirinya yang masih membujang dan ada juga kudengar mereka seperti sedang menelah aku.
Bahuku disentuh perlahan. Kerana dek terkejut dengan sentuhan itu, aku terus berpaling saja.
Salah seorang tetamunya yang membuat begitu. Senyuman mewarnai wajahnya namun aku tertanya-tanya alasannya begitu.
“ Teman Zarul?” soalnya tanpa selindung.
Aku tersentak.
Mahu tak mahu aku mengangguk saja walaupun niatku bukan untuk menjawab begitu ataupun berbohong atau lebih tepat lagi menaruh harapan. Jawapan apa lagi yang kuada selain berkata begitu kepadanya?
Wanita itu mengangguk-angguk.
“ Dah agak..” balasnya bersahaja.
Aku menelan liur.
“ Pandai Zarul pilih..” pujinya bersama senyum simpul yang nampak benar-benar ikhlas.
Aku sekadar menggaris senyum kelat. Salah faham semakin panjang jadinya dan semuanya punca dari jawapanku sendiri.
Wanita itu menghulur tangan untuk bersalaman. Tanpa lengah aku menyambut dan mencium tangannya.
“ Mak Su Zarul..” perkenalnya kepadaku.
Aku mengangguk-angguk.
“ Hani Aqilah..” balasku dengan sopan.
“ Dah lama kenal?”
“ 5 tahun..”
“ Oh..”
Aku tersenyum.
“ Bila nak buat majlis?” tanyanya dengan penuh makna. Aku rasa hatiku saat itu bagai dipukul dengan kayu besbol saja. Terlalu maut untuk bermain kata.
Tanpa memberi jawapan pasti, aku sekadar mengangkat bahu saja.
Tawa kecil Mak Su kedengaran di sisi.
“ Janganlah buat Zarul makin lama menunggu..”
Aku semakin rasa bersalah dan kurang selesa dengan salahku sendiri. Nampaknya, aku terjerat.
“ Zarul dah lama tunggu?” tanyaku seperti berniat ingin tahu benar.
Anggukan Mak Su menjawab segalanya.
Aku mengetap bibir.
“ Hani tunggu siapa?”
Aku menelan liur. Soalan itu sudah tidak ada maknanya lagi. Biarlah apapun yang Mak Su tanya, yang diceritakannya aku tidak boleh membuat sebarang kesimpulan lagi. Selagi Cikgu Zarul tidak berkata apa-apa, aku tidak boleh membuat sebarang ulasan.
2 ulasan:
hani cepat la terima cikgu zarul,,
uiks..ade gak laki misteri tu..sedare mara zarul ke?ke adik beradik?huuu...npeumi zarul jumpe2 hani terus peleuk?zarul mmg da lame tungu hani?xsgka...kalau hani jd kwen dgn syafiq, adakah zarul xkn kawen ngn sesape?huu(byk nye soalan)...sory..=)
Catat Ulasan