BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 25 Julai 2011

Bab 4- Sayang sudahlah

Bab 4
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

            Enjin kereta kumatikan dengan perlahan. Jam pulak hampir menuju ke jam empat setengah petang. Aku cepat-cepat keluar dari kereta dan mengambil barang ummi dari tempat duduk belakang. Takut tak sempat pulak ummi memasak makanan seperti yang abah pesan nanti.
            Izzah pulak sudah lama menghilang ke dalam rumah. Bukannya tahu nak tolong bawakan barang lain. Selepas menutup pintu kereta, aku bergegas ke dapur. Aku tercari-cari kelibat ummi dan abah tapi tiada. Aku meletakkan barangan ummi di atas meja.
            “ Ummi..” panggilku.
            Aku tercari-cari pulak jadinya.
            Ummi masih belum kelihatan lagi. Mana agaknya mereka berdua ini. Mesti ke belakang rumah agaknya ni.
            “ Dah balik, Hani?” soal ummi yang tiba-tiba saja muncul di muka pintu. Aku terkejut kecil dengan sapaan ummi itu.
            Aku sekadar mengangguk.
            “ Hani naik dulu..” dan aku segera berlalu ke bilik tidurku. Aku meletakkan kunci keretaku di atas meja solek dan berlalu menuju ke katil. Aku menghempaskan tubuhku kerana merasa terlalu letih.
Aku memejam mata sesaat.
Beberapa lama kemudian, ummi datang ke bilikku. Pintu telah diketuknya terlebih dahulu sebelum masuk menghampiriku.
Pahaku ditepuk ummi.
Aku membuka kelopak mataku.
“ Kenapa ummi?” soalku perlahan tapi masih belum berganjak untuk bangun.
“ Abah pesan suruh kita semua ke masjid petang nanti..” ujar ummi dengan mesra.
Aku mengangguk saja tanpa banyak alasan.
“ Kerja Hani tak ada?” soal ummi kehairanan. Pastilah itu satu yang luar biasa sekali kerana selalunya aku akan sibuk dengan kerja-kerja sekolah.
Aku bangun dan duduk tenang di sebelah ummi.
“ Ramadhan dah nak dekat, kena biasakan dirilah, ummi..” jawabku dengan sopan. Jujur saja, aku memang ingin berubah ke arah yang lebih baik. Dengan bakal datangnya bulan yang baik ini, aku ingin menambah ketakwaan kepada yang Maha Esa. Biarlah DIA selalu mendengar pinta dan doaku agar aku selalu tabah menghadapi dugaan hidup yang kurasa berat ini.
Kusempat mendengar ummi mengeluh.
“ Hani.. Hani..” balas ummi sambil menepuk-nepuk bahu kananku perlahan. Dia berdiri semula dan meninggalkan aku termangu sendiri.
Aku menelan air liur.
Rasa senduku datang lagi kepada si dia yang telah pergi. Mataku meliar mencari semula album kenangan di zaman maktab dulu. Aku berkenalan dengan arwah tunanganku, Syafiq itu di sana. Terlalu banyak untuk kukenang tentang dirinya. Tentang susah payahnya mendekatiku, tentang kesungguhannya memaknakan hasrat hatinya, tentang segalanya yang membuatkan aku tekad akhirnya untuk memilih hidup bersamanya.
Aku mencapai album lama yang kuletakkan tinggi di atas almariku. Sudah dilapisi habuk-habuk nipis kerana sejak mengikat tali pertunangan dulu, aku tidak mengimbasnya lagi. Aku membawa bersamanya menuju ke sofa kecil di dalam bilik tidurku itu. Niatku saat ini hanya satu, ingin mengingat kenangan lama. Satu-persatu kepingan album kulihat. Gambar bersamanya ketika aktiviti khidmat masyarakat, ketika berkhemah, ketika majlis-majlis rasmi maktab dan banyak lagi. Senyuman di wajahnya mengusik ketenangan di dalam hatiku.
Ah..
Mataku berkaca lagi.
Aku mengetap bibir.
Jujur saja, aku merinduinya. Rindu kepada dirinya dengan yang sesungguhnya. Hingga ke hari ini aku rasa terkilan juga dengan sikapnya yang cetek akal itu. Seharusnya Syafiq sedar, membunuh diri bukanlah cara untuk dia menunjukkan kesungguhannya berubah.
Itu silapnya!
Kenapa membina hubungan lain dengan teman baikku sendiri?
Titik-titik jernih jatuh.
Syafiq… sekali kau lukakan sekeping hatiku, sekali juga kau heret aku ke lembah memori yang menyakitkan.
Kenapa tinggalkan aku dengan kenangan yang pahit?
Hatiku merintih.
Aku menutup kembali album lama itu kerana sudah tidak tahan dengan kesedihan yang datang bertalu-talu itu. Aku meletakkan album itu di atas meja. Tanpaku sedar, sekeping gambar terjatuh tidak jauh dari kaki meja. Rasa ingin tahuku membuak-buak lalu kukutip dan menatapnya.
Aku tersentak tanpa airmata lagi.
Gambar Cikgu Zarul Syafi’e dengan senyuman menawan di bibirnya.
Hatiku tertanya-tanya.
Bila masa pulak aku ada gambar privacy benar tentangnya pulak? Latar belakang gambar ini pun aku tak tahu langsung dimana. Aku berusaha keras mengingat tapi langsung satu pun tidak terlintas.
Di satu sudut gambar aku ternampak satu coretan.
Congratulation on your convocation’s day my sweetie roses..
Keep in memory,
Zarul Syafi’e.

Demi saja terbaca ‘sweetie roses’ itu, baru aku teringat. Di akhir majlis konvokesyen waktu itu aku tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada bekas pensyarahku itu. Dia memang banyak menabur jasa dan juga membimbing aku untuk terus belajar dan berjaya. Atas doa dan usaha serta didikan tambahan daripadanya, aku dianugerahkan siswi terbaik dan cemerlang dalam semua sudut. Dia sempat menghadiahkan aku sejambak bunga mawar dan kiriman itu disampaikan ke arah ummi. Apabila sudah sampai di rumah, barulah ummi menyerahkan bunga itu kepadaku. Aku sempat melihat seperti sekeping kad tapi apabila di rumah, tak nampak lagi.
Rupanya, inilah yang terselit dalam bungkusan bunga-bungaan itu.
Aku tersenyum sendiri.
Bagaimana boleh hilang gambar ini dulu dan macamana pulak boleh ada di sini?
Cikgu.. cikgu, memang tak sudah-sudah!

1 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

adei..ate gitu kisahnye ye...curang then bunuh diri?kenape singkat sgt pemikiran syafiq?jadi hani sdih sgt pn mst ade kaitan ngn syafiq bunuh diri eh?aiii cikgu zarul...penasaran...huuu