BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 22 Julai 2011

Bab 28-Epilog Cinta Isabella

Bab 28
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Bagai terkena renjatan elektrik saat ungkapan akhir itu singgah ke dalam pendengaranku.
            Apa maksud Afif kerana wasiat?
            Aku terduduk di situ.
            Tercalar rasanya sekeping hati yang masih rapuh.
            “ Bella…” namaku diseru Arif.
Jiwaku tidak di situ.
Semuanya melayang entah kemana.
            Apakah aku selama ini menjadi barang mainan dalam keluarga mereka?
            “ Tell me Arif.. what is the truth..” aku mendesak Arif dalam sendu. Aku tidak tahan dengan teka-teki yang menghempap perasaanku ini.
            “ Please Bella.. we go home now..” pujuk Arif sambil menarik tanganku untuk berlalu dari situ. Dia tidak mahu meneruskan keadaan itu yang hanya akan membuat sekeping hati isterinya itu berdarah dengan lebih parah nanti.
            “ Bella should know everything Arif…” Afif bersuara, menghalang langkah suami isteri itu.
            Aku mengesat airmata.
            “ So you tell me if Arif don’t, Afif..” aku bersuara tegang.
            “ Ini wasiat atuk, Bella..”
            Aku menanti dengan sabar meskipun Arif memaksaku untuk terus berlalu meninggalkan rumah itu. Aku menahan tangannya dari terus memaksaku, agar dia memberiku waktu mengetahui segalanya. Permulaan khabar Afif itu membuatkan aku semakin tertarik untuk mengetahui sandiwara mereka.
            “ Please Bella.. Ini akan buat awak semakin menangis..” pujuk Arif lagi.
            Aku mengangkat tanganku. Itu isyarat aku mahukan Arif berhenti bersuara.
            “ Teruskan, Afif..”
            Aku sempat mendengar Arif merengus kasar.
            Degil benar isterinya ini.
            “ Atuk mahukan abang Arif yang menjadi suami you Bella, not me..”
            “ But why?” putusku segera.
            “ Sebab atuk rasa hanya abang yang layak.. bukan saya..”
            Hatiku seperti dicalar dengan pisau belati yang tajam hingga hirisan hati ini seperti terputus deria rasa.
            “ Bella…” Arif memujuk sambil menarik lenganku.
            Aku pantas merentap.
            “ Kenapa your atuk fikir you tak layak?” soalku geram.
            “ Sebab atuk fikir saya masih belum matang..”
            Aku ketawa sinis mendengar ayatnya yang terakhir itu.
            “ Yes,, that’s totally right..” aku mengejeknya.
            Afif terngaga.
            “ Bila awak tahu pasal wasiat ini?” soalku kepada Afif dengan perasaan yang sudah semakin meruncing.
            “ Beberapa hari sebelum kita hendak bernikah..”
            Aku ketawa lagi.
Ketawa yang penuh dengan kesedihan.
Aku bertepuk tangan kemudian, seolah-olah cerita yang disampaikan Afif itu menarik benar.
            “ Dan you tinggalkan saya tanpa berfikir langsung dengan perasaan saya masa itu?” aku bertanya dengan garang.
            Aku memejam mata.
            “ Both of you are stupid!” aku menyumpah seranah mereka berdua.
            Arif dan Afif terpempan.
            Kasar sungguh bahasa Isabella di pendengaran mereka.
            “ Bella.. what are you talking about?” Arif bersuara tegang.
            “ Its true.. Bodoh sebab mainkan perasaan saya!!” marahku lagi, seperti orang hilang waras.
            “ Bella!”
            Aku memandang Arif di sebelahku dengan tajam.
            “ Kenapa? Tak betul?” soalku angkuh.
            Arif membalas pandanganku jua.
            “ Itu saya akui, tapi itu dulu,.,” Arif mempertahankan dirinya.
            Aku diam.
            Aku juga merasakan sekarang Arif ingin terus melindungiku tetapi aku tidak menyangka inilah rahsia di sebaliknya.
            “ Tell me Arif, you dah lama tahu hal ini kan?” soalku mendatar akhirnya.
            Arif mengangguk.
            Hatiku kecewa.
Aku merasa terhina sekali di hadapan kedua-dua adik beradik ini. Aku seperti mainan saja yang mudah ditukar milik tanpa memikirkan langsung perasaanku.
            “ Kenapa buat saya begini?”
            Arif merentap tanganku.
            “ Balik!” Arif berkata tegas sambil menarik aku dengan kasar.
            Afif menghampiri kami.
Dia seperti ingin meleraikan tetapi Arif sempat menghadiahkan lagi tumbukan ke muka adiknya.
            “ Don’t you dare to touch my wife again!” dia memberi amaran keras terhadap adiknya. Tidak pernah aku melihat Arif sebegitu berang di hadapanku selama ini.
            “ And you, come with me now!”

0 ulasan: