Epilog
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
“ Daddy…”
Si kecil permata hatiku dan Arif bersuara girang dengan patung salji buatannya dengan Arif tadi. Setelah beberapa tahun, permata hati kami membesar dengan sempurna. Sudah 3 tahun hari ini usianya.
“ Icca don’t do like that..” tegur sambil cuba meleraikan pergelutan manjanya dengan Arif di atas salji itu. Kami bercuti sebenarnya bersama mummy lalu kembali ke Scotland, tanah kelahiranku. Memang betul-betul bertuah kerana kepulangan kami kali ini dihujani salji yang dingin.
“ Sayang, its okay..” Arif menjawab bagi pihak si kecilku.
“ Jangan manjakan sangatlah..”
Jessica Maria anakku itu sudah menarik muka apabila Arif tidak lagi bermain dengannya seperti tadi. Si cilik kami tidak fasih berbahasa melayu kerana mummy tidak menggalakannya berbahasa begitu.
“ Mamanya boleh pulak..” usik Arif dengan selamba.
Aku mencubit perutnya.
Dia mengaduh sakit.
Aku dan Jessica ketawa bahagia.
“ Daddy.. if you really love us come and catch now…” jerit Jessica seraya menarik diriku untuk lari dari situ. Aku terpaksa mengikut rentak anakku itu untuk berlari bersama. Suamiku berulangkali berusaha mendapatkan kami dan gelak ketawa Jessica kedengaran lagi.
“ Sayang, kalau abang dapat you..” Arif memberi amaran tapi aku terus-terusan ketawa kerana Jessica membaling Arif dengan bebola saljinya untuk menyukarkan Arif mendapatkan kami.
“ Icca, Bella.. come home..” suara mummy menghentikan perbuatan kami. mummy sudah mengarahkan kami untuk pulang ke rumah kerana hari sudah beransur senja. Jessica sudah berlari-lari anak ke arah mummy.
Aku leka melihat anakku itu terkedek-kedek mendekati mummy.
“ Sayang..” bisik Arif tiba-tiba di sebelahku. Aku terkejut benar dengan kehadirannya di sebelahku. Dia terus merangkul tubuhku dengan erat meskipun aku berulang kali menolaknya. Teringatku akan amaran tadi makanya aku bertindak cuba meleraikan. Tingkah kami saling bertentangan hingga akhirnya aku dan dia terjatuh terbaring di atas salji yang masih dingin itu.
Deru nafasnya hangat menyentuh pipiku.
Aku menelan liur.
Pandangannya menggoda di mataku.
Aku menggigit bibir.
“ Are you trying to hide that sexy lips from me?” tanyanya dengan suara perlahan. Aku bagai dipukau saat itu. Semakin hari semakin bercambah cinta Arif kurasakan untukku.
Benar kata Afif, keputusannya memang tepat meninggalkan aku untuk Arif.
Bibir Arif menyentuh bibirku.
Sama sekali aku tidak menyangka dia berani melakukan begitu di tempat awam. Aku segera menolaknya kerana terkejut dengan tingkahnya.
Arif mengkekeh ketawa.
“ We are in public!” marahku.
“ Bella.. ini Scotland..” dia memperingatkanku dalam sisa tawanya yang kedengaran nakal. Walaupun bukan di negara kami tapi tempat itu masih lagi umum dan orang di sekeliling masih boleh melihatnya walaupun itu bukan sesuatu yang ganjil dalam budaya Scottish.
Sekali lagi Arif menarik aku ke dalam pelukannya. Aku menolak berkali-kali kerana takut dengan tindakan nakalnya.
“ Don’t kiss me..” marahku manja.
Arif ketawa nakal.
“ Why should I care?” bisiknya nakal membuatkan aku semakin hanyut dalam hangat sentuhan kasihnya. Ruang rinduku telah lama penuh dengan bunga-bunga cintanya. Hatiku sudah dimilikinya dan aku tahu.. sejak saat itu hingga akhir nanti, Arif tetap akan membuat aku bahagia.
Aku memandang tepat ke dalam anak mata suamiku itu. Dengan rintik-rintik salji berjatuhan, kedinginan yang mempesonakan.. aku semakin menyayangi suamiku.
I love you, Arif Haikal….
*********** ENDS *******************
6 ulasan:
wah,suke 100 kali nih..eppy nding..
really love your stories..
thumbs up =))
ending yg bezz......gud job sis..
x sabar nk bce citer baru sis....keep writing....
best..baru hari ni ada kesempatan utk m`baca dari episode 1 hingga tamat..tahniah
huuu..kalauade ending sikit psl ayu n afif mst best kn akak...pas tu npe mummy bella xbg cucu die fasih bm gk ye...kn bgus kalau icca fluent dua2 bhse...xde la icca dikutuk ke ape sbb xfasih berbahasa melayu kn nti...heee
Tengkiu semua~ ;))
Catat Ulasan