Bab 3
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…
“ Kak Hani…”
Aku yang sedang sibuk di dapur membantu ummi menoleh ke muka pintu dapur. Adikku Izzah yang memanggil.
“ Kenapa sayang?”
Dia dengan manja, melangkah mendekatiku yang masih sibuk menggaul lauk di kuali.
“ Malam nanti, boleh tak kita pergi beli barang sekolah?”
Aku mematikan api setelah yakin masakanku sudah masak sepenuhnya. Aku mencuci tangan dulu, mengeringkannya sebelum menjawab pertanyaannya. Aku mengajaknya ke meja makan kerana aku takut dia menyentuh periuk yang panas itu.
“ Barang Zah mana?” soalku.
Dia tersengih.
“Hmm… hilanglah tu..” sampuk ummi yang tiba-tiba datang dengan membawa semangkuk nasi. Sebentar lagi kami akan menikmati makan tengahari bersama.
“ Betul?” soalku kepada Izzah untuk meminta kepastian kepadanya.
Dia mengangguk.
Aku merengus.
“ Lain kali, jagalah baik-baik..” tegurku kepada adikku yang masih berusia 7 tahun itu. Dia sekadar mengangguk-angguk seperti mengerti dengan maksudku.
“ Sudah, panggil abah..” arahku sebelum berlalu semula ke dapur membantu ummi.
Ummi memandangku.
“ Hmm.. kamu manjakanlah lagi Izzah tu..” bebel ummi.
“ Adik Hani jugak, ummi…”
“ Memanglah adik Hani, tapi kalau membazir begitu jadi saudara syaitan pula..”
Aku terdiam dengan ceramah ummi.
“ Lainkali, pesan Izzah suruh jaga baik-baik barang tu..”
Aku beriringan dengan ummi menuju ke meja makan. Bebelan ummi tidakku sahut kerana aku tidak mahu nanti ummi terus-terusan menembakku dengan kata-katanya.
Abah datang beberapa detik kemudian. Wajah abah nampak ceria saja. Maklumlah masakan kegemarannya sudah terhidang.
Kulihat ummi mengetuk tangan abah dengan sudu.
“ Eh awak ni.. tangan tu dah cuci ke belum..” tegur ummi saat dia ternampak abah ingin menyenduk tenggiri asam pedas kegemarannya.
Aku tersenyum kecil dengan kemesraan cinta hatiku itu. Kulihat, abah sempat menjeling ummi sebelum abah menghilang ke dapur. Aku mengambil senduk dan menyenduk nasi kosong ke dalam 4 biji piring yang telah kami sediakan. Aku duduk berhadapan dengan ummi, bersebelahan dengan Hani Izzah, adikku yang manja benar denganku itu.
“ Nak mana?” tanyaku sopan kepada Izzah.
Dia menunjuk lauk asam pedas abah. Tanpa banyak soal, aku menyendukkan ke dalam piringnya. Izzah berselera benar tengahari ini kerana selalunya kalau hendak makan pun Izzah mesti dipaksa.
“ Lapar sangat Zah hari ni..” tegurku sewaktu menuang air oren ke dalam gelas.
Dia tersengih.
“ Mestilah..” jawabnya bersahaja.
Ummi ketawa kecil.
“ Mana tak berselera, nak ambil hati Hanilah tu..” usik ummi yang sedang sibuk menyenduk lauk pauk ke piring abah.
Abah ketawa.
“ Kalau tak.. tak jadilah beli barang..”
Aku terdiam mendengar gurauan itu.
“ Oh..” balasku tidak menyahut usikan mereka.
Kami menikmati makan tengahari bersama dengan selera besar hari itu. Pastilah sentuhan air tangan ummi yang menjadi pujaan hatiku.
“ Dah dekat Ramadhan ni, abah ingat nak sedekah ke masjid lagi…” abah bersuara perlahan.
Aku memandang abah.
“ Bila kiranya niat abah tu?” balasku, tertarik dengan niatnya.
“ Kalau ummi kamu okey, abah ingat mula hari ini..” balas abah lagi namun sempat lagi mengusik ummi.
Ummi menjeling abah.
“ Eh, anak awakkan ada..” ujar ummi dengan selamba.
Aku menarik muka.
“ Masakan ummilah paling best sekali…” serentak aku, abah dan Izzah bersuara lalu tertawa bahagia.
Ummi mencebik.
“ Bodek ummilah tu..” komen ummi yang kelihatan sudah habis menikmati makanannya. Seperti ummi, abah, aku dan juga Izzah turut sama sudah menghabiskan makanan. Aku membantu ummi mengemas sedang Izzah dan abah sudah menghilang entah kemana. Aku mengangkat pinggan mangkuk itu ke sinki dan membasuhnya.
“ Tak ada kelas petang hari ini, Hani?” tanya ummi di sebelahku. Ummi juga membantuku membilas mangkuk-mangkuk yang sudahku gosok dengan sabun pencuci itu.
Aku menggeleng menjawab pertanyaan ummi.
“ Kenapa ummi?”
“ Ummi ingat nak suruh kamu belikan bahan-bahan untuk kuih abah Hani tu..” kata ummi.
Aku mengetap bibir.
“ Hmm.. okeylah.. Hani pun nak teman Izzah beli barang sekolah. Sekali terus beli barang ummi tu..” cadangku sambil mengemas bekas kami ke tempatnya.
“ Tapi ummi tak ikut..” sambung ummi sambil beriringan kami berjalan ke luar dari dapur.
Aku menggaris senyuman.
“ List barang ada?”
Ummi mengangguk.
“ Zah…” laungku.
Beberapa lama kemudian Izzah datang.
“ Pergi tukar baju. Kita jalan petang ni juga…”
Wajah adikku itu berubah ceria.
“ Yeayyyy”
Aku menggeleng-geleng dengan telatah adikku itu. Aku mendekati ummi yang seperti sedang sibuk mencari-cari sesuatu di ruang rehat kami.
“ Ummi cari apa tu?” soalku ingin tahu.
Ummi memandang sekilas sebelum mencari lagi.
“ Ni haa list barang ummi..” balas ummi setelah dia mendapati yang dicarinya. Aku menyambut senarai barang ummi dan terus naik ke bilik. Beberapa lama kemudian, aku turun semula bersama kunci kereta. Aku bersalaman dengan ummi dan abah.
“ Jangan pulang lewat..” pesan abah.
Aku mengangguk.
“ Hati-hati pandu kereta..” pesannya lagi.
Aku mengangguk lagi.
“ Jaga Izzah baik-baik..”
Aku merengus.
“ Baik bos…” sindirku kepada abah seraya mendabik hormat kepadanya sebagai tanda mengusik polis pencenku itu.
Ummi sekadar tersenyum.
Beberapa detik kemudian kami keluar dari perkarangan rumah. Izzah ingin membeli barang ke Mall pula tapi aku tak suka ke gedung itu. Susah cari tempat letak kereta sebab di situlah tumpuan muda-mudi zaman sekarang. Niat melepak memanjang, membuang masa dengan kerja tak ada faedah.
“ Please….” rayu Izzah bila diingatnya aku akan menolak untuk pergi ke Mall.
Aku mengangguk saja setuju dengan permintaan si manjaku. Lagipun, Mall itu bukannya jauh sangat dari rumah kami. lebih kurang 15 minit, pasti sampai.
Aku membelok berkali-kali saat tiba di Mall sebelum nasibku menjadi baik menemui tempat letak kereta hampir dengan pintu utama. Aku beriringan dengan Izzah masuk ke Mall itu. Segeraku bawa Izzah menuju ke ruangan peralatan sekolah dan membiarkannya memilih dengan bebas. Aku pula beredar ke ruang buku-buku ilmiah untuk menambah koleksi almariku di ruang bacaan di rumah.
Hmm.. Hakikat Jin.
Aku membalek-balek buku berkulit tebal, pena Dato’ Ismail Kamus itu. Kemudian aku letak semula. Aku mengambil lagi buku-buku yang lain.
‘Jadilah Wanita yang Paling Bahagia.’
Aku membaca isi kandungannya. Tak memuaskan hatiku juga lalu aku kembalikan ke tempatnya.
‘ Laa Tahzan’
Tajuk buku yang menarik benar dan seperti menyedarkan aku dari masa lalu. Sinopsisnya cukup memberiku semangat.
Sedangku terleka membalek-balek buku, aku terkejut dengan suara orang berdehem pula. Segeraku menoleh kepada si gerangan yang membuat aku begitu.
“ Assalammualaikum..”
Aku terpana.
“ Waalaikumsalam..” jawabku antara dengar dan tidak.
Aku meletakkan semula buku yang kupegang ke tempatnya.
Cikgu Zarul Syafi’e yang ada di depanku, dengan gaya yang bersahaja dan santai.
“ Tak jadi beli buku itu?” tanyanya dengan mesra dan senyuman.
Aku tersenyum kecil.
“ Tengok-tengok saja..” balasku.
Dia mengangguk-angguk. Pandangannya meliar seolah-olah mencari seseorang. Tidak lama, pandangannya jatuh semula kepadaku.
“ Datang dengan siapa?”
“ Adik..”
“ Oh.. ingat dengan suami..”
Aku tersentak. Serta-merta aku teringat kepada arwah tunanganku, Syafie itu. Masih belum lama dia ‘pergi’ dari hidupku.
Aku mengetap bibir.
“ Maaflah kalau gurau saya melampau..” pohonnya bersungguh-sungguh. Mungkin dia perasan dengan perubahan di wajahku.
Aku tersenyum hambar.
“ Jodoh saya dengan arwah tunangan saya tak sampai, Cikgu Zarul..” jawabku perlahan.
Wajahnya berubah mendengar kisahku itu.
“ Takziah..”
Aku mengangguk bersama senyuman kelat.
“ Tapi…”
Aku menanti dia melengkapkan maksud.
“ Janganlah formal sangat Hani..” usiknya bersahaja.
Aku ketawa kecil.
“ Tak biasalah cikgu..”
“ Zarul dah cukup..”
Aku sekadar membalas pandangan. Wajah Cikgu Zarul tidak banyak berubah. Masih sama seperti 5 tahun dulu. Cuma kali ini nampak semakin matang.
“ Dah puas renung saya?” tegurnya.
Merona wajahku dengan teguran yang berbentuk usikan itu. Dengan pantas aku menundukkan wajah. Kudengar dia tertawa kecil.
“ Tak banyak berubah Hani.. Cuma awak nampak lebih dewasa..” ucapnya dengan perlahan.
Aku menelan liur.
Aku takut benar Cikgu Zarul mengenang lagi kisah lalu. Aku tidak mahu cerita itu dikenang semula.
“ Kalau tak keberatan, boleh kita bertukar nombor telefon?” soalnya dengan sedikit teragak-agak.
Aku masih membisu, masih berkira-kira mahu membuat keputusan. Izzah pula terus sahaja mendekatiku dan menghulur tangan pula kepada Cikgu Zarul.
“ Adik?” tanyanya.
Aku mengangguk.
Dia membongkok sedikit agar tingginya separas dengan Izzah.
“ Nama siapa?”
Izzah tersenyum ceria.
“ Hani Izzah…”
Cikgu Zarul ketawa kecil.
“ Nama abang, Zarul..”
Aku tersentak lagi.
Abang?
Cikgu Zarul kembali memandangku. Dia masih menanti aku menunaikan permintaan kecilnya itu walaupun bagiku permintaan itu terlalu berat untuk kutunaikan.
Dia mengangkat kening.
Hatiku rapuh jadinya.
“ Handphone?” pintaku sambil menghulurkan telapak tangan. Dia menyeluk koceknya dan menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku. Tanganku bersentuhan dengan tangannya tanpa sengaja. Bagai terkena litar elektrik, aku terkaku. Tersedar dari waktu itu, aku segera menekan-nekan nomborku lalu menyerahkan kemudian.
“ Terima kasih..” bersama senyuman dia mengambil miliknya itu.
Aku mengangguk.
“ Ada jodoh, kita jumpa lagi…”
2 ulasan:
zarul mmg suke hani dr dulu ke?spe org yg hani terlanggar mse majlis kt skola die tu ek?huuu
hani... knp setiap cerita awk byk saspen? huhuhu.. but anyway, still love it.. *wink2*
Catat Ulasan