Bab 30
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
“ Bella.. Bella…” suara mummy kedengaran perlahan di sebelahku. Mummy beria-ia benar membangunkanku pagi itu. Selalunya, Arif yang begitu. Setiap pagi aku akan menerima ciuman mesranya. Setiap pagi, suaranya yang dulu menyapa gegendang telingaku.
Benarkah Arif sudah pergi?
“ Where is Arif, mummy?” soalku dengan perlahan sambil memisat-misat mata. Ruang mataku terasa amat pedih. Mungkin kerana terlalu banyak menangis semalam.
“ Dah pergi kerja..” mummy bersuara malas sambil duduk di sebelahku.
Saat itu, tidak aku dan mummy pun yang bersuara.
Aku lihat mummy seperti sedang menanti sesuatu.
Aku mengeluh.
“What’d happen last night, Isabella?” soal mummy serius.
Aku mengangkat bahu.
“Oh, please…” mummy mula memprotes.
“ Masalah kecil..” jawabku bersahaja.
“ Masalah kecil dengan mata bengkak begini?” soal mummy dengan tidak percaya.
Aku terdiam.
Tidak lagi menjawab pertanyaan mummy.
Aku melihat diriku ke dalam cermin dengan lebih lama. Mataku menjadi sasaran utamaku.
Sebening mata ini, tersimpan kesedihan lagi.
Aku mengeluh.
“ Bella mandi dulu, mummy..” aku bersuara lemah dan segera berlalu ke bilik air. Aku berharap, mummy akan segera berlalu meninggalkan aku lagi, sendirian seperti semalam.
Di bilik air itu aku termangu.
Menyesalkah aku dengan perkahwinan ini? Kalau Afif benar-benar cinta, dia seharusnya bersedia menghadapi rintangan yang terbentang di hadapan kami dulu. Bukannya dia meninggalkan aku sendiri, membetulkan segala kesulitan yang mendera seluruh hidupku begini.
Aku memulas pili air. Air mencurah-curah dengan lebat dan aku selesa berendam di bawahnya. Fikiranku melayang jauh memikirkan Arif, bersilih ganti dengan Afif.
Kenapa kepulangannya masih belum berjawab?
Hatiku masih tertanya-tanya lagi.
Aku masih ingin tahu kenapa dia kembali setelah lama aku diulit bahagia bersama Arif. Namun, kenyataan yang baruku terima merapuhkan kepercayaanku kepada keikhlasan Arif, suamiku sendiri. Meskipun hubungan kami sudah terlalu intim.
Aku memejam mata.
Apa yang harus aku lakukan?
Sejujurnya, aku meragui keikhlasan Arif. Namun, kenapa dia datang menemui Afif semalam?
Benarkah kerana dia tidak mahu melihat aku berendam airmata lagi kerana Afif? Tapi, Arif lupa..
Keikhlasannya menerimaku dalam hidupnya itu telah membuatkan aku curiga.
Pintu kudengar diketuk bertalu-talu.
Aku tersentak dari khayalan itu.
“ Wait mummy..” aku sempat menjawab sebelum menutup pili air. Aku mengambil baju mandiku dan menyarungkan ke tubuhku sebelum melangkah keluar.
Arif!
Aku terkejut dengan sesungguhnya. Wajahnya nampak serius, seperti wajah di hari-hari sebelum dia menganggap aku adalah isterinya. Seperti bayangan abang sepupu bekas tunanganku dan bukannya suamiku.
Aku menunduk.
Arif membisu.
Hatinya meronta-ronta untuk memeluk isterinya namun akalnya melarangnya begitu. Tambahan lagi, isterinya yang seksi itu semakin hari semakin menawan di matanya.
Tersilap langkahkah dia semalam menemui Afif dan menyebabkan situasi ini terjadi?
Dia hanya ingin Isabella berhenti berduka dan melupakan segala yang dilakukan Afif terhadap mereka. Dia ingin Isabella bahagia bersamanya, makanya dia memilih untuk bersemuka dengan adiknya.
“ Ehem..” dia berdehem.
Aku mengetap bibir dengan kuat tapi masih tidak berganjak dari situ. Jujur saja, aku ingin hanyut dalam dakapannya jua saat itu tetapi aku takut kecewa.
“ Err.. actually… Abang,..” kata-katanya mati di situ sebaik saja anak matanya kutikam dengan pandanganku. Hairan benar dengan ungkapannya yang seperti dirancang dulu untuk sebelum diluahkan kepadaku.
“ What do you want and need?” soalku, masih dalam sisa marah.
Memang aku ingin melanjutkan sengketa dengannya, sehingga aku tahu kenapa dia menerima juga pernikahan itu dulu.
“ I want my briefcase…” dia bersuara, membalas pertanyaanku.
Aku menunjukkan ke arah sesuatu, tempat dia selalu meletakkan briefcasenya. Selalunya sebelum pergi ke universiti, Arif akan kuhantar hingga ke muka pintu. Aku yang selalu membawa briefcasenya dulu.
Pastilah dia kekok di hari ini kerana aku tidak lagi melakukan begitu.
Arif berlalu dengan cepat mengambil benda yang dicarinya. Sebenarnya aku tidak menyangka langsung dia masih lagi ada di rumah sedang mummy mengatakan Arif sudah pergi kerja. Aku hanya memerhatikan tingkah dengan pandangan mata. Di hadapan pintu bilik dia berhenti.
“ and.. I need my wife back…” lantas dia berlalu lagi tanpa memandangku.
Aku benar-benar terpukul dengan ayatnya yang terakhir itu. Seperti dia, aku juga ingin dirinya di dalam hidupku. Tapi, aku terkilan.
Kenapa dia merahsiakan segalanya dariku?
Aku nampak bagai orang bodoh di matanya. Selama ini, aku sekadar menumpang kasih saja di dalam hidupnya.
Aku melangkah longlai ke katilku. Aku segera duduk dan sekali lagi, aku melepaskan tangisan pilu. Sesungguhnya, aku juga terseksa dengan keadaan ini tetapi aku tidak punya pilihan lain.
Benarkan Isabella itu.. lambang cinta yang lara?
0 ulasan:
Catat Ulasan