BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 22 Julai 2011

Bab 29-Epilog Cinta Isabella

                                                                      Bab 29             
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Di dalam bilik itu aku sengaja menguncikan diri. Aku tidak mahu bersua muka dengan Arif atau sesiapa pun waktu ini.
Aku hanya ingin bersendirian.
Aku hanya ingin mencari harga diriku yang hilang di tangan suamiku sendiri. Biarpun mummy nampak aku dan Arif bertegang urat sewaktu balik tadi tetapi mummy sedikit pun tidak endah.
Setelah mendengar kisah sebenar pemergian Afif waktu dulu, aku terasa bodoh dan terhina.
Semudah itukah mereka mempermainkan harga diriku?
Lama aku berfikir.
Apakah ini ertinya Afif tidak bersalah?
Hatiku berbelah bagi jadinya.
Aku terdengar pintu di bilik dikuak. Aku yakin Arif telah menggunakan kunci pendua pintu.
Melihat wajahnya, aku menjadi benci.
Benci yang sesungguhnya.
Kerana itulah, aku berpaling membelakanginya.
“ Please stop, Bella..” Arif memujuk, menyentuh bahuku.
Aku menepis dengan kasar.
“ Don’t touch me!”
Arif mengeluh berat.
“ Sayang.. memang abang tahu tentang wasiat itu..”
Aku menekup kedua belah telingaku. Aku tidak mahu mendengar sebarang penjelasan darinya saat ini. Bagiku, segalanya sudah jelas dan terang.
Kenyataan apa lagi yang ingin dia beritahu padaku?
“ Don’t you dare to call me sayang!” aku memberi amaran.
“ You’re my wife..” dia memperliku, sekaligus mengingatkan statusku dengannya.
Arif menapak di hadapanku.
Dia menarik kedua belah tanganku dengan paksa.
“ Listen everything dear..”
Aku menggeleng sambil berusaha menarik tanganku.
“ You need to know!” Arif bersuara tegas.
Aku menghentikan rontaan.
Dia menghela nafas.
“ I knew it hanya setelah abang bawa Bella balik kampung dulu..” dia memulakan cerita.
Suaranya kedengaran perlahan, menusuk hatiku. Dia seolah-olah menanggung rahsia yang berat dan hanya saat inilah dia rasakan sesuai bercerita.
Alang-alang sudah pecah, biarlah berderai.
            “ Abang ternampak nota Afif di dapur rumah kita di kampung,.”
            Aku tidak memberi sebarang ulasan.
            “ Saat itu juga, abang rasakan.. abang perlu menyelamatkan hubungan perkahwinan kita, Bella..” dia memujukku dengan bersungguh-sesungguh.
            Aku menggigit bibir.
            “ Itu tanggungjawab abang..”
            Aku memejam mata.
            Luahan Arif itu terpaksa benar bunyinya.
            “ Why did you hide it from me?” desakku.
            Arif tidak menjawab.
            “ Kerana tanggungjawab you terima I dalam hidup you?” soalku mendatar.
Aku terasa seperti buangan benar saat itu.
            Arif menggenggam tanganku erat.
            Titik-titik jernih gugur lagi dari kelopak mataku.
            “ Bella… its used to be..”
            Aku menangis tertahan di hadapannya.
            “ But not anymore, now..”
            Aku menolak tangannya yang menggenggam jemariku erat.
            “ Tak semudah yang awak bayangkan Arif..” aku bersuara. Meluahkan isi hati yang selama ini aku simpan sendiri.
            “ Mula kita disatukan dulu, awak benar-benar tak suka saya.. I really confused how could you love me this soon?” aku bertanya kepadanya dengan harapan dia akan mendengar rintihanku selama ini.
            “ Sayang, hubungan kita sudah terlalu jauh..” kata Arif dengan serius.
            Aku mengetap bibir.
            “ Yaa.. terlalu ‘jauh’…”
            Aku dan Arif diam.
            “ You terima saya atas rasa tanggungjawab menjaga maruah keluargakan?” soalku inginkan kepastian.
            Soalan itu amat berat untuk dijawabnya sekarang. Memang dulu niatnya begitu tapi kini dia sudah mencintai Isabella.
            Mengertikah dia?
            “ I love you so much… I love you and our baby..” pujuknya sambil mengusap perlahan perutku.
            Aku memejam mata, merasakan sentuhannya yang menyentuh hati wanitaku. Namun, perasaanku kosong benar saat itu.
            Aku menolak tangannya.
            “ Atas tanggungjawab you, Arif… Bagaimana boleh saya teruskan semuanya bersama awak?” tanyaku bagai orang bodoh.
            “ Jadi, you want Afif back?” sinis dia bertanya.
            Pertanyaan itu menyakitkan hatiku. Sudah lama aku buang Afif dari kotak hatiku. Sudah terlalu lama aku menyingkirkan dia dari hidupku.
            Sudah terlalu lama.
            Bagaimana mungkin aku kembali semula kepada insan yang mencalar sekeping hatiku?
            “ I hate you, Arif…” aku meluahkan dengan terpaksa.
            Arif terpaku.
            “ I hate you more than you love me..”
            “ Bella..” dia bersuara kecewa.
Dia rasa bersalah kerana menuduh Isabella sebegitu meskipun dia rasa tertekan dengan tingkah Isabella yang enggan memahami maksudnya.
            “ Janganlah rumitkan lagi keadaan. Saya juga merasa gusar dengan kehadirannya semula di antara kita…” dia meluahkan maksudnya.
            Aku sudah menyebamkan mukaku ke bantal tidur.
            “ Bella, please dear.. don’t be like this..” Arif terus memujuk sambil menarik tanganku lagi.
Aku sudah tidak tahan dengan luahan demi luahan, rahsia demi rahsia yang semakin menyentap tangkai hatiku.
            “ I hate you!” aku menjerit kasar dan menolak tangannya.
            Aku dan Arif saling bertentangan mata. Biarpun ada sinar duka dan kecewa di anak matanya, namun begitu aku lebih senang memilih dia lenyap di hadapanku.
            “ Leave me..” aku bersuara terketar-ketar di situ. Separuh hatiku merintih dan separuh lagi bertindak sadis.
            Arif tidak lagi memaksa.
            Dia berlalu dari tempat tanpa memandang ke arahku lagi. Sekali lagi, aku terduduk lemah. Aku yang menghalaunya pergi, aku yang memaksanya menjauh. Aku yang melenyapkan segalanya dengan sekejap, meskipun aku sedar aku telah melukai sekeping hati miliknya dan juga hatiku sendiri.

0 ulasan: