BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 1 April 2011

Bab 8- perwiraku

Bab 8
“Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Hari pertama latihan, kami diarahkan bangun seawal jam 4 pagi. Kami disuruh berlari dalam trek sebanyak 5 pusingan. Mulanya aku rasa janggal untuk bangun seawal ini dan merasakan kedinginan yang tersangat dingin ketikaku rasakan embun masih lagi dihujung rumput. Sadisnya, perutku sedang memulas-mulas menandakan sengugutku sudah menyerang dengan kejam.
Aku yang pada mulanya memulakan larian dengan kemas dan perlahan-lahan melambatkan langkah. Tidak tertahan lagi, aku terjatuh dan menekan-nekan perutku. Bisanya hanya TUHAN saja yang tahu.
“ Awak okey?” soal E’ish yang ada tiba-tiba di sebelahku.
Aku mengetap bibir dengan kuat. Menahan rasa sakit yang semakin menerjah.
Wisel ditiup. Itu tanda larian mesti diteruskan E’ish. Dia memandangku dengan rasa serba-salah. Aku hanya mengangkat tangan sebagai tanda dia boleh meneruskan larian. Aku tahu sangat bahawa disiplin tetap kuat dan kami harus mengikutinya tanpa bantahan kerana aku masih di dalam latihan.
Di trek itu, aku hanya mampu menekan perut berharap akan berkurangan kesakitannya.
“ Kenapa ni?” soal salah seorang pegawai pelatih.
“ Senggugut..” jawabku perlahan antara dengar dan tidak.
“ Bibir kamu dah pucat..” khabar pegawai pelatih wanita itu dengan rasa risau sambil memegang bahuku.
Tiba-tibaku rasa ada tangan lain yang menarik lenganku. Aku amat terkejut dengan tindakan spontan itu.
Aku mengerling.
Ah!
Edry lagi.
“ Awak tolong bawa dia ke bilik pertolongan cemas..” arah pegawai wanita itu kepadanya.
Edry hanya mengangguk dengan muka yang serius. Dia menyangkutkan tangan kiriku ke bahunya dengan bertujuan untuk memapahku.
Debar di hati, tidak dapat kuluahkan dengan kata-kata. Rasa takutku dengan apa yang dia lakukan ini. Aku sendiri tidak tahu bahawa pemuda ini ada memantau larian kami seawal jam ini. Mentari pula belum menampakkan diri, sedang angin dingin masih meniup perlahan.
Aku melangkah dengan rasa kurang senang tapi tak punya pilihan. Bersyukurlah juga kerana aku dikecualikan dari meneruskan larian itu. Tapi, esok jam larianku akan ditambah sebagai ganti hari ini.
“ Selalu rasa begini?” soalnya perlahan di sebelahku.
Rasa tersentak dengan pertanyaan itu tapi aku mengangguk jua.
Dia kudengar mengeluh. Lama kami diam sebelum sampai ke bilik pertolongan cemas itu.
“ Awak boleh masuk, jalan sendiri?” soalnya dengan raut wajah seperti orang yang risau. Pintu sudah dibuka tapi masih gelap.
Aku mengangguk.
Tanganku dilepasnya dan aku menegarkan diri berjalan tanpa bantuannya. Tapi sayang, langkahku tidak dapat kuteruskan kerana sakit yang teramat.
Aku terduduk lagi sambil menekan-nekan perut. aku pantas saja disambutnya lagi. Aku serasa ingin menangis dengan yang kualami saat ini. Sakit dan pedih tapi aku hanya ada dia tempat bersandar.
“ Saya tak berani masuk berdua saja..” luahnya berterus-terang.
Aku terkedu. Nampak sangat dia ingin menjaga etika pergaulan walaupun kadang-kadang dia melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan kata-katanya. Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu dia tahu menghormati aku sebagai perempuan yang bukan muhrimnya.
Dia berasa sangat terkilan kerana tiada seorang pun yang ada di bilik itu untuk membantuku masuk ke dalam. Mungkin kerana hari yang masih lagi terlalu awal untuk mereka memulakan pekerjaan.
Aku hanya mampu memejam mata dan mengetap bibir. Dia sengaja menyandarkan aku di bahunya dan aku dapat mendengar degup jantungnya yang semakin keras.
Dan saat itu, hanya aku dan dia di luar bilik pertolongan itu tanpa insan lain.

0 ulasan: