Bab 24
“Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”
Setelah lebih sebulan diberi cuti sebelum mula berkhidmat, hari ini aku di tempatkan di Unit Gerakan Khas yang beroperasi selama dua puluh empat jam. Sebelumnya, aku diminta melaporkan diri di ibu pejabat polis untuk mengkhabarkan kemasukanku yang mula berkhidmat. Yang paling menyeronokkan sekali, aku satu pejabat bersama dengan E’ish!
Aku membalas pelukan erat Ei’sh yang katanya dia amat merinduiku. Memang benar katanya, kami tidak sempat bertukar nombor telefon sebelum berpisah setelah tamat latihan bulan lalu. Di dalam ruangan itu, aku dikenalkan dengan beberapa orang staf lagi yang akan berkerja di bawah arahanku.
“ Staf masih ada lagi..” khabar Sarjan Kamarul, yang mula-mula sekali memperkenalkan diri kepadaku tadi.
Aku sekadar mengangguk bersama senyuman.
“ Sekarang saya rasa, tuan tu masih bertugas di luar agaknya..” balasnya lagi.
Aku masih tidak menjawab. Kekok benar untuk beramah dengan mereka kali pertama ini. Bagai mengerti rasa tidak selesaku, E’ish bertindak membawaku menuju ke mejaku. Sebenarnya, kami berkongsi ruangan yang sama tapi berlainan bilik. Aku dan pegawai yang seorang lagi seperti yang dikatakan oleh Sarjan Kamarul itu disatukan dalam satu bilik.
“ Tuan kami ini baru dipindahkan semalam..” khabar E’ish dengan senyum yang sukar aku mengerti. Sengihannya mengundang rasa geram juga, penuh misteri.
Dia menarik tanganku untuk cuba duduk di mejaku. Katanya dia suka aku ditempatkan di sini. Yang janggal sekali, E’ish harus memanggil aku puan kerana itu memang disiplin dan etika kerja yang mesti dipatuhinya.
“ Apa khabar dengan Edry?”
Pertanyaan menyentap tangkai hati. Aku menggaris senyuman tawar. Khabar Edry.. saat aku memutuskan untuk berpisah, Edry memilih untuk tidak memujukku. Bukankah dia sendiri membiarkan aku membuat kesimpulan bahawa dia masih menyayangi bekas tunangnya yang seiras aku itu? Jujur saja, aku bukan menyimpan cemburu pada yang telah tiada tapi aku terkilan dengan keikhlasan Edry.
Aku menayangkan tangan kiriku pada E’ish, jari manis yang sudah kosong tanpa cincin ikatan lagi.
Dia membalas dengan pandangan tanpa kelip.
Aku hanya mengangkat bahu. Aku malas mahu memanjangkan cerita.
“ Siapa yang akhirinya?”
Aku terdiam. Soalan itu pahit untukku jawab tapi kalau tidak hari ini, esok-esok mungkin kawanku itu akan bertanya lagi.
“ Saya..” balasku perlahan, dengan suara yang antara dengar dan tidak.
Dia menyentuh bahu kananku. Aku tersenyum lalu menghela nafas berat.
“ Lepas itu, apa terjadi?”
“ Layan hidup masing-masinglah..” balasku dengan nada ceria yang dibuat-buat. Sayangnya, usikan itu tidak bersambut. Wajah E’ish nampak tidak senang dengan gurauanku itu. Lagak seperti orang susah hati.
“ Kenapa ni?” soalku seraya menarik tangannya yang ada di atas bahuku itu.
“ Meja sebelah tu meja Edry..”
Bagai tersirap darah naik ke kepalaku mendengar nama itu diucapnya. Aku akan bekerja satu bumbung dengan dia? Bagaimana aku harus menghadapi semuanya?
“ Eh, bukankah dia dulu di cawangan jenayah berat?” soalku tidak berpuas hati, mencuba menyembunyi rasa terkejut dengan kenyataan yang disampaikan E’ish.
“ Dah pindah sebab waktu itu kami kekurangan staf..”
Aku mengeluh. Berat rasanya dugaan ini!
“ Tak tahulah kalau sementara saja..” E’ish menyambung, seperti ingin memujuk sang hati.
Ah.. aku berharap ayatnya yang terakhir itu satu kenyataan.
1 ulasan:
alaaaa.
edry ni kan.
mmg betul ke dye terima hanim atas bayangan ex tunang dye?
ta patut. pastu, tak de nak pujuk2 lak tu.
geram2.
nak lagi.
Catat Ulasan