BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 1 April 2011

Bab 9-perwiraku

Bab 9
“Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

        “ Sorry Hanim.. saya tak dapat tolong awak..” suara E’ish kedengaran perlahan. Aku membuka mata yang terpejam tadi. Dia perlahan-lahan menarik aku dari terus bersandar di bahu kiri Edry. Serba-salah wajahnya melihat tapi Edry hanya mempamer wajah selamba dan menarik tanganku untuk kembali pada E’ish yang baru saja menghabiskan lariannya setelah lebih 30 minit aku bersendirian dengan pemuda ini dan mendengar degup jantungnya.
Aku bangun dan mendapatkan E’ish dalam kepayahan. Aku mengetap bibir kuat menahan sakit dan melangkah bersama E’ish perlahan-lahan tanpa memandang insan di belakangku itu lagi.
Aku rasa malu dan segan. Aku sebenarnya tidak senang kalau masalahku yang satu  ini diketahui orang lain terutama sekali lelaki. Aku amat tidak suka dan aku amat sensitif.
Aku berbaring kemudian setelah sampai ke bilik. E’ish menyelimutkan aku dan aku senang dengan layanan baik E’ish. Aku terhidu aroma milo panas.
“ Saya dah buat minuman panas ni. Minum ya..” E’ish bersuara sambil menolong aku untuk bangun.
Aku menyambut huluran cawan itu dan meneguk perlahan minuman segera yang dibancuhnya. Aku kasihan pada E’ish. Mesti dia lelah tapi terpaksa pula melayan aku.
Legalah sedikit rasa perutku setelah meminum minuman panas itu.
Aku bersandar dan menghela nafas berat. E’ish duduk rapat di sebelahku.
“ Ehem..” dia memulakan suara.
Aku dapat agak maksud deheman itu. E’ish nampaknya dah mula lagi.
“ Apa lagi?” soalku malas dengan mata terpejam.
E’ish menepuk lenganku.
“ Dia nampak baik sangat..”
Aku membuka mata.
“ Memang tapi saya tak selesa..”
Dia mengerutkan kening.
“ Nanti orang akan salah faham. Saya datang untuk bekerja dan jalani latihan tapi dia terlalu mesra. Saya takut menafsirkan sesuatu yang salah yang akan membuatkan saya menyesal..” sambungku lebar dengan emosi.
E’ish tersengih nakal.
“ Hmm.. very strange..”
Aku mencubit tangannya. E’ish mengelak dan dia lari menuju ke katilnya. Dia melepaskan tawa nakalnya.
“ Sakit perut dah okey?” perlinya selamba.
Aku mengisyaratkan penumbuk padanya.
E’ish ketawa lagi.
“ Syok juga kena senggugut ya.. dapat bersandar pada bahu mamat hensem..”
Aku mencapai bantalku dan membaling padanya. E’ish pantas mengelak dan mengkekek ketawa. Geram sangat hatiku dengan tingkahnya yang tidak henti-henti mengusik itu.
Dalam keadaan itu aku sempat jua mengukir senyuman sendiri. Ya.. aku sendiri tidak tahu bagaimana dia menahan getaran di hatinya yang aku sendiri dengan degupannya lebih cepat. Walaupun aku cuba berlagak tenang dengan apa yang dia lakukan, apakah dia tahu aku juga merasakan getaran yang sama?
“ Dah gila bayang…” usik E’ish dan bersama tualanya dia berlari anak menuju ke bilik air. Tak sempat aku hendak membalasnya.
“ Malaslah nak layan!”
Dari dalam bilik air itu, aku dengar E’ish melepaskan tawanya dan menzahirkan rasa geramku.
Nanti kau, E’ish!
Bisikan nakal di hatiku sudah mula. Aku bangun dari tempatku duduk dan mencari-cari baju T-shirt yang mesti kami pakai hari ini.
Ha.. dah dapat. Aku mengambil dan menyembunyikannya di bawah bantalnya dan bagai orang tak bersalah, aku duduk semula di atas katilku.
Beberapa ketika kemudian E’ish keluar. Dia terus menuju ke almarinya. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku di belakangnya sudah menahan geli hati melihat tingkahnya itu. Tanpa kuduga dia menoleh.
Aku berpura-pura serius.
“ Kenapa?” soalku.
Dia menggaru-garu kepalanya yang aku rasakan tidak gatal.
“ T-shirt dah hilang..” jawabnya dengan risau.
Aku bangun dari katil dan menggapai tuala. Sebelum menutup pintu bilik air, aku sempat bersuara.
“ Apa kata awak periksa bawah bantal awak..” lantas, aku menutup pintu bilik air setelah E’ish bergegas menuju ke tempat yang aku maksudkan dengan muka yang hairan.
“ Hanim!”
Aku ketawa besar di dalam bilik air.

0 ulasan: