BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 4 April 2011

Bab 14-perwiraku

Bab 14
“ Pergorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Petang  nan redup itu, Kak Leeya yang datang menjemputku. Dia keluar dari perut kereta dan membantuku mengangkat barang-barangku. Rasa rindu memang membara, terutama sekali pada ummi dan walid.
        Aku masuk ke dalam perut kereta setelah siap memasukkan barangku ke dalam booth.
        Aku menyandarkan diri setelah masuk, menghayati keselesaan kereta kesayangan Kak Aleeya. Nyaman sekali udara penghawa dinginnya menyapa ke muka dan tubuhku.
Aku memejam mata. Ingin merasa ketenangan yang sudah lama pergi dariku.
        “ Berat sangat fikir..” Kak Leeya membuka bicara.
        Aku membuka mata lalu mengerlingnya sekilas.
        “ Penat..” balasku bersahaja.
        Kak Leeya memulakan pemanduannya dengan perlahan. Aku melilaukan pandangan ke luar jendela, memerhati pusat latihan kami. Di satu lorong, aku ternampak Edry bersama dengan kawannya yang pernah aku lihat. Hingga ke saat ini, aku masih belum tahu namanya. Mungkin kerana belum ada kesempatan berkenalan lagi memandangkan situasiku yang selalu saja dikuasai Edry.
        “ Eh.. itu kawan adik yang dulu kan..” Kak Leeya bersuara seraya menghentikan kereta tidak jauh dari lorong itu. Mendengar kata Kak Leeya, aku berpura-pura memejam mata yang kononnya aku sedang tidur lantaran merasa letih yang terlalu.
        Aku dengar Kak Leeya merengus. Mungkin dia tidak percaya tapi dia tidak juga mengejutkanku. Saat itu, aku mendengar Kak Leeya keluar dari kereta.
        Aku membuka mata dengan kadar kecil. Aku ingin tahu apa yang Kak Leeya lakukan. Aku lihat Kak Leeya sedang berkata-kata suatu dengannya.
        Aku mendekatkan telinga ke jendela untuk mendengar butir bicara mereka.
        “ Kalau tak keberatan, saya nak ajak Hanim datang ke rumah saya, sebab malam ini keluarga saya mengadakan majlis kesyukuran..”
        Aku mengetap bibir mendengar omongannya bersama Kak Leeya. Kakakku itu selamba saja bersetuju dengan Edry sedangkan yang diajaknya itu adalah aku. Beberapa detik kemudian, KaK Leeya masuk dan meneruskan pemanduan. Aku cepat-cepat memejam mata lantaran takut diketahui Kak Leeya.
        “ Macamlah sehari dua akak kenal adik..” Kak Leeya bersuara memerliku.
        Aku membuka mata dan mendengus. Aku menjeling Kak Leeya yang sedang tenang memandu keretanya. Aku sengaja tidak mengendahkan Kak Leeya berkata kerana aku yakin, Kak Leeya tidak akan diam setelah memulakan cerita.
        “ Walid dan ummi apa khabar?” soalku.
        “ Okey.. Alhamdulilah..” jawabnya.
        Aku tersenyum manja.
        “ Hah.. ni kenapa?” sergah Kak Leeya kerana dia geram dengan senyumanku yang sebegitu. Itu tandanya, aku berhajat sesuatu kepadanya.
        “ Lapar..” aduku manja-manja.
        Kak Leeya menjelingku.
        “ Okey.. lets make a deal..”
        Aku mengerutkan dahi. Tertanya-tanya dengan maksud Kak Leeya.
        “ Deal apa?” tanyaku terburu-buru.
        “ Malam ini Edry ajak adik pergi rumahnya.. so, semua pernampilan adik.. akak atur.. setuju?”
        Aku merengus geram.
        “ Nak make-up lah tu!”
        Kak Leeya mengerlingku sekilas, memandang aku yang sudah berpeluk tubuh mendengar cadangannya.
        “ Apa masalahnya?” soalnya.
        “ Adik tak setuju lagi dan dia tak ada tanya pada adik pun..”
        Kak Leeya ketawa.
        “ Masalah terbesar, akak dah setuju. Siap dengan beri alamat lagi..” balasnya bersahaja lalu tertawa.
        Aku mengigit bibir. Geramnya dengan jawapan Kak Leeya.
        “ Nak tak akak belanja ni..” Kak Leeya mula mengugut.
Peluang kena belanja sudah di depan mata, kenapa aku nak tolak? Masalahnya, Kak Leeya mahukan pertaruhan dan ganti.
        “ nak tak!” gertaknya.
        Tanpa alasan lain, aku mengangguk.
        Awas awak Edry!

0 ulasan: