BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 14 April 2011

Bab 17-perwiraku

Bab 17
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

“ Dah lebih 3 kali saya perasan awak kerling jam..” Edry berkata dengan tiba-tiba di sebelahku. Dia datang bersama dengan segelas air manisan dan dihulurkannya kepadaku. Aku menyambut tanpa banyak alasan untuk menolak. Memang benar seperti yang dia katakan. Tidak hanya jam tangan, cukup dengan jam dinding pun aku kerling berulang-ulang kali. Aku bukan apa, rasanya aku tidak pernah pulang ke rumah sebegini lewat.
Sudah mahu mencecah ke angka dua belas tengah malam.
“ Dah lewat..” aduku.
Dia tersengih. Dia menunjukkan aku ke satu arah. Aku memandang ke tempat yang dia maksudkan itu.
“ Saya tahu dah lewat, tapi saya dah janji dengan adik saya itu nak temukan awak dengan dia..” balasnya bersahaja seraya melambai ke arah adiknya yang baru saja selesai majlis mengikat tali pertunangan itu.
“ Assalammualaikum, kak..” sapanya seraya menghulur tangan. Kusambut tangannya dan dia terus saja mencium pipi kananku. Semuanya mereka memang mesra saja. Aku pula yang segan dengan cara mereka itu.
“ Abang Ed, Mimie pinjam kakak, okey..” pintanya pada Edry dengan nada suara yang manja seraya menarik aku.
“ Jangan lama..” balas Edry seperti memberi arahan.
Mimie ketawa manja.
“ Ala.. bukan selalu..” jawabnya lantas menarik aku ke satu ruangan dalam rumah itu. Rupanya dia ingin melihatkan aku barangan yang dihantar oleh pihak lelaki tadi.
“ Kak.. lawa tak?” soalnya sambil memeluk bahuku.
Aku mengangguk.
“ Tahniah ya..” ucapku padanya.
“ Kakak dan abang Ed bila lagi?”
Aku tersentak dengan pertanyaan bonus. Edry pula bagai tahu-tahu sahaja dia datang dan terus berdiri di sebelahku. Lagaknya seperti Mimie. Menunggu aku menjawab soalan yang kurasakan terlalu mahal untukku bicarakan. Dia nampak santai saja dengan soalan itu sedangkan kalau aku menjawab, nampak seperti aku yang terhegeh-hegeh pada pemuda itu.
“ Abang?” panggil mimie.
Edry melepaskan tawa kecil.
“ Kalaulah dia sudi terima pinangan abang..” jawabnya mengusik. Terbuai lagiku dengan angan yang tak mungkin. Kenapa dia biarkan aku menyimpul harapan sedangkan apa yang dia maksudkan aku masih belum mengerti.
“ Tengok, Kak Hanim diam.. setujulah tu..” mimie menambah lalu ketawa. Aku sekadar mengetap bibir mendengar usikan dua beradik itu. Tidak lama, Mimie minta diri untuk naik ke biliknya bersama dengan barangannya. Dan tinggallah aku dengan Edry di situ. Matanya diajukannya kepadaku. Seolah-olah masih menanti jawapan yang ditanya adiknya tadi walaupun aku yakin dia tahu aku tidak akan menjawab soalan yang kurasakan tidak pernah kurancang menjawabnya sekarang. Mungkin juga tidak hari ini dan mungkin lagi juga tidak nanti.
Aku pula hanya mampu membalas pandangan mata itu.
Ada waktu dan ketika, perasaan itu tidak perlu diungkap dengan kata-kata.

0 ulasan: