Bab 26
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”
“ Puan, laporan kes semalam saya dah letakkan di atas meja..” Sarjan Kamarul memula bicara saat aku bersedia melangkah masuk ke ruangan. Aku mengangguk bersama senyuman setelah masing-masing mengangkat tangan tanda hormat kepadaku.
“ Pengintipan semalam bagaimana?” soalku ingin tahu. Meskipun aku masih baru lagi dalam kerjaya ini tapi aku memang perlu belajar dari mereka yang berpengalaman. Kalau setakat teori saja, ya.. aku boleh kuasai dengan baik tapi bila berhadapan dengan keadaan sebenar, aku harus lebih berhati-hati.
“ Kes penculikan anak?” soal E’ish.
Aku mengangguk.
“ Sejauh ini puan, kami dah kenal pasti suspek. Menurut laporan lagi, malam ini mereka akan mengadakan operasi menjual anak kepada VIP yang mahukan anak angkat pula..” jawab Kamarul serius.
Laporan mereka kudengar dengan teliti. Apalah nasib dunia sekarang? Jenayah yang ini memang kali pertama aku dengar sebab sebelum ini aku sudah lali dengan jenayah rompakan, kecurian, pecah amanah, rogol, pembunuhan dan macam-macam lagi kecuali kes penculikan anak yang akhirnya dijual kepada yang tidak mempunyai anak. Sampai benar hati mereka melihat orang lain bahagia di atas derita orang lain.
“ Ada-ada saja kes sekarang ini..” balasku bersahaja.
Kulihat mereka terangguk-angguk, seperti menyetujui saja dengan kata-kataku itu.
“ Assalammualaikum semua..” satu suara memberi salam, mematikan perbicaraan kami yang sudah semakin rancak. Aku melarikan pandangan bila Edry menujukan arah anak matanya kepadaku. Dia baru saja datang dan turut-serta dengan perbincangan kami. Dengan selamba saja dia duduk di atas meja, berhampiran tempatku berdiri sedangkan aku di sisi hanya memendam rasa, mencuba berlagak tenang. Aku tersedar E’ish mencuri-curi pandang melihat reaksiku tapi aku cuba bertenang. Mengawal keadaan bersama emosi yang berbaur.
“ Tuan Edry ni dah kenal dengan Puan Aleeya?” Sarjan Kamarul mula bertanya bila dilihatnya Edry berlainan macam saja lagaknya. Ah Sean dan Ravi tersengih di sebelahnya.
Aku menelan liur menanti dia membalas pertanyaaan itu.
“Tak.. belum berkenalan lagi..”
Aku hampa dengan jawapannya itu.
“ Kenalkanlah..” dia berkata, seperti meminta aku yang menjawab.
Aku menggigit bibir dengan kuat.
“ Bagi pihak, nama puan ni Aleeya Hanim..” Sarjan Kamarul menjawab bagi pihakku.
Aku tersenyum kelat, namun renungan sepasang mata itu mengundang gundah di hati.
“ Bujang lagi?” tambah Edry.
Aku menelan liur. Soalan itu terlalu sensitif saja tapi di hadapan mereka, aku harus bersabar dengan sikapnya.
“ Dulu tak.. sekarang ya..” balasku berani.
Kamarul, Ravi dan Ah Sean serentak berdehem, seperti berjanji pula.
“ Ah,.. kamu bertiga kenapa?” soal Edry serius.
Mereka bertiga ketawa lagi.
“ Saya punya okey..”
Aku tersentak dengan ucapannya itu. Terlalu indah tapi hatiku masih menolak. Bukankah itu boleh aku anggap satu gurauan saja? Tak perlu terus menyimpan angan sedangkan aku hanyalah bayang-bayang yang ingin dikejar, kalau bersatu..mungkin aku akan tinggal mimpi sahaja.
“ Eleh tuan, kasi chan kitalah pulak..” Ravi membalas dengan pelat bahasanya.
E’ish memadu tawa bersama ah Sean dan Kamarul.
“ May the best man wins.. kan puan..” E’ish menjawab bagi pihakku.
Aku sekadar mengangguk, menyahut usikan E’ish. Jujur saja, aku memang kurang senang bila aku dijadikan bahan usikan pulak tapi apa daya, mungkin hari ini sudah menjadi milik mereka.
“ Kalau saya menang, kamu semua nak buat apa?” Edry menyahut usikan itu pulak yang barangkali dirasakannya mencabar dirinya.
“ Kahwin tuan dan puan nanti, kami semua menyanyilah..” jawab Ah Sean pulak, menggamatkan suasana.
Aku tertawa kecil. Ah.. angan mereka tinggi sedang mereka tidak tahu, insan yang menyimpul angan itu melukakan hatiku.
“ saya tuntut janji itu..” Edry bersuara tegas.
Aku berdehem sebelum memulakan kata, menyahut ucapan Edry yang seolah-olah menyemai harapan lagi di atas kehancuran ikatan yang pernah kami bina.
“ Semua itu tak penting.. Yang penting jujur.. Ikhlas menyayangi dan bukan kerana sesuatu indah yang sukar dia lupakan tapi memilih untuk menyandarkan harapan pada seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya..” aku bersuara tenang, bukan niat menyindir tapi mengapa mata ini lebih memandang kepada si dia.
“ Sakitlah jugakan rasanya bila dicintai dengan sisa cinta saja..” sambung E’ish pula.
Edry nyata terdiam. Mereka masing-masing kelu. Janggal pula suasananya. Sepasang mata itu pulak semakin galak memandangku.
Aku memendam rasa. Sengaja kualihkan pandangan dari dia yang sepertinya inginkan aku membuat penjelasan dengan lanjut.
“ Kadang-kadangkan.. perasaan yang jujur itu tak perlu diucap dengan kata-kata..” Edry bersuara perlahan, seraya mendekati aku yang sudah resah dengan tingkahnya itu.
Aku membalas tentangan matanya.
“ Saat hati sendiri tidak mampu menilai, pasti salah sangka akan menyembunyikan kejujuran.. lantas, dimana letaknya keikhlasan?” balasku berani.
Aku dan dia kini saling bertentangan mata. Seolah-olah ingin menyampaikan cerita luka di hati yang hingga ke saat ini masih lagi terpendam.
“ Err.. tuan, puan.. ada cerita yang kami semua tak tahu ke?” Kamarul mematikan keadaan itu.
Aku menunduk bila tersedar dengan suasana itu.
“ Ada sesetengah perkara lebih baik didiamkan saja..” Edry menjawab selamba tapi pandangannya masih lekat padaku.
Aku menjeling.
“ Dan.. ada sesetengah perkara, bukan senang hendak diperbetulkan segalanya..” aku membalas.
Mereka semua kebingungan melihat reaksiku dan Edry yang nampaknya serius pada perbualan yang awalnya bermula dengan gurauan itu.
“ Hey.. come on, kita semua gurau saja..” Ah sean menyampuk.
Aku ketawa kecil.
“ Yalah.. berguraulah ni.. kan Tuan Edry..” balasku dengan suara ceria, cuba menyembunyikan getar hati saat menyebut namanya.
Edry tersengih.
“ Yalah.. untuk memujuk hati yang sedang merajuk..” jawabnya lagi.
Dia sempat menghadiahkan aku kenyitan nakalnya sebelum aku termalu sendiri dengan gurauannya yang lebih membuai hati itu.
1 ulasan:
oh man...
Catat Ulasan