Bab 25
“Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”
Hari pertama bekerja, aku sudah mula disapa kebosanan tahap maut. Bukannya apa, mungkin kerana belum ada laporan kes yang memerlukan aku keluar menuju ke lokasi. Untuk menghapus rasa bosan itu, aku menuju ke kabinet yang hampir penuh dengan fail-fail laporan jenayah yang sudah diselesaikan. Aku mengambil satu daripadanya dan membalek-balek dari satu helaian ke lembaran yang lain. Meskipun hari sudah berganjak malam, namun aku tetap memilih untuk menunggu khabar berita mengenai kes yang masih dalam siasatan yang baru saja dilaporkan petang tadi.
“ Assalammualaikum..” salam diucap, kedengaran masuk ke dalam pendengaranku. Fail di tangan terlepas jatuh tanpa sempat aku selamatkan. Habis bertaburan isi kertas di dalamnya. Tanpa memandang gerangan, aku memilih untuk mengemas helaian kertas yang jatuh itu.
Satu tangan menyentuh tanganku. Aku terpana, bagai terkena renjatan elektrik, aku pantas menarik tanganku itu. Aku memandang gerangan yang berani menyentuhku itu. Meskipun sepasang mata itu sudah lama tidak aku lihat, namun getar masih lagi menggangu ketenanganku.
Dia berdehem melihat aku yang seolah-olah terpaku dengannya. Aku cuba berlagak tenang, menerima kehadirannya yang telah lama hilang sejak aku memilih untuk memutuskan hubungan.
Aku pantas berdiri, membelakanginya.
“ Tahniah..”
Aku menelan liur. Janggal sekali suasana yang kuhadapi ini tapi apa daya, aku harus berdepan jua. Aku memujuk hati untuk menjadi professional. Belajar menerima masa silam yang sudah kubuang.
Aku berpaling memandangnya. Penampilannya sudah banyak berubah. Nampak tidak bermaya tapi masih menawan di mataku. Dia menghulur tangan untuk bersalaman. Tidak membuang masa, aku menyambut huluran itu.
“ Saya Edry Dzulkhairee..”
Aku menarik tanganku bila terasa genggamannya semakin erat. Aku mengangguk bila dia memperkenalkan dirinya. Sadisnya, dia masih mampu nampak tenang sedang hatiku sudah mula goyang dengan keadaan ini. Aku memilih untuk keluar dari ruangan itu kerana sekeping hati ini tidak tahan dengan suasana yang nyatanya hanya satu lakonan saja.
“ Saya harap, awak juga bersedia beri kerjasama..”
Dalam langkah, aku sempat mendengar pesanannya. Langkahku pada awalnya laju kini beransur longlai. Tidakkah ada di sekeping hatinya, sekelumit rasa rindu padaku?
Di balik dinding, memisahkan aku dan dia itu, aku hanya mampu bersandar bersama sekeping hati yang kian berdarah. Apakah benar tanggapanku selama ini, dia memilihku atas bayangan cintanya yang lama?
Sampai bila Edry membiarkan aku bermain dengan teka-tekiku sendiri?
Di sini, aku mula terasa patah hati lagi dengan tingkahnya. Di balik remang cahaya yang suram itu, aku duduk bersandar di sisi dinding. Aku mengetap bibir dengan kuat, menahan rasa tangis yang kurasakan terlalu sakit untukku tahan. Tapi apa daya, hati sudah semakin rapuh dan kesekian kalinya, aku melepas tangis lagi. Kenapa dia masih mampu begitu sedangkan di dalam hati ini, aku masih tidak dapat melepaskan rasa cinta ini?
Aku terasa bahuku disentuh. Aku kenal sentuhan hangat itu. Tapi aku tidak peduli juga, aku tidak sudi memandangnya walau apapun jua. Aku mencuba menyudahkan airmata yang mencurah. Aku menolak tangannya yang menyentuh bahuku. Aku pantas meraup muka, mengesat tangis. Tanpa suara, aku mengerlingnya yang sudah pun melutut di hadapanku.
“ Hanim.. jangan kata saya tak sayang awak..” dia sudah mula bersuara, separuh merayu.
Aku keraskan sang hati.
“ Percayalah.. selama awak tinggalkan saya.. saya rasa tertekan..” sambungnya.
Aku memujuk hati untuk bertahan.
Dia menggapai kedua tanganku dan menggenggamnya erat. Aku menanti dia meneruskan kata walaupun aku tahu, hatiku berat untuk menerima.
Apakah aku mahu terus bersamanya yang hanya mencintaiku dengan sisa-sisa cintanya?
Aku menarik tanganku. Aku bingkas berdiri dari situ dan sempat memandangnya sebelum memilih untuk membelakanginya.
“ Edry.. saya tahu semua orang layak diberi peluang kedua..” aku bersuara mendatar, kurang pasti dengan apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya.
Aku terasa hangat deru nafasnya di telingaku. Aku mengigit bibir dengan kuat. Walau saat ini debar jantungku menggila tapi aku harus berani membuat keputusan. Aku ingin dihargainya dengan perasaan cinta yang baru tapi bukan dari sisa cinta masa lalunya.
“ Saya layak?” bisiknya dekat di belakangku.
Aku memejam mata. Sudah lama awak layak Edry kalau awak memilih untuk menyayangi saya dengan ikhlas. Sayangnya.. aku tidak bersedia meluahkan kata-kata itu sekarang. Makanya, aku memilih untuk meninggalkannya dan membiarkan dia membuat kesimpulannya sendiri.
“ Hanim..”
Aku mematikan langkah.
“ Sampai mati sekalipun.. saya tetap memilih untuk mencintai awak…”
Bersama deraian airmata lagi, aku berlalu meninggalkannya. Maaf Edry, apakah maksud ayatmu itu? Mencintai aku kerana aku atau kerana bayangan masa lalu?
3 ulasan:
sebak.
='(
ala....npe cm tu...
kesian. hrap2 edry mencintai hanim bukan kerana kisah silamnya. sapa x sedih ye bila org yg ktk syg mencintai ktk kerana insan lain bkn kerana diri ktk . sbr hanim tabahkan hati ye mungkin ada hikmah ktk x tau
Catat Ulasan