BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 4 April 2011

Bab 10-perwiraku

Bab 10
“Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Aku melipat kertas makluman yang dihantar ke bilik-bilik di asrama wanita. Makluman yang aku amat nanti-nantikan sejak menjalani latihan di sini. Lebih kurang 3 bulan aku menantikan latihan yang paling aku gemari ini.
Latihan menembak di padang tembak.
“ Awak suka sangat menembak?” soal E’ish yang baru saja siap menyalin nota pelajaran kami tadi. Sebenarnya, pagi tadi kami ada kuliah mengenal pasto kes-kes jenayah yang popular masa sekarang temasuklah kami diajar cara menyelesaikan sebahagian kes secara teori.
“ Suka sangat..” balasku sambil menghirup milo panas. Aku mengambil sekotak keropok ubi pedas di dalam almari sebagai pengalas minum petang.
“Apa yang bestnya?”
“ La.. yang bestnya, di sini kita belajar memfokus pada sasaran..”
E’ish mengerutkan dahinya. Mungkin dia kebingungan dengan maksudku itu. Aku sebelum ini sudah mempelajari teori-teori ini kerana sebelum ini aku pernah menyertai kadet polis di bangku sekolah.
“ Beraninya pegang senjata..”
Aku tersengih.
“ Anggap saja macam mainan..” lalu aku mengkekek ketawa.
E’ish menjeling.
“ Ada tak contoh-contoh senjata yang selalu dipakai?”
Aku mengangguk. Aku mengambil notaku di atas meja belajar dan menyerahkan kepadanya.
“ Mana awak dapat semua ini?” soalnya ingin tahu sambil membalek-balek helaian nota di tangannya itu.
Aku mengunyah keropok dan menghampirinya.
“ Waktu kadet dulu..”
“Oh…”
Aku mengambil kesempatan memeriksa nota yang disalinnya daripada aku.
“ Minggu depan kita test ya?”
Aku mengangguk.
Dia mengeluh.
“ Kenapa?” soalku sambil meletakkan semula notanya.
“ Sejauh ini, susahlah…”
Aku tersengih nakal.
“ Tiru saja..” usikku.
E’ish pantas menjengilkan matanya dan mencubitku. Aku ketawa dengan keseriusan dan kekagetannya mendengar usikan itu.
“ Hanim.. tak terasa ya.. lagi beberapa bulan kita akan tamat..” ucapnya beremosi.
Aku mengangguk.
“ Dan.. tak lama lagi, naik pelaminlah awak..” usikku.
Dia menjeling.
“ Insya Allah, ada jodoh.. saya nak awak jadi pengapit yaa..”
Aku menggeleng-geleng.
Dahinya kelihatan berkerut,
“ kenapa?” soalnya dan nadanya sudah berubah kecewa.
“ Nanti salah pengantin..” lalu aku ketawa besar lagi.
E’ish sudah menarik muncungnya dan aku segera lari semula ke katilku. Mengelak sebelum aku teruk dicubit E’ish.
“ Malam ini jangan lupa. Ada tazkirah..”
Aku mempamer wajah bosan.
“ Boringlah..” rungutku bersahaja. Selalunya, kalau ada tazkirah akulah yang akan ponteng sebab aku cepat sangat mengantuk. Bukannya apa, cara penyampaiannya tak menarik langsung. Nasib baiklah tazkirah malam-malam jumaat ini diberikan kelonggaran kepada sesiapa yang ingin menghadiri, kalau tidak.. naya aku!
“ Kali ini penceramah dia best!” pujuknya dengan mata yang bercahaya.
Aku mencebik.
“ Siapa?” soalku.
“ Tuan Edry..”
Aku tersentak. Aku akui, memang lama dia tidak datang ke unit latihan sebab yang aku tahu, dia hanya bahagian latihan luar. Dan aku rasa, latihan menembak ini akan dikendalikan olehnya.
“ So.. malam ini, datang tak?” perli E’ish sambil ketawa manja.

0 ulasan: