Bab 12
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”
Kring! Kring! Kring!
Locengku sudah berbunyi nyaring tapi aku tetap malas untuk membuka mata.
“ Wei Hanim.. tutuplah kalau awak tak mahu bangun!” marah E’ish. Mungkin kerana tidurnya terganggu. Mendengar rungutannya itu, dalam rasa malas, aku mematikannya jua.
Aku meraup muka dan berlalu ke bilik air untuk menggosok gigi dan mencuci muka. Hujung minggu ini, aku selalu mengadakan larian di dalam gym sebagai menambah mata untuk subjek jasmani. Hanya aku yang rajin memandangkan aku perlu disokong kuat untuk mengukuhkan jawatanku nanti.
Aku mengambil kasut sukanku dan memakainya. Aku keluar dari bilik dan berlari-lari anak menuju ke gym. Hari masih gelap kerana jam masih lagi pukul 4 pagi. Dingin pagi hampir mengigit tulang tapi aku selesa suasana begini.
Alamak.. gelapnya gym!
Aku tercari-cari suis lampu dan memetiknya.
Wah.. terang-benderang.
Aku memulakan larian. Untuk kali pertama, aku perlu membuat lima pusingan. Aku perlu memanaskan badan sebab aku perlu melakukan ‘push-up’ dan juga ‘sit-up’ sebanyak yang aku mampu sebelum ujian jasmani diadakan. Satu larian, sudah berjaya aku kemaskan.
Larian kedua lagi namun kali ini aku rasakan kelainan. Seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan aku di balik pintu utama. Lantaran rasa kurang senang, aku melajukan larian kerana tidak mahu ia terus bermain di fikiran dan mengganggu ketenanganku.
“ Awal bangun..”
Hampir terperanjatku dengan sapaan yang tiba-tiba saat aku melintasi pintu utama. Aku mematikan larian dan memandang gerangan. Sengihannya mengundang rasa sebal dan menjengkelkan. Dia bersahaja berpeluk tubuh, dan mempesona sekali lagaknya sebegitu. Oleh kerana itu, aku hanya menjelingnya dan meneruskan larianku. Memang bukan caraku, bercakap sewaktu berlari. Itu akan cepat membuatkan aku penat dan letih.
“ Orang tanya, tak jawab..” sambungnya lagi sambil menyaingi larianku. Kuakui, pagi ini Edry kelihatan segak sekali dengan pakaian seragamnya. Mungkin dia baru habis bertugas.
“ Orang lain belum bangun lagi..” sambungnya.
Aku mengigit bibir. Geramnya! Dalam rasa geram itu jugalah aku menambahkan kelajuan dalam larianku.
Tanganku ditarik. Larianku terhenti. Tubuhku ditolak ke dinding dan tangannya diletakkan dua-dua di situ sebagai penghalang. Tercungap-cungapku kerana pernafasan yang tidak teratur ditambah lagi dengan kelakuan Edry yang tiba-tiba saja.
Aku mengetap bibir. Rasa kurang senang, malu dan segan semuanya bercampur saat berhadapan dengannya. Deru nafasnya jelas di pendengaranku. Matanya berpandangan dengan mataku.
Aku terpaku dan kaku.
Dia mendekatkan wajahnya dan aku berpaling.
“ Kenapa suka sangat begini?” bisiknya dalam nafas yang hangat di telinga.
Jantungku semakin kuat debarannya. Aku benar-benar rasa tidak selesa dengan tingkahnya ini. Aku berpura-pura membalas pandangannya sedang tanganku mencuba menggapai gari di dalam poket seluarku yang sengaja kubawa.
Dengan pantas kuambil dan kupasang ke kedua-dua belah tangannya. Dia terkejut dengan tindakan itu. Mudah bagiku meloloskan diri dari dirinya.
“ Padan muka!”
Lantas aku melangkah pergi dari dirinya dan membiarkan dia dengan tangan bergari.
“ Hanim.. lepaslah..” laungnya dari belakang.
Aku mencebik dan terus melangkah meninggalkannya. Aku terdengar langkahnya laju tapi aku tidak berpaling. Kuncinya tinggal di dalam bilikku, bagaimana mungkin aku membukanya sekarang?
Aku terasa seperti tangannya berada di depanku. Tiba-tiba saja dia seperti memelukku dari belakang, melalui ruangan tangannya yang kosong meskipun digariku.
“ Edry!” marahku tapi aku memintanya mengeluarkan semula tangannya.
Dia ketawa nakal. Aku tidak mungkin akan menoleh padanya kerana, pasti bibirnya nanti akan menyentuh pipiku.
“ Bestkan.. sama-sama terkunci..” bisiknya di sebelahku.
Aku mengetap bibir. Aku terasa kaku. Tidak dapat bergerak sama lantaran aku terkunci di antara dua tangannya. Aku terasa ingin menangis dengan sikapnya yang selalu membuat aku keliru.
Apa yang akan aku jawab kalau orang lain melihat aku begini bersama dia?
“ Tidakkah awak rasa apa yang saya rasa?”
2 ulasan:
amboi romantik nya edry dah jatuh cintan kat hanim ke. he...he... cpt smbung ye hani
Sa;fri> hai.. hehe. Agaknya?
Catat Ulasan