BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 Mac 2011

Bab 1- Perwiraku

Bab 1
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

         Nama penuh: Aleeya Hanim Binti Imran Bakri
         Umur: 23 tahun
         Status: Bujang
Sampai kepada pertanyaan status itu, tulisanku terhenti. Hampir terluah tawaku saat mengisi borang peribadi itu. Kalau bab status ini aku paling suka mengisinya kerana statusku yang single itu!
Aku melepaskan tawa dalam hati. Kalau besar-besar, percuma pulak diusir pegawai tertinggi nanti.
Al-maklumlah, ibu pejabat polis.
Aku hari ini diminta hadir untuk ditemuduga bagi jawatan yang aku pohon itu. Aku sendiri sedar dengan apa yang aku pilih. Aku graduan ijazah perguruan usuluddin tapi memilih untuk menjadi polis.
         Aneh?
         Ya memang, tapi itulah dinamakan minat. Sejak dulu lagi aku suka kerja yang lasak dan mencabar tahap kemantapan fizikalku. Soal luka, cedera dan tercedera sudah melalikanku. Walaupun ummi risau dengan kedegilanku ini tapi itulah aku. Barangkali, kerna aku sudah dididik dengan cara yang penuh berdisiplin itu makanya aku seolah-olah mewarisi walid. Perangaiku kadang-kadang lebih nakal dari budak lelaki tapi itu dulu.
Zaman sekolah rendah.
Masa ini, aku dah bolehlah dikatakan suka melaram. Tak nampak ladies sangat Cuma bergaya ranggi. Aku suka berpenampilan begitu kerana dengan cara itu aku akan menanam rasa percaya dan boleh mempertahankan diriku daripada memerlukan seseorang sebagai penjagaku. Bukan aku bersifat angkuh tapi bergantung pada seseorang itu bukan sikapku. Aku ingin berdikari, menjadi seseorang tempatnya bersandar dan berpaut. Tempatnya mengadu rasa sedih dan berkongsi rasa sakitnya. Aku senanf begitu daripada dipandang lemah.
         Aku mengerling jam di tangan. Lagi 10 minit aku akan dipanggil masuk. Dengan tergesa-gesa aku terus menghabiskan menulis borang peribadi yang ringkas itu. Sikapku yang satu ini amat merunsingku sendiri. Suka sangat berkhayal dan tersenyum sendiri.
         “ Aleeya Hanim?” panggil seseorang.
         Aku mendongak.
         “ Ya?” sahutku teragak-agak.
         Pegawai polis wanita itu membalas pandanganku.
         “ Giliran saudari.. Silakan masuk..” arahnya tegas.
         Aku menelan liur. Bersama semangat yang bolehlah aku katakan membuak-buak, aku menghampiri pintu utama yang akan menentukan masa depanku itu.
         Walid, ummi… pohon restu.
         Bismillahirrahmanirrahim..
         Aku menolak daun pintu dengan semangat. Salam kuucap dan dua pegawai polis di hadapanku itu menjawabnya dengan mesra.
         Alhamdulilah.. bukan seperti yang aku bayangkan. Aku selalu beranggapan mereka ini garang dan menakutkan. Macam penyoal ujian lisan yang selalu aku hadapi sewaktu peperiksaan zaman sekolah dulu.
         “ Duduklah..” pelawa mereka serentak.
         Aku mengukir senyum dan dalam rasa segan, aku menurutinya. Biodataku diteliti dengan tekun dan aku menahan debar dan rasa takut yang terlalu.
         “ Kelulusan awak ini terlalu cemerlang.. kenapa tak jadi guru?” soal salah seorang pegawai polis itu. Kalau tak salah pandang, namanya Shareena. Puan Shareena lebih tepat!
         “ Tak minat..” balasku.
         “ Kenapa?”
         Aku diam dulu sebelum membalas pertanyaan itu. Aku memang sudah agak akan ditanyakan soalan itu.
         “ Sebab saya tahan lasak dan tidak berminat dengan cara hidup yang mendatar. Bukan saya katakan guru itu hambar tapi saya lebih minat kearah yang mencabar kebolehan saya, mental dan fizikal..” balasku dengan penuh semangat.
         Puan-puan di hadapanku itu terangguk. Alahai.. dalam hati, aku merasa bangga juga dengan jawapanku yang entah dari mana aku hafal.
         “ Kita berniat untuk membantu masyarakat membenteras jenayah dan ini maknanya kita berdepan dengan musuh yang memungkinkan kita mengahadapi risiko maut.. Bersedia?” tanya puan yang berada di sebelah lagi. Puan Kalsum.
         Aku menarik nafas.
         “ Selagi saya terdaya, saya akan berjuang.. Saya percaya ajal dan maut itu di tangan Allah..” balasku dengan ayat yang tergantung. Aku yakin mereka pasti boleh membuat kesimpulan sendiri dari jawapanku yang bolehlah dikatakan bersahaja itu.
         “ Jawapan yang bersahaja tetapi bernas..” ucap puan Kalsum yang seperti menyindir aku.
         Aku hanya mampu tersenyum kelat.
         “ baiklah.. tak banyak yang ingin kami tanyakan.. Yang pasti.. kita jumpa di pusat latihan minggu hadapan..”
         Aku termangu dalam wajah yang bengang.
         Aku diterima sebagai calon pegawai polis wanita?
         Mereka berdua terkebil-kebil memandang aku yang kelihatan kebingungan. Tidak lama kemudian aku tersengih.
         Girangnya hatiku tidak terkata!
         “ Terima kasih!” ucapku dengan rasa gembira dan bersalaman dengan mereka. Bergegas aku keluar dari bilik itu kerana tergesa-gesa aku ingin mengkhabarkan kepada walid dan ummi.
         Nampaknya, malam ini ada yang akan menyesal!
         Aku menutup pintu bilik dengan perlahan.
         “ Yahoo!” jeritku sedikit nyaring. Bahagia yang tidak mampu lagi kuzahirkan dengan kata-kata. Lantaran rasa gembira itu, aku berlari-lari anak menuju ke pintu utama. Tanpa kusedar, aku telah terlanggar seseorang.
         Aku terpaku.
         Alamak…. Malunya!
         Pegawai polis lelaki yang aku rasa umurnya masih sebaya dengan Kak Leeya. Aku yakin kerana dibaju seragamnya tertera nama Insp. Dzulkheiree. Tanpa kelip dia membalas pandangan mataku. Bicaranya bersama temannya juga terhenti. Mungkin kerana insiden itu.
         Aku pula hanya berdiam dan mengetap bibir.
         “ Rasanya senang untuk mengungkapkan kata maaf..”
         Aku menelan liur. Terasa sekali dengan sindiran pegawai itu. Walaupun bersahaja tapi tegas.
         “ Sorry…” pintaku dan segera berlalu. Rasa hendak pecah dadaku melihat caranya merenungku. Lain sekali dan entahlah. Susah untuk aku ungkap dengan kata. Rasa bersalah semakin menebal. Lantaran itu aku terus berlalu lagi tanpa menoleh padanya walau sesaat.
         Tidakkah nanti menyeramkan kalau dia adalah di antara pegawai yang akan menjadi pelatih sepanjang aku menjalani latihan nanti?
Alamat matilah aku!

2 ulasan:

Maya Meyza berkata...

sambung lagiiiii...:D

Hani Zaidah berkata...

Maya> okeyyy.. :)