BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 29 Mac 2011

Sinopsis- Perwiraku

Aleeya Hanim… nama memang lembut tapi tingkahnya sedikit kasar dan suka dicabar. Dia tidak kenal erti penat walaupun hampir di satu ketika dia hampir tersungkur kelelahan dengan cabaran sebagai seorang pembenteras jenayah demi tanah airnya. Katanya,
“ Ini tanah tumpah darahku dan di sinilah jua aku akan berbakti..”
Sayangnya.. sekeping hatinya yang keras rapuh jua kerana cinta yang mula bercambah..

Edry Dzulkheiree… penampilan jangan dinilai dari luaran. Nampak tegas tapi dia memang menawan dengan sikapnya yang gila-gila. Siapa saja yang baru masuk di dalam Unit Gerak Khas itu.. akan menjadi mangsa kenakalannya kerana niatnya untuk merapatkan sesama sendiri agar mereka mampu menjadi sebuah kumpulan yang bersedia menerima cabaran.
“ Hidup ini memang manis.. tapi pahit sebab kita selalu saja didendami penjenayah,.”
Pertemuannya dengan pegawai wanita yang baru diserap masuk ke unit yang sama membuatkan dia terkeliru dengan sikapnya yang tidak mahu memilih pasangan hidup yang sama mempertaruhkan nyawa demi bangsanya..
Baginya.. cukuplah saja dia yang menjadi perwira. Perwira di mata negara dan perwira jua di hati yang dia cinta.
Benarlah.. pengorbanan itu pahit tapi apakan daya pahitnya harus ditelan jua….

0 ulasan: