BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 31 Mac 2011

Bab 3- Perwiraku

Bab 3
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Tangan ummi dan walid kukucup dengan lebih lama dari selalu. Bukan apa, aku akan berpisah dengan mereka bermula hari ini dan meninggalkan mereka selama 6 bulan untuk menjalani tempoh latihan bagi pegawai polis wanita, pengambilan yang baru.
Janggal rasanya sebegini.
“ Jaga diri adik,.” Pesan Kak Leeya sambil mengucup dahiku.
Aku mengangguk. Lenguh sudah mendengar nasihat yang aku terima semakin banyak sejak dari rumah lagi.
“ Jangan nakal!” pesan walid pula.
Aku tersenyum manja. Hampir saja aku ketawa mendengar pesanan walid.
Ummi pula hanya memandangku dengan pandangan sayu. Meskipun perasaanku berbaur, tapi aku cuba sembunyikan dengan mengusik ummi yang aku akan selalu merinduinya.
“ 6 bulan.. lamalah tu..” ummi merungut dengan airmata yang sudah bermain di bibir matanya.
Aku memeluk bahu ummi dengan manja.
“ Ummi tetap di sini,.. di hati adik..” balasku dengan manja, sedikit beremosi demi memujuk ummi yang nampak sangat keberatan.
Aku memeluk Kheir dengan erat walaupun aku sedar Kheir menolak kerana dia tahu aku akan meninggalkannya. Aku menciumnya sepuasku kerana lama aku pergi.
“ Salam peluk cium ya untuk baby Kak Leeya yang di rumah nenek dia sebelah abang Hisyam..” ucapku pada abang Hisham dan bersalaman dengannya.
Aku menoleh pada Kheir yang sudah beralih pada ibunya.
“ Jaga ibu ya..” pesanku pada Kheir sambil menggosok-gosok kepalanya.
Dia hanya mengangguk seolah-olah mengerti dengan apa yang aku sampaikan itu.
Aku menghela nafas. Aku sudah bersedia untuk berpisah dengan mereka. Aku bukanlah tidak sedih dengan perpisahan ini tapi sebenarnya aku sudah menangisinya semalam agar aku tidak menangis hari ini. Aku tidak mahu dipandang lemah kerana ini adalah jalan yang aku pilih.
“ Semua rekrut bersedia. Taklimat akan bermula 15 minit lagi..”
Makluman itu kedengaran dengan jelas. Aku memandang walid, ummi, Kak Leeya, abang Hisham dan anak buahku yang masih kecil itu bersilih ganti.
Sayu.. memang sayu tapi tak apa. Cuma 6 bulan. Itu bukan tempoh yang lama bagiku.
“ Selamat tinggal semua..” ucapku seraya berlalu bersama begku.

0 ulasan: