BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 Mac 2011

Bab 22- selendang biru

Sepulangnya dari rumah itu, Tok Salim terus menghampiri isterinya yang nampaknya sudah berwajah muram dan tergaris duka. Apatah lagi saat memandang anak mudanya yang kelihatan resah dan seakan-akan tidak berdaya.
Tok Salim mengeluh berat.
“ Apa yang mesti kita lakukan ayah?” soal Syahazri kebingungan.
Dia tidak tahu bagaimana cara untuk mengembalikan semangat Khalilah yang sudah hilang dibawa ‘makhluk’ lain. Dia hampir saja tidak percaya dengan apa yang terjadi tapi bagaimana mungkin ia menolak takdir itu kerana ia terjadi di depan matanya. Selama dia belajar dengan mata pelajaran usuluddin sekalipun, dia tidak pernah mengungkit permasalahan kisah-kisah ghaib dan tidak nyata ini di dalam pembelajarannya.
Ya.. dia memang ada belajar mengenai dengan cara meruqyah. Tujuannya memang untuk membantu mereka yang sudah berdampingan dengan gambaran, dampingan mahu membantu mereka yang tidak mahu mewarisi saka. Dia juga ada mempelajari tanda-tanda orang terkena sihir dan ilmu hitam tapi apa yang melanda Khalilah ini amat berlainan sekali.
Semangat Khalilah yang hilang. Semangatnya yang dibawa pergi. Kata ayahnya, lantaran perasaan Khalilah yang kosong dan bersedih keterlaluan itu makanya benda itu memilih untuk mendekati Khalilah.
“ Maknya, telefon keluarga Khalilah. Minta mereka datang kemari..” arah Tok Salim kepada isterinya. Mak Siah segera berangkat, menunaikan arahan suaminya kerana dia juga bimbang akan keadaan Khalilah yang sudah mengambil tempat di hatinya. Bersyukurlah dia juga kerana Izzah baru saja pulih dan kali ini tersentuh hatinya melihat keadaan Izzah yang lemah tidak bermaya. Habis pucat dirinya. Mungkin terkejut dengan apa yang baru saja dia rasakan.
“ Kita yang lainnya, marilah kita tunaikan sembahyang Maghrib bersama. Kita solat hajat beramai-ramai dan kemudian kita akan bantu saudara kita ini..” Tok Salim bersuara lagi dengan perlahan kepada semua yang ada di dalam rumahnya. Dia ingin ‘permainan’ sang iblis Laknatullah ini tamat segera sebelum terlambat. Bukan dia tidak pernah mendengar bahawa ada yang semangatnya dibawa pergi sedang jasadnya masih elok dibumi. Dia tidak mahu itu terjadi.
Syahazri memandang ayahnya tanpa kelip. Dengan keberatan, dia melangkah menuju ke bilik air. Langkah sempat ditahan oleh ayahnya.
“ Percayalah akan kekuasaan Allah..”
Dia termangu tanpa suara.

0 ulasan: