BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 31 Mac 2011

Bab 2- Perwiraku

Bab 2
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Kak Leeya mula merungut. Menyesal betul dia katanya kerana mencabar aku sebelum datang menghadiri temuduga itu.
“ Itulah kak.. jangan pandang rendah pada adik..” sindirku nakal sambil memeluk bahunya.
Kak Leeya hanya membalas aku dengan jelingan.
Aku mengkekeh ketawa. Aku suka sangat melihat Kak Leeya menarik muncungnya yang comel itu.
“ Kan dan kena yang..” abang Hisyam suami Kak Leeya menyampuk. Turut sama mengenakan kakakku itu. Malam itu, Kak Leeya terpaksa membawa aku makan ke restoran makanan laut kegemaranku yang terletak di kawasan pantai yang selalu menjadi tumpuan para penggemar makanan laut.
Aku jalan beriringan dengan anak Kak Leeya, Kheir Zanky yang baru berusaha 3 tahun itu. Dia adalah di antara anak buahku yang paling aku rapat dan paling senang denganku.
Aku menarikkan kerusi untuk anak buahku yang comel itu dan duduk di sebelahnya setelah kami sampai ke meja yang kami tempah terlebih dahulu. Restoran ini mesti ditempah awal dan kalau tidak, alamat kempunanlah hendak makan udang bakar yang pedas.
Hai.. hampir meleleh air liur.
“ Cepatlah pesan..” pinta Kak Leeya kepadaku setelah menu dihulur kepada kami.
Aku meneliti menu yang ada. Sesekali aku mengerling Kak Leeya yang sedang berbisik-bisik dengan suaminya itu. Mungkin mereka sedang merancang menu yang sama.
Pandangan Kak Leeya jatuh kepadaku.
Aku berpura-pura membaca menu semula.
Tanganku dipukul perlahan.
Aku tahu itu Kak Leeya kerana aku yakin dia sudah mendapati aku sebenarnya sedang mencuri-curi dengar dia dan abang Hisyam yang selalu saja nampak romantik di hadapanku itu.
“ Kalau order semua pun tak apa, janji adik larat makan..” perli Kak Leeya seakan-akan tahu niatku memerhati mereka tadi.
Aku tersengih. Mempamer barisan gigi yang cantik. Itu yang aku tunggu. Lampu hijau dari Kak Leeya untuk memberi peluang kepadaku bebas membuat pilihan.
“ Saya nak udang bakar, sotong sumbat dan kari tenggiri. Nasi jangan  lupa ya..” pesanku dengan bangga seolah-olah mempunyai selera yang besar. Pelayan restoran itu berlalu dan meninggalkan kami setelah pesanan kami diambil.
“ Eish.. makan banyak tapi badan kecil jugak..”
Aku ketawa nakal.
“ Cemburu?” perliku dengan manja.
Kak Leeya menjeling. Aku senang bermanja dengan Kak Leeya. Dengan beza umur 5 tahun itu, aku amat menghormatinya walaupun aku agak nakal.
“ Mummy..” panggil Kheir Zanky.
Aku menoleh.
Itu adalah panggilan untukku kerana aku dan Kheir memang rapat. Mungkin disebabkan waktu Kak Leeya belayar selama sebulan dulu atas urusan kerjanya.
“ Abang nak minum..” katanya manja-manja.
“ Minum apa?” balasku.
“ Air kelapa..”
Aku mati kata. Mana nak cari air kelapa? Alamat terpaksalah aku menuju ke kaunter untuk menambah pesanan menu. Aku pun bagai teringin juga untuk meminum air kelapa sejuk.
“ jom teman mummy..” ajakku seraya menarik tangan si kecil setelah Kak Leeya dan Abang Hisham mengizinkan.
Kami berdua jalan beriringan seolah-olah seperti ibu dan anak. Ibu muda!
“ Cik.. saya nak tambah menu..” aku bersuara sebaik saja sampai ke kaunter itu.
“ Ya?”
“ Air kelapa untuk meja 6” balasku.
Pelayan itu mengangguk dan aku menarik Kheir untuk kembali semula ke meja kami. Namun langkahku mati kerna dihalang dengan kehadiran seseorang yang tiba-tiba saja menampak di hadapanku.
Aku tersentak. Wajah pemuda di hadapanku itu seperti pernah aku lihat..
Alamak!
“ Kita jumpa lagi?” soalnya.
Sapaan pertama yang berbunyi perlian.
Aku tidak berkata, diam dan hanya memandang. Ngerinya terjumpa dia di sini. Macam hilang seleralah pulak rasanya. Pandangan matanya meliar. Meneliti aku dan juga anak buahku. Renungannya seolah-olah menunggu aku bersuara.
“ Datang seorang?” soalnya separuh berbisik.
Aku mengetap bibir. Betapa selambanya dia berkata begitu padaku sedang aku merasa kurang senang dengan caranya itu. Sekali pandang, orang mungkin tidak akan menyangka dia sebenarnya adalah pegawai polis kerana dia caranya berpakaian, dia memang sempoi habis!
Cuma memakai cap, jeans dan Jersey Liverpool.
“ Keluarga..” jawabku setelah lama diam.
“ Suami?”
Aku hampir ketawa dengan soalan itu. Mungkin kerana dia melihat Kheir seperti terkebil-kebi melihatnya itu.
Aku mengangguk.
Wajahnya jelas berubah.
“ Suami kakak dan kakak saya..” sambungku lagi, selamba.
Aku perasan perubahan pada wajah itu seperti menjadi geram. Lantaran tidak mahu terusan disoal, aku melangkah bersama Kheir.
Tanganku ditarik.
Aku tersentak.
Selambanya!
“ Saya join?”
Aku menarik tanganku. Tidak suka dengan caranya yang senang memperlakukan begitu kepadaku.
“ Kalau tak malu, datanglah..” selamba aku menjawab.
Kulihat dia mengetap bibir. Namun, langkahnya diatur jua mengikuti aku. Aku rasa bersalah pula. Apa pulak akan kuceritakan kepada Kak Leeya ni?
Bersahaja pemuda itu menarik kerusi duduk di sebelahku dan memangku Kheir. Dia bersalaman dengan abang Hisyam dan Kak Leeya dengan sopan.
Kak Leeya dan abang Hisyam serentak berdehem.
Aku mengetap bibir. Aku tahu maksud deheman itu. Mereka menanti aku bersuara memperkenalkan pemuda yang tiba-tiba saja ada dalam kelompok kami itu.
“ Edry Dzulkheiree..” perkenalnya sendiri tanpa menunggu aku bersuara seolah-olah tahu apa yang sedang bermain dalam fikiranku.
Kak Leeya tersengih.
Aku menjeling.
“ Dah lama kenal adik kami?”
“ Tak juga..” jawabnya lalu ketawa kecil. Mempesona sekali dia begitu. Kheir yang ada dipangkuannya hanya diam-diam saja. Tidak menolak dan tidak juga berlaku nakal seperti selalu. Mungkin dia segan dengan lelaki ini.
“ Nak mummy..” Kheir bersuara manja.
Edry menyerahkan Kheir kepadaku dengan berhati-hati. Kalau tidak terlalu cepat aku membuat penilaian, rasanya dia memang mempunyai sifat penyayang.
Menu pesanan kami sampai. Satu persatu terhidang di hadapan kami kecuali hadapan Edry. Kulihat reaksinya tapi dia hanya berwajah selamba.
“ tak makan?” soal abang Hisham.
“ Share..” balasnya  bersahaja.
Kening Kak Leeya terangkat saat memandangku. Aku menahan rasa. Aku kurang senang dengan caranya tapi aku tidak jua mahu membetulkan keadaan itu.
Aku mengangguk saja demi melenyapkan pandangan yang inginkan kepastian. Aku yakin Kak Leeya hairan kerana selama ini aku tidak suka berkongsi barangan milikku apatah lagi makanan.
Tapi saat ini, aku tidak ada pilihan melainkan TERPAKSA!
Eish! Geramnya.
Saat itu, aku hanya mampu berdiam dan membiarkan dia makan malam bersamaku tanpa bantahan. Dia senang bercerita dengan abang Hisyam dan Kak Leeya seakan-akan sudah kenal lama dan biasa dengan layanan abang ipar dan kakakku itu.
Malas melayan tingkah mengada-ngadanya itu, aku mengalihkan perhatian pada Kheir. Aku menyuapkannya makanan dan tanpa kuduga, Edry jua begitu. Dia menyuakan minuman pada anak buahku yang tersayang itu. Caranya seperti ingin mengambil hati saja namun, ya.. jujur saja, sebagai wanita.. hatiku tersentuh!
“ Sini.. mummykan nak makan..” Edry bersuara sambil mengambil Kheir dari pangkuanku. Katanya, dia kasihan melihat aku susah menikmati makan malamku memandangkan Kheir ada dipangkuanku.
“ Nampak penyayang..” bisik Kak Leeya.
Aku mencebik.
Diawal perkenalan, aku rasa caranya melampau! Kalau hendak ambil hati sekalipun, janganlah dengan cara begini. Kalau dia masih menyimpan dendam, tidak bolehkah lenyapkan dengan kata maaf yang sudah kuucap lewat tengahari tadi?
        dan.. apa motif dia makan bersama dengannku tanpa menu pesanan sendiri?
Save budget?

0 ulasan: