BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 Mac 2011

Bab 27-selendang biru


Khalilah terus saja dibawa pulang oleh abah dan umminya sebaik saja dia sedar dari lenanya yang lama. Dia meminta izin kepada Tok Salim sebelumnya jika sekiranya Khalilah sudah dapat dibawa pulang ke bandar. Mereka sebenarnya risau akan keadaan Khalilah yang semakin lemah itu.
“ Sebaiknya kita bawa saja dia ke rumah sakit. Khalilah lemah sangat dan dia perlu mendapat rawatan doktor. Kita sudah cuba dengan cara kita..” pesan Tok Salim kepada kedua orang tua Khalilah itu.
Mereka berdua mengangguk.
“ Terima kasih tok. Dah banyak jasa tok berikan kepada keluarga saya. Kalau ada apa-apa hal saya sedia memberi pertolongan..” balas abah Khalilah lagi. Umminya memapah Khalilah dengan dibantu oleh Mak Siah dan Izzah.
“ Tak apa.. sebagai saudara sesama Islam, kita kenalah saling bertolong-tolongan..”
Mereka semua mengangguk.
“ Azri mana?” soal ummi Khalilah setelah mereka memimpinnya masuk ke dalam kereta.
Tok Salim tersenyum hambar.
“ Dia berehat agaknya. Lama dia berdiri di bawah hujan tadi..” khabar Tok Salim pula.
Abah dan ummi Khalilah mengangguk-angguk. Terasa benar-benar berjasa dan berhutang nyawa kepada keluarga itu.
“ Kalau tak keberatan, saya berniat hendak satukan mereka berdua.. bulan depan..” ucap abah Khalilah pula sambil bersalaman dengan Tok Salim dan segera meminta izin untuk berlalu.
“ Terpulanglah, kalau mereka ada jodoh..”

0 ulasan: