BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 29 Mac 2011

Epilog-selendang biru


Aku merenung jauh ke luar jendela. Hujan renyai-renyai yang turun kupandang sepi. Bosan memanglah bosan kerana semenjak menjadi isteri tiga bulan yang lalu, suamiku itu tidak membenarkan aku bekerja di luar. Katanya, dia hanya ingin aku berada di rumah dan menyambut kepulangannya dengan senyuman saja. Dari langit yang gelap, aku melihat air jernih yang jatuh. Aku mengerti, hidup ini penuh dengan cabaran. Apa yang penting, penerimaan kita terhadap dugaan yang kadang-kadang membataskan waktu gembira kita. Hidup memang penuh dengan kepahitan dan aku tahu itu adalah untuk mendewasakan hati yang muda. Walaupun ia menyakitkan tapi aku yakin ada hikmahNya. Bukankah air yang jernih itu juga datangnya dari awan yang gelap?
“ Fikir apa tu?” tanya sang suami yang mungkin baru saja balik dari sekolah. Dia senang memelukku dan berbisik mesra di sisiku. Tanpa memandang, aku tersenyum senang dengan caranya mengasihi aku.
Dia mengusap perutku yang kelihatan sedikit besar dari biasa. Ada sesuatu yang istimewa di dalamnya hasil perkongsian hidupku dengannya, yang membawa bahagia dan sinar kasih-sayang tanpa putus.
“ Ibu dah makan?” soalnnya berbisik.
Aku menggeleng-geleng.
“ Kenapa?” bisiknya lagi sambil menghadiahkan ciuman di pipi kananku. Aku berpaling memandangnya sambil menarik tangan  yang melingkar di pinggangku itu.
“ Tunggu walidlah..” balasku manja.
Syahazri ketawa.
“ Masak apa?” soalnya.
Aku tersengih.
“ Air kosong..”
Dia mencubit pipiku mendengar jawapanku yang bersahaja itu. Aku mengaduh sakit.
“ Mesti nak makan luarlah ni..” tekanya lagi. Aku yakin sebenarnya dia mengerti maksudku itu. Aku bukannya apa. Hari ini aku benar-benar merasakan malas untuk memasak dan aku ingin dimanja olehnya. Kata suamiku itu, dia ingin aku membiasakan diri memanggilnya walid supaya anak kami yang bakal lahir ini akan terbiasa memanggil dirinya begitu. Pernah kumenolak kerana kataku dia tidak romantik. Bersahaja dan tenang dia menjawab, bukankah lebih romantik kalau keluarga yang kami bina selalu dalam rahmatNya?
“ Boleh tak?” soalku dengan muka yang sudah dibuat-buat minta dikasihani.
Dia tersenyum.
“ Apa yang tidak buat isteriku?” bisiknya sambil menarik aku ke dalam pelukannya.
Aku merasa bahagia. Bahagia kerana akan dibawa makan malam di luar dan bahagia kerana suamiku itu penyayang tanpa batas dan tidak mampuku ukur kebaikannya. Aku bertuah memiliki dia dan ya.. terima kasih TUHAN kerna KAU telah sempurnakan, telah ENGKAU ciptakan dia untukku. Apa lagi yang cari dalam hidup ini?
Aku percaya.. hidup ini, akan berakhir dengan bahagia kerana ENGKAU ya RABB maha PENGASIH dan PENYAYANG.


SEKIAN

7 ulasan:

Zass berkata...

Allah.. akhirnya....

hrmmm... nice story...

kan special n3... hahaha

cik ecah berkata...

abis dh...best3!!hehe

Hani Zaidah berkata...

Thank you... :)

adela berkata...

alahai.. pertama kali komen tahun ini dlm blog cik Hani. thaniah atas cerita yg sgt bes.. dan teruskan upload selalu ye.. Salam from Kuching, swk..

Hani Zaidah berkata...

Adela: hehe. Thank you... salam dari saya juga... :)

Tanpa Nama berkata...

suwweeettt :') -izzah-

yuta0330 berkata...

nice2..
good job writer..