BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 9 Disember 2011

BAB 10-O.R.K.I.D

Bab 10
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
“ Tak payahlah Sara tayang muka resah begini…” pesan Dhani yang sudah siap kemas dengan pakaian uniformnya. Dia nampak segak dan lain benar dari selalu. Aku terasa berat hati untuk melepaskan dia pergi bekerja pula.
Kenapalah hati begini.
“Abang pergi lama…” balasku dengan suara perlahan.
Kalaulah Dhani mengatakan sesuatu lagi, pasti tasik hati ini terusik.
Dhani hanya ketawa. Mentertawakan isteri yang sudah nampak mempamer wajah minta dikasihani. Memang kasihnya pada si isteri.
“ Jomlah hantar abang.. kereta ni nanti Sara guna untuk balik ke rumah keluarga abang.. Tak boleh pergi tempat lain. Abang tak izinkan..” paksa Dhani sambil menolakku perlahan memasuki kereta Nissan Murano kesayangannya.
Di dalam kereta aku hanya berpeluk tubuh. Sejak malam itu, aku seperti terpukau pada tingkah suamiku itu. Setiap gerak-gerinya menarik perhatianku.
Benar-benar mempesonaku!
Apakah perasaanku benar-benar berubah atau sekadar takut ditinggalkan?
Dhani yang sedang asyik memandu masih mampu bernyanyi-nyanyi kecil. Riang benar hatinya pergi bekerja hari ini.
      “ Happy semacam Sara tengok abang ni..” tegurku dengan rasa rajuk. Geram benar kerana aku merasakan seolah-olah Dhani gembira meninggalkan aku sendiri.
      “ Mestilah.. pertama kali isteri hantar kerja..” balasnya bersahaja.
      Aku menjeling.
Selamba benar dia menjawab tapi gelora di hatiku dia tidak tahu.
      “ Abang janji dengan Sara.. Jangan lupakan Sara.. ok!” pesanku lagi.
      Dhani tersengih.
      “ Please sayang.. I love you..”
      Aku tersenyum kecil. Ungkapan itu menyejukkan hatiku. Aku tahu Dhani tidak akan melukakan hatiku kerana hingga ke saat ini, aku merasakan kasihnya hangat benar.
      Aku menghantar Dhani dengan pandangan mata melihat dia masuk ke balai berlepas. Kucupannya masih hangat di dahiku sedang perasaanku saat itu ingin menangis.
      Kasihan.. kenapalah aku begini?
      Aku terus memandu kereta milik suamiku menuju ke destinasi yang diarahkan oleh suamiku. Aku perlu amanah dan aku harus menjaga amanah itu.
Tett tett tett!
Aku tersentak dengan bunyi itu. Pantas aku mencapai telefon bimbit yang nada deringannya menandakan adanya pesanan masuk.
‘I love you!’
Aku tersengih sendiri. Pesanan dari Dhani. Belum jauh lagi Dhani sudah mengirimkan kata-kata cintanya kepadaku.
Ya TUHAN.. jangan robohkan dulu benteng hatiku.
Aku terus membelok mengingati simpang rumah keluarga Dhani. Berusaha benarku menghafal jalan rumah ini kerana semalam bersungguh-sungguh Dhani memaksaku mengingat jalan. Memang caranya bijak menyuruh aku tinggal di rumah keluarganya kerana memang sebenarnya aku penakut. Takut pada apa yang akan melukaiku dan menyakitiku.
Aku mematikan enjin kereta kemudian setelah yakin sampai ke destinasi yang kuingin tuju. Kulihat ibu sudah menjenguk dari muka pintu. Teruja benar ibu menerima kedatanganku. Aku terus keluar dari perut kereta dan menghampiri ibu.
Aku menggapai tangan ibu dan menciumnya. Diiringi ayah yang baru saja berdiri di sebelah ibu.
“ Risau ibu..” luahnya sambil mencium dahiku.
Aku tersentak.
“Dhani dah dua kali telefon bertanya sama ada Mai dah sampai atau belum..” adu ibu lagi sambil mengajak aku masuk ke dalam rumah. Aku hanya mampu tersenyum kecil.
Bimbang benar Dhani kepadaku. Pantas aku menaip sesuatu pada pesanan ringkas untuknya.
‘Nakal lah abang.. buat ibu risau pulak.. Sara dah sampai ni..’
Terusku tekan punat send dan berharap pesananku akan sampai kepada si dia yang kini di awan biru.
“ Dah rindu?” tegur Kak Shila yang baru saja menuruni anak tangga bersama Hafizy itu.
Aku sekadar tersenyum.
“ Dhani tu buat ibu risau…” balasku perlahan kepada kakak iparku itu. Dia sudah lengkap berbaju kurung dan pastilah dia ingin ke pejabat agaknya.
“Dia ingat Mai belum sampai sini lagi..” aduku pula sambil tertawa kecil mengenangkan tingkah suamiku.
“ Dhani memang. Kalau dah sayang, begitulah..” balas ibu lantas mengajak kami sama menikmati sarapan. Ayah pula sudah pergi ke pejabat agaknya.
“ Dulu, Sara kerja?” soal ibu setelah dia menghirup kopi panas hidangan Kak Suri, pembantu rumah ini.
Aku mengangguk.
“ Kerja apa?” soal ibu lagi.
Kak Shila sekadar jadi pendengar bicaraku dengan ibu.
“ Biasa saja ibu.. menterjemah manuskrip lama..” balasku sambil meletakkan cawan yang berisi minuman panas.
Ibu mengangguk-angguk.
“ Kenapa berhenti?” soal Kak Shila.
“ Nak sambung belajar…”
Ibu dan Kak Shila saling berpandangan.
“ Bila?”
Aku mengangkat bahu.
“ Belum pasti lagi. Dhani baru izinkan tapi rasanya belum masa sesuai lagi nak buat persediaan..” balasku dengan jujur.
“ Macam nak pergi jauh…” Kak Shila membuat andaian.
Aku mengangguk.
“ Pergi Paris..” jawabku lalu ketawa manja.
Ibu sekadar tersenyum memandang kami berdua.
“ Itu kota cinta. Kakak selalu ajak abang Anuar pergi ke sana tapi banyak sangatlah alasan. Sampai anak dua pun masih tak sampai-sampai..” adu Kak Shila membuatkan aku semakin memanjangkan tawa.
“ Tapi.. Mai belum bersedia nak berjauhan…”
Kini giliran ibu pula ketawa.
“ Dah tu, jangan pergi..”
Aku menggaris senyuman kelat.
“ Impian Mai, ibu..”
Kak Shila dan ibu mengangguk. Nyatanya, memang itu impianku. Impian untuk menjadi insan cemerlang dan juga impian untuk pergi jauh dari insan yang menghancurkan sekeping hatiku. Bicara kami berakhir di situ apabila Kak Shila mula meminta diri untuk pergi. Hafizy beralih kepada ibu pula dan aku disuruh ibu untuk naik menjenguk bilik untukku berteduh sepanjang empat hari aku di sini nanti. Kata ibu, Dhani pesan untuk aku menggunakan bilik tidurnya. Dhani sendiri tidak membenarkan sesiapapun masuk ke dalam biliknya meskipun untuk dibersihkan. Nampaknya, aku memang bertuah dapat melanggar pendiriannya.
Aku terus melangkah menaiki anak tangga dan dalam resah aku menuju ke biliknya. Anak kunci sudah ada di tanganku. Dengan lafaz bismillah, aku membuka pintu biliknya.
Wah.. sungguh kemas dan menarik. Bagai terhidu-hidu aroma wangian lelakinya di sepanjang bilik itu dan membuatkan aku melayang mengingat dia lagi.
Aku menutup daun pintu dan meninjau sekitar biliknya. Warna lembut, seakan sama citarasanya menghias rumahnya. Sejuk dan tenang. Di atas meja kecilnya tersimpan berbagai jenis minyak wangi. Entah itu memang yang dibelinya atau hadiah dari perempuan, aku mula curiga. Dari satu sudut ke sudut yang lain, hiasan biliknya sangat cantik dan menarik. Pandanganku singgah ke katil miliknya dan pantas saja aku melabuhkan seluruh badanku di situ.
Ah.. selesanya!
Dengan suasana penghawa dingin yang sepoi-sepoi anginnya menyentuhku, aku merasakan kedamaian di sini. Pantas aku menyeluk telefon bimbit yang kusimpan ke dalam kocek seluar slackku.
Alamak.. dua mesej.
Aku terus membuka isi pesanan.
‘ Pasal abang sayanglah baru buat begitu’
Aku mencebik membaca pesanannya itu. Kemudian aku membuka lagi pesanannya yang kedua.
‘ Malam nanti kita skype’
Aku berfikir sejenak. Memerhati ruang biliknya kalau-kalau ada…
Ah! Dah jumpa. Boleh gunakan komputer miliknya yang ada di sebelah almari pakaiannya. Memang aku teringin hendak melihat dia malam nanti. Pastilah saat ini Dhani sibuk mengendalikan pesawat dan memakan masa berjam-jam lamanya. Itupun kerana, destinasinya kali ini transit Singapura ke United Kingdom sebelum kembali semula ke tanah air. Selama empat hari dia bekerja, dua hari cuti dan kemudian Dhani pasti akan pergi lagi.
‘ Kalau abang lewat malam nanti, Sara tidur.. Bilik abang best sangat’
Balasku sengaja mengusiknya. Doaku, semoga ketika dia berada jauh di sana, dia tetap terkenang aku yang ada di sini.

1 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

untungla boleh msuk bilik dhani...agk2 npe dhani xbg sgt org len msuk bilik die tu...curiousity kills the cat...haha