Bab 13
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
“ Mai…”
Aku tersentak saat namaku dilaung berulang kali dari luar bilik. Aku pantas mengesat airmata yang menitik dan terus menutup kembali kotak yang kubuka tadi.
“ Ya ibu..” sahutku namun suara kedengaran mendatar.
“ Mai.. Kita turun sarapan ya..” pesan ibu sebelum suaranya menghilang tanpa sahutan.
Aku masih tidak berganjak. Fikiranku kini bercelaru. Perasaanku berbeza-beza mengetuk tangkai hati. Jauh sudahku mencari punca Dhani memilihku, kenapa jawapan yang kutemui semakin membuat aku keliru?
Aku menghela nafas berat. Kemudian aku bangun dan meletakkan kotak misteri itu di tempatnya semula. Perasaanku benar-benar lain.
Tett tett tett
Aku pantas menoleh pada telefon bimbit yang tersimpan kemas di meja lampu tidur berhampiran dengan katil. Bergerak malas kumenghampirinya.
‘ Sayang you lebih pagi ini’
Aku mengetap bibir dengan kuat. Kiriman pesanan yang kuterima dari Dhani amat menyentuh hati wanitaku. Tambahan lagi saat terkenang coretannya pada gambar-gambar yang disimpannya dalam diam itu.
Aku meletakkan telefon bimbitku kembali tanpa membalas pesanannya. Aku ingin melengahkan waktu. Pantas aku memilih untuk turun ke ruangan bawah lantaran tidak mahu dinanti ibu dan keluarga Dhani yang lain dengan lama.
“ Jemputlah Mai..” pelawa Kak Shila yang nampak aku baru menuruni tangga.
Aku terus melemparkan senyuman pada kakak iparku yang sangat peramah itu. Anak-anaknya bersama abang Anuar sedang leka bermain di ruang rehat bersama dengan ayah Dhani. Aku mendekati meja makan dengan senyuman kecil. Aku menghulur tangan bersalaman dengan ibu, Kak Shila dan juga ayah pada pagi itu. Memang rutinku begitu sejak kecil kerana menghormati insan yang lebih berusia daripadaku.
“ Ni Ibu masak ni..” ucap Kak Shila sambil menghulurkan kepada nasi goreng kampung yang benar-benar menarik seleraku. Aku menyambutnya dengan hati gembira.
“ Terima kasih kak.. ibu..” balasku sambil duduk. Terpandang abang Anuar, aku sekadar berbalas pandangan. Masih belum mesra dengan abang ipar Dhani itu namun aku tahu dia sangat baik.
Suasana hening sarapan kami berubah riuh dengan bunyi deringan telefn yang meronta-ronta minta dijawab. Kunampak Kak Suri tergesa-gesa mengangkat gagang telefon.
Aku menghirup minuman panas yang nampak segar dan nyaman.
“ Puan Maisara, telefon dari Tuan Fakrul..” khabar Kak Suri yang tiba-tiba saja muncul di sebelahku.
Tersentakku dalam sesaat sebelum aku berangkat menyambut panggilan itu kerana resah saat terpandang pandangan keluarga mertuaku yang nampak mengusik itu.
“ Assalammualaikum..” aku memula bicara.
Salamku dijawab tapi kedengaran hambar.
“ Kenapa tak balas mesej?” soal Dhani dalam nada rajuk.
Aku tertawa kecil.
“ Sara tengah sarapan..” balasku cuba memujuk si dia.
“ Ingat marah abang..”
Aku mematikan ketawa. Tak ada sebab untuk aku marah padanya. Suasana antara kami berubah bisu. Lama benar aku dan Dhani diam. Aku pula seolah-olah terkelu untuk berbicara padanya. Tambahan lagi pandangan ibu dan Kak Shila ketara benar mengusik.
“ Abang tunggu sayang bersuara ni..” luah Dhani akhirnya bila aku enggan bersuara jua.
“ Malu.. ibu dan kak Shila pandang Sara..” bisikku perlahan namun kedengaran manja. Di balik corong itu, aku terdengar Dhani melepaskan tawa.
“ Pesan pada ibu dan Kak Shila, Sara girlfriend abang..” usik Dhani lalu dia ketawa.
Aku mengetap bibir. terasa geram dengan usikan suamiku itu. Kalau aku menuruti kata-katanya, aku yang akan malu sendiri jadinya.
“ Sara.. tadi abang ada terima panggilan. Dari kampung..” khabar Dhani kepadaku dengan suara yang sudah berubah tenang.
Aku tersentak.
“ Kenapa?” soalku tergesa-gesa.
“ Post dari Paris dah sampai..”
Aku terkejut kecil. Kiriman dari Paris? Seingatku, aku tidak ada mengirim apa-apa kiriman sekalipun.
“ Abang beri?” soalku.
“ Tak.. tapi abang apply untuk Sara. Universiti yang Sara nak pergi..” balasnya bersahaja.
Aku terdiam. Kenapa Dhani sebegini prihatin pada kebajikan dan keinginanku?
“ Kalau Sara nak balik kampung hari ini, abang izinkan..”
Aku termangu. Masih berfikir untuk kembali ke kampung sendirian untuk mengambil kiriman jawapan dari universiti itu.
“ Apapun jawapannya, Sara perlu redha..” pesan Dhani lagi.
Aku menghela nafas.
“ Bila abang prepare semuanya? Dari mana abang dapat certificates Sara?” soalku bertalu-talu.
Dhani tertawa kecil.
“ Anggap saja hadiah pertama perkahwinan kita..” balas Dhani dengan suara yang perlahan.
Aku tersengih. Detik itu juga aku terkejut kecil apabila Kak Shila berdehem dan suaranya dekat di sebelahku.
“ Dhani.. sudah-sudahlah bercinta tu. Maisara belum habiskan sarapannya lagi…” usik Kak Shila dengan suara yang sedikit nyaring. Aku di sisinya hanya tertawa. Sengajaku gunakan speakerphone untuk memastikan Dhani juga mendengar suara kami.
Tawa Dhani berpadu dengan Kak Shila.
“ Biarlah.. dia girlfriend, dia juga isteri saya…” balasnya.
Aku sekadar mendengar usikan Kak Shila dengan suamiku itu. Kak Shila kemudian berlalu ke pintu utama untuk pergi bekerja katanya. Aku menyudahi perbualanku dengan suamiku itu dengan berjanji untuk mengambil balasan dari universiti itu ke kampung petang nanti.
“ Hati-hati memandu.. and I love you..”
Aku tertawa kecil.
“ Sara tunggu abang..”
0 ulasan:
Catat Ulasan