Bab 14
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Suasana di kampung masih seperti selalu. Damai dan aman sahaja. Daun-daun kelapa masih mesra melambaikan helaiannya seolah-olah mengalu-alukan kedatanganku lagi. Kanak-kanak masih riang lagi bermain di tepi jalan. Kulihat beberapa orang jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah kami itu sedang bersembang-sembang petang sambil menyapu kawasan rumah. Biasalah tu. Mesti menyebar berita hangat lagi.
Seperti selalu.
Aku sekadar menundukkan kepala sebentar sebagai tanda hormat saat pandanganku dan pandangan mereka berpadu ketika melintasi mereka. Sengaja kupandu kereta dengan perlahan kerana beberapa detik lagi aku akan sampai. Meskipun cara mereka memandangku nampak sangat buat-buat baik tapi apa daya, aku memang ingin menghormati mereka. Pastilah akan ada lagi cerita baru lagi.
Aku mematikan enjin kereta suamiku. Aku keluar dan terus menuju ke peti surat yang tergantung kemas berhampiran pintu utama rumahku. Aku tidak berniat untuk masuk ke rumah hari ini kerana takut.
Aku tertawa kecil di dalam hati. Aku tidak berani tanpa Dhani. Aku terus membuka kiriman yang kutunggu-tunggu untuk mengunjungi Eiffel towernya yang menjadi anganku.
Aku bersandar di sisi kereta. Aku membuka dengan berhati-hati. Di dada ini penuh debar yang tidak terkata. Satu persatu tulisan yang tertera kubaca hinggalah mataku terhenti pada tulisan yang diwarnakan tebal.
Aku terus terjerit kecil.
Alhamdulilah ya Allah.
Aku diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Aku benar-benar bahagia dan aku benar-benar tersentuh hati dengan hadiah yang diberikan Dhani kepadaku.
‘ Abang.. I miss you’
Aku terus menghantar pesanan itu kepada Dhani yang masih jauh dariku. Aku ingin dia tahu saat ini aku terkenangkan dia yang jauh dan benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada suamiku ini.
‘ Sara dapat?’
Balasannya kuterima beberapa detik kemudian.
‘ Yeap. Sara tak sabar nak celebrate dan belanja abang bila balik nanti. Tq. Abang memang sayang Sara..’
Balasku semula bersama senyuman panjang. Aku memang ingin menghargai jasanya yang telah menunaikan impianku selama ini. Memang benar kata abah, Dhani memang ingin menjagaku.
Aku memeluk kiriman itu dengan rasa bahgia yang terlalu. Aku pantas ingin kembali semula ke rumah mertuaku dan mengkhabarkan berita ini kepada mereka.
“ Maisara..”
Pergerakanku terbatas dengan panggilan itu. Tapi, aku masih enggan berpaling. Entah kenapa, degupan jantungku lain saja iramanya. Terlalu kuat dan menggetar.
“ Takkan awak benci saya sangat sampai tak sudi memandang walau sesaat..” suara itu kedengaran lirih saja pada pendengaran.
Aku tersentak. Aku bagaikan tahu suara itu. Aku tahu kini aku berada di kampung dan dia juga. Tapi, aku tidak mahu mengandaikan dia.
Aku memaksa diriku berpaling.
Wajah itu.. ya Allah.
Terguris lagi hati ini!
“ Maisara…”
Senyuman tawar tergaris di wajahnya.
Fahrin!
Kalau aku bisa luahkan apa yang tersimpan di hati, tahukah dia aku benci sudah yang sesungguhnya kepadanya?
Aku pantas mengalihkan pandangan ke arah lain kerana bimbang bening mata itu akan menceritakan perit menahan rindu lagi. Aku tidak mahu tertipu pada bayangan cintanya yang palsu.
Aku lelah.
“ Boleh.. kita bercakap?” tanya Fahrin yang berdiri tidak jauh dariku.
Aku mendengus.
“ Tak ada maknanya..” balasku perlahan walau hatiku berat menahan rasa gelisah.
Hati ini.. kenapa masih merasakan getaran saat suaranya menyapa pada pendengaranku lagi?
“ Mungkin kali terakhir.. atau untuk menjernihkan segalanya..” balas Fahrin dan kali ini dalam nada memujuk dan merayu.
Ya Allah.. berilah aku kekuatan.
Aku mengangguk kerana tidak ingin memanjangkan sengketa dan pandangan orang kampung yang nampak lain saja. Aku segera mengatur langkah menghampiri pantai yang tidak jauh dari rumahku. Aku sedar langkahku dituruti tapi aku tidak ingin bergandingan dengannya.
Bimbang pada hati yang samar-samar menyimpan angan.
Aku duduk di atas batu besar dan melemparkan pandangan pada lautan biru yang luas. Mujur saja sepasang kaca mata hitamku masih sempatku gunakan. Aku takut kalau-kalau Fahrin merenung mata yang masih tersimpan duka ini. Aku bimbang dia meneka isi hatiku.
Aku sempat mengerling dia yang sudah berpeluk tubuh. Hela nafasnya kedengaran.
Dia.. masih seperti dulu.
Ah!
“ Apa khabar?” soalnya.
Aku mengetap bibir sebelum menjawab.
“ Seperti yang awak lihat.. Bahagia..” balasku sinis. Jujurnya, aku benar-benar ingin membuktikan padanya bahawa aku sungguh bahgia melalui hidup ini tanpa dia.
Anehnya, hatiku enggan meluahkannya.
Aku terkelu saat dia menapak di hadapanku. Wajahnya nampak tegang dan membimbangkanku.
“ Sara.. Kenapa akhiri hubungan kita begini?” tanya dalam desakan.
Ya Allah.
Bukan aku yang sudahi segalanya.
“ Awak yang mulakan Fahrin dan saya berhak akhirinya. Awak buat saya mengemis cinta awak..” balasku dengan marah. Terasa benar membara di dalam dada dengan tuduhannya yang sangat melampau itu.
Aku berdiri memeluk tubuh. Mempamer kesombongan dan keangkuhan pada insan yang pernah menghancurkan hatiku suatu ketika dulu.
“ Saat awak buang saya.. Saya nekad, untuk tidak lagi kembali.. walau sedetik..” balasku teragak-agak kerana sekeping hatiku kini, tercalar lagi. Dengan langkah pasrah aku berlalu. Namun langkahku mati bila dengan beraninya Fahrin menarik tanganku.
“ Katakan, awak cinta siapa?”
Aku terkaku bila pandanganku tertumpu pada Dhani yang tiba-tiba ada di hadapanku pula.
Bukankah suamiku itu sepatutnya pulang esok tapi kenapa kini dia ada di sini pulak tanpa khabar?
Aku menelan liur. Pandangan Dhani seperti inginkan jawapan jua dari pertanyaan yang dibangkitkan Fahrin.
Aku terpaksa menjaga hatinya. Lantas tanganku, kutarik dengan paksa.
“ Di hati ini.. ada dia.. dan peluang mencintaiku itu juga, miliknya..”
Fahrin kulihat di sebelahku tidak berkutik. Namun aku bimbang pada penerimaan suamiku yang nampak terkejut melihat aku dan Fahrin saat ini.
Aku menghampiri suamiku dengan rindu tapi Dhani seolah enggan menyambut kedatanganku.
Dhani dan aku hanya saling berbalas pandangan.
2 ulasan:
cite ni mmg best... harap2 Dhani tk salah sangka... Dhani perlu bersikap matang...dgr dulu penjelasan yg sebenarnya... tk nk diorg gaduh2...ada n3 lagi?
alamak ai..awat lagu tu...dhani mmg da ade kt kg lame ke?sbb tu die tw surat da smpi..eh?ke x...huu
Catat Ulasan