BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 12 Disember 2011

bab 16- O.R.K.I.D

Bab 16
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
      Aku masuk beriringan bersama Dhani ke dalam bilik kesayangannya. Sesampainya saja dari kampung, ibu mempelawa kami menikmati minum petang. Untuk tidak membuat ibu kecil hati, kami menurut. Banyak juga yang Dhani kongsikan kepada ibu termasuk kiriman yang kuterima. Ibu sempat mengucapkan tahniah dan memberiku macam-macam kata nasihat.
Dhani sekadar menjadi pendengar setia sambil memeluk bahuku pulak di hadapan ibu.
“ Malam ni terus balik?” soal ibu sambil menghirup minumannya.
Dhani mengangguk.
Kata Dhani, sebelum balik ke rumah kami malam nanti, perlu singgah jumpa ibu dulu. Ibu sendiri hairan melihat Dhani pulang hari ini sedangkan dia sepatutnya pulang esok. Selamba saja Dhani menjawab tujuannya balik hari ini kerana rindu berat kepadaku. Wajah ibu nampak tersentak dengan jawapan Dhani. Membuat aku segan memandang ibu yang sudah tersengih.
      Aku duduk di birai katil kerana penat benar kerana perjalanan tadi. Dhani pula selamba saja menapak di hadapanku, membuka pakaian seragamnya.
      Aku terus mengalihkan pandanganku dari memandangnya yang terang-terangan mengusikku.
      Tawa Dhani melepas di situ.
      Aku menggigit bibir saja menahan geram.
      Dhani menyimpan tangannya di belakangnya. Aku nampak dia begitu melalui kerlinganku.
      “ Yang..” panggil Dhani mengusik. Nadanya manja saja dan lagak ingin menguji ketenanganku saja.
      Aku sekadar berdehem.
      “ Yang.. please.. pandang abanglah..” sambungnya lagi kali ini dengan nada suara yang bertambah manja.
      Mahu tak mahu aku turuti jua. Aku berdiri bertentangan dengannya. Di hati ini resah semacam kerana pandangan Dhani nampak nakal benar.
      “ Kenapa?” soalku garang namun pandangan mata kularikan dari membalas renungannya. Tanpaku duga, Dhani meletakkan kedua belah tangannya di bahuku. Wajahnya, dekat dengan wajahku. Hatiku, resah lagi.
      “ Tolong buka baju abang, sayang..” bisik Dhani.
      Aku terkelu.
      Permintaan jenis apa tu?
      “ Bila tengok Sara, abang rasa malaslah nak buat sendiri..” tambahnya lagi tapi kali ini disentuhnya daguku untuk berpaling membalas renungannya pulak.
      Aku menjeling saja.
      “ Please…” rayunya lagi.
      Tiada pilihan lain, aku menuruti permintaannya. Tambahan pula, tidak berdosa tapi bertambah pahala. Aku hairan kenapa Dhani nampak gembira semacam sejak menjejakkan kaki ke rumah keluarganya. Meskipun tanganku menggeletar membuka butang bajunya satu persatu namun aku berusaha menyembunyikan gelisah di hatiku.
      Wajahnya didekatkan di telingaku.
      “ Do I really can love you my dear?” soalnya dalam bisikan.
      Gerakan tanganku terhenti. Aku menelan liur dengan payah. Soalan Dhani itu ringkas tapi seumur hidup bakal menjadi pertaruhan. Aku tahu alasan dia menanyakan soalan itu. Pasti kerana ungkapanku ketika di kampung tadi. Keberanianku melafazkan kata kerana aku geram pada kelancangan Fahrin memaksa aku mengakui kata hati yang belum pasti.
      Sudahnya, aku hanya membisu. Tidak berniat menjawab persoalan itu kerana bimbang benar mengeruhkan keadaan.
      Kucupan Dhani singgah ke pipiku dan beralih lagi ke dahiku.
      Aku memejam mata.
      “ Abang rindu bibir ni..” usik Dhani selamba. Mendengar usikannya pantas aku menekup bibirku. Aku terkenang rayuannya pada malam itu, saat dia jauh dari sisiku.
      Dhani tertawa kecil.
      “ I don’t care because.. everything yours is mine..”

2 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

amboi dhani...bukak bju pn nk suro sara ke

Syarp berkata...

Br jupe blog nih..huh thumbs up 2 writer..senyum pnjg bc dialog dhani..kerasnya ati sara ..kalu i lah dh lama cair ngn dhani huhu