Bab 11
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Senja kini berganjak lantas malam melabuhkan tirainya. Setelah makan malam, aku mengurungkan diri di dalam bilik. Aku tidak berniat untuk ikut bersama aktiviti santai keluarga Dhani kerana ibu mengarahkan aku berehat saja.
Di dalam bilik Dhani ini, aku tertawa sendirian mendengar celoteh suamiku yang kini sedang berehat di hotel katanya. Dia mengadu penat memandu kapal terbang dan berharap aku akan ada di sisinya untuk menghilangkan penatnya. Berjam-jam dia mengawal penerbangan sedangkan kerjanya hanya memastikan kawalan benar-benar berfungsi dan memahami perubahan cuaca. Bukan sehari dua dia baru bekerja dan sepatutnya dia tidak mengadu padaku hal itu.
Memang Dhani sengaja ingin mencuri perhatianku.
Mulanya aku hairan. Dhani banyak benar masa meluangkan waktu bersama dengan abah di kampung dan rajin sangat dia mengunjungi abah. Aku pernah terfikir bahawa Dhani ini seorang kaki ponteng kerja. Yang nyatanya, memang jadual bekerjanya begitu.
Anehnya.. kenapa Dhani suka mengunjungi kampung sedangkan tiada sanak-saudaranya di situ?
Hingga ke saat ini, aku masih tertanya-tanya.
Melalui laman internet Skype kami berhubung dan boleh saling berpandangan. Malam itu, aku sengaja mengenakan gaun berwarna merah jambu yang lembut dan nampak sedikit seksi. Aku sengaja ingin mengusiknya malam-malam begini.
“ Kenapa cantik sangat malam ni?” rungut suamiku yang berada nun jauh di sana. Suaranya dekat dan dapat kudengar melalui komputer miliknya ini.
Aku melepaskan tawa manja. Sengajaku balas dengan mengenyitkan mata kepadanya.
“ Sara..”
Aku tersenyum manja dengan tegurannya yang kedengaran lirih itu.
“ Dah kunci pintu?” soalnya dalam nada yang berbaur risau. Aku mengangguk dengan bahagia.
“ Sudahlah abang..” balasku dengan manja.
Dhani nampak gelisah dari layar itu.
“ Kenapa abang gelisah ni?” soalku sambil tersenyum. Suka benarku melihat wajahnya begitu. Bukan senang dapat mengusik Dhani. Kalau dekat, alamat aku jugak yang kalah.
“ Abang sarat rindu pada sayang.. Tak rasa getaran yang sama?” soalnya perlahan dan menusuk hatiku.
Aku tidak jadi untuk terus mengusiknya.
“ Sara sengaja uji abangkan.. Sara pakai seksi-seksi macam ni. Suara Sara manja sangat..” sambungnya namun dalam nada mengadu dan aku suka sangat mendengarnya.
“ Bila abang jauh dari Sara.. Baru Sara buat..” tambahnya.
Aduhai.. membuat aku semakin kasihan pulak padanya. Manja sangatlah konon bila begitu.
“ Abang ni kenapa… Abang yang tinggalkan Sara…” balasku lagi sengaja mengusiknya.
“ Abang lupa Sara ni cantik di mata abang?” sambungku lagi.
Kali ini, Dhani melepaskan tawa.
“ Abang rindu benar pada Sara..”
Aku ketawa kecil.
“ Kan dah ‘jumpa’ malam ni..”
“Tak sama.. Masih jauh..” adunya lagi dalam nada manja-manja.
Eish.. geram benar hatiku.
“ Tak dapat curi-curi peluk..” balasnya lalu ketawa besar.
Aku mencebik.
“ Dah tengah malam lah..” tegurku.
Dhani masih dalam sisa tawanya.
“ Di sini masih pagilah sayang..”
Aku menjeling.
“ I really wish could kiss that lips..”
Aku pantas menutup bibirku dan menjelingnya lagi. Lalu ketawanya kedengaran semula.
“ Lama lagilah abang nak balik..”
Aku ketawa.
“ Tak apa.. Sara tunggu…” balasku memujuknya. Banyak yang aku pesan kepadanya supaya terus konsentrasi pada pekerjaannya dan tidak perlu risau aku di sini.
“ Ibu akan jaga Sara…” balasku lagi bila Dhani semakin menyatakan hasrat bimbangnya meninggalkan aku. Aku tahu, dia bukannya bimbang benar tetapi sekadar rindu berat kepadaku.
“ Sara ni macam tak rindu abang. Seronok sangat…”
Aku ketawa lagi.
“ Seronok. Best bilik abang…”
Dhani menjengilkan matanya.
“ Abang Cuma benarkan Sara seorang saja masuk bilik abang. Jaga bilik abang elok-elok. Tolong bersihkan jugak..” pesannya.
Aku mengangguk.
“ Yelah cik abang.. Macam sayang bilik lebih dari Sara..” balasku dalam rajuk.
Dhani ketawa nakal.
“ Bilik tu istimewa untuk Sara…”
Aku tersenyum semula. Tidak betah membuat sang suami risau.
“ Abang pergilah berehat.. Sara nak masuk tidur. Boleh?” soalku berhati-hati kerana tidak mahu Dhani berfikir aku sambil lewa melayannya berceloteh malam ini.
Dhani hanya mengangguk tapi nampak berat benar dia untuk memutuskan rangkaian.
“ Sara tunggu abang pulang..” pesanku sebelum mengakhiri perbualan kami malam itu. Aku sempat menghadiahkannya flying kiss sebelum Dhani bertambah resah diperlakukan begitu olehku. Malam ini, aku ingin ditemani bayang Dhani dan bukannya Fahrin. Aku ingin mimpi indahku bersama Dhani dan bukan bekas tunanganku itu. Aku mahu menyimpan Dhani di hati.
Teet teet teet!
Pesanan masuk lagi dari Dhani. Pantas benar dia bertindak.
‘ Sayang.. I love you more tonight..’
Dalam keterpaksaan, aku menaruh perasaan rela. Aku redha jika TUHAN mahukan aku menjaga hati Dhani.
Semoga dia baik-baik saja di sana.
3 ulasan:
ala...
jatuh cinta ngan dhani la plak...
asmidar
aduhai....sweetnya mereka ni... :)
alamak...sara ni da terima dhani ke blm?
Catat Ulasan