BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 12 Disember 2011

bab 15- O.R.K.I.D

Bab 15
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
      Hatiku resah dan diulit perasaan gundah. Tingkah Dhani yang lama membisu sejak mula perjalanan pulang membuatkan aku diketuk perasaan serba-salah walaupun aku sedar aku tidak membuat sebarang kesilapan. Wajahnya nampak tenang dalam pemanduannya namun hatiku tidak begitu. Dhani seperti sedang menyembunyikan rasa dan menghukum aku dengan kebisuannya.
      Aku di sisi nampak canggung bersamanya.
      Aku mengigit bibir dengan kuat. Masih ingin berkira-kira memulakan kata meskipun sekadar mengucapkan selamat kembali kepada suamiku itu.
      “ Abang..” panggilku tapi dalam nada perlahan yang teragak-agak. Memang nampaknya aku yang harus memulakan bicara.
      Dhani sekadar menggumam.
Fikiranku jauh menyimpan prasangka terhadap Dhani dan tentang insiden tadi. Aku yakin benar Dhani nampak Fahrin menyentuh tanganku dan aku yakin benar Dhani sudah salah-sangka.
      Marahkah Dhani padaku?
      Aku membetulkan duduk dalam posisi yang lurus memandang suamiku itu. Sengaja kurenung dia dalam serius berharap Dhani akan bersuara. Wajahnya sudah nampak resah dan aku senang melihat dia begitu.
      “ Kenapa renung abang?” soal Dhani yang akhirnya mula bersuara.
      Aku mengetap bibir.
      Tidakkah Dhani tahu aku sedang memendam rasa dengan berbagai andaian melihat tingkahnya begini?
      “ Abang marah Sara?” tanyaku lagi dan kali ini dalam paksaan.
      Dhani hanya ketawa kecil.
Kedengaran sinis dan menyebalkan pada pendengaranku.
      “ Layakkah abang nak marah, Sara?” balasnya bersahaja.
      Aku menelan liur.
      “ Habis tu abang fikir apa?”
      Dhani hanya menggeleng. Semakin membuatkan aku penasaran pada caranya yang bersahaja melayan aku bercakap.
      “ Kalau Sara tanya abang cemburu atau tidak, mungkin abang ada jawapannya..” balasnya.
      Aku mengigit bibir.
      “ Abang percaya Sara ada sebab tersendiri kenapa Sara dan dia tiba-tiba saja bertemu..” jawab Dhani lambat-lambat tapi dia sedikit pun tidak mengerling aku yang masih memandangnya. Jawapannya itu membuatkan rasa bersalahku semakin membakar hati. Seolah-olah aku telah melakukan kesalahan besar sedangkan aku tidak begitu. Meskipun Dhani tidak membuat sebarang tuduhan tapi layanannya nampak berubah.
      “ Abang kata pergi 4 hari..” sengajaku biarkan ucapan itu tergantung begitu saja.
      Dhani mengangguk.
      “ Tapi, abang beritahu crew lain abang sakit..” jawabnya tenang.
      Aku tersentak.
Hatiku dipagut bimbang dengan jawapannya. Pantas aku meletakkan tapak tanganku pada dahinya dengan tergesa-gesa.
      Tidak panas pun!
      “ Abang tipu Sara eh?” dugaku.
      Dhani menggeleng pula.
      “ Sungguh..”
      Aku mengerutkan dahi.
      “ Sakit rindu..”
      Mendengar jawapannya yang selamba itu, aku terus memukul bahunya. Berani benar dia mengusikku dengan cara begitu. Tawa Dhani bergema di ruang kereta. Aku terus berpeluk tubuh dan membuang pandangan ke luar jendela.
      “ Jahat tau!” marahku.
      Dhani masih dalam sisa tawanya.
      “ Betul sayang..”
      Aku tidak membalas.
      “ Abang minta balik advance sehari. Nanti abang gantilah..” sambungnya lagi dengan bahagia.
      Aku mendengus geram. Suka sangatlah bila buat aku nampak macam risau benar padanya.
      Susahkah kalau Dhani beri aku masa menyembunyikan isi hati?
      “ Tak gembira tengok abang balik?”
      “ Ada Sara cakap begitu?” sahutku dengan selamba.
      Tanganku pantas diraih. Rasanya lain singgah di hati. Seperti arus kilat menyalur urat nadi.
      “ Getar di hati abang.. Sara tak rasa?”
      Aku mengigit bibir.
      “ Abang.. pandang depanlah..” ucapku antara dengar dengan tidak. Aku resah bila Dhani sudah mula membuat tingkah yang lain itu.
      Ciuman Dhani singgah ke pipiku.
      Aku terkejut kecil lalu tawa Dhani kedengaran.
      “ Abang ni kan..” rajukku lantas mencubit tangannya.
      Dia mengaduh sakit.
      “ Sakitlah sayang..” adu Dhani dalam nada manja-manja. Namun aku lebih senang membalasnya dengan jelingan. Kukerling Dhani sekilas dan kali ini dia benar-benar melayan rajuknya pulak.
      Aku melepaskan tawa kecil.
      “ Abang…” panggilku dalam nada manja.
      Dhani tidak sekalipun mengerling.
      Aku menjadi geram pula melihat responnya begitu. Tetapi, aku tidak ingin memanjangkan suasana itu.
      “ Sara nak belanja abang malam ni..” pancingku lagi tapi Dhani masih tidak memandangku.
      Alahai..
      “ Kalau abang tak pandang Sara, cancel!
      Dhani ketawa pulak.
      “ Sara tak perasan yang abang selalu pandang Sara?” balasnya tapi kedengaran mengarut pulak.
      “ Serious please…”
      Tawa Dhani kian galak dan akhirnya, aku sendiri yang bisu dalam rajuk.

2 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

sara...da betul2 syg dhani blm?huuu...sbb smlm kn die mcm jwb utk jaga hati dhani je kn...huu

Miss FF berkata...

nice~ waiting for the next entry...