BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 8 Disember 2011

Bab 8- O.R.K.I.D

Bab 8
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Hari ini hari pertama aku memasuki rumah Dhani yang sudah didiaminya lebih 2 tahun. Katanya, aku perempuan pertama yang menjejak masuk ke dalam rumahnya ini selain ibu dan adik perempuannya. Aku tidak ingin menyangkal sekali apa yang dikatakannya kerana aku tidak mudah menyimpan curiga kepadanya. Yang penting, apapun kisah hidupnya aku tidak berminat untuk ambil tahu. Bimbang hati terluka apabila tahu jadinya.
“ Bilik kita di atas..” peringat Dhani yang sedang menaiki anak tangga. Nada suaranya kedengaran nakal saja namun aku lebih senang mencebik saja. Aku terus menerokai isi rumah yang hanya sederhana saiznya tetapi besar bagi kami berdua. Rekaan isi rumah menggambarkan pemiliknya berjiwa romantik dan tenang kerana banyak diwarnai biru muda. Perabotnya bilangan sedikit tetapi gayanya elegan.
European Classic.
Rasanya itulah tema yang dirias dalam rumah suamiku ini. Mataku meliar lagi memerhati dinding yang banyak tergantung gambar-gambar. Bermula dari gambar Dhani semasa masih kecil, keluarganya, abangnya dan keluarga dan juga gambar seorang perempuan tersenyum.
Di situ mataku terpaku.
Aku pantas mendekati potret itu kerana ingin tahu gerangannya dengan lebih jelas.
Aku lantas saja tersentak.
Kenapa gambar aku sewaktu majlis pertunangan?
Aku mengetap bibir.
senyuman itu aku ukir istimewa buat bekas tunanganku saat itu tapi tidak sangka Dhani juga ada gambar itu.
“ Abang dah lama minat Sara..” bisik Dhani yang tiba-tiba saja ada di belakangku, tidak jauh dari tempatku berdiri.
Aku pantas menoleh.
Dhani menggaris senyuman tenang. Tanpa segan dia mengaku perasaannya terhadapku. Nampak tenang dan bersahaja.
“ Lama abang tunggu Sara di atas.. tak juga naik-naik lagi..” adunya dalam nada jauh hati. Mukanya saja nampak manja sangat tapi menimbulkan rasa geram di hatiku pula.
“ Sara tengok isi rumah..” balasku dengan selamba.
Dhani tertawa kecil.
“ Sara bukannya tinggal di sini sehari.. tapi untuk selamanya. Masa masih banyak untuk Sara di sini. Kalau Sara nak ubah isi rumah sekalipun, abang tak kisahlah, sayang…” sambung Dhani dengan panjang lebar namun langkahnya semakin dekat di hadapanku. Tangannya berani benar berhenti di kedudukan pin tudungku dan selamba sahaja dia membukanya.
Aku menggigit bibir kerana rasa segan didekatnya. Rambut beralunku diusapnya perlahan lalu dikucupnya lembut ubun-ubunku. Rasa tenang menyuntik ke dalam jiwaku saat dekat di sisinya.
“ Ibu dan ayah abang nak datang makan malam di sini. Termasuk keluarga abang yang lain. Sayang kena masak.. ibu nak rasa masakan isteri pilihan abang..” khabar Dhani sambil menarik aku ke dalam pelukannya. Hari-hari aku merasakan mekar kasihnya dan setiap hari aku dilimpahi sayangnya.
Aku menolak dadanya perlahan.
“ Barang dah beli?” soalku seraya menarik tangannya membawa ke dapur.
“ Dah..”
Aku tersenyum kemudian padanya.
“ Abang teman Sara boleh?” soalku.
Dhani pantas mengangguk.
“ Sampai bila-bila pun abang nak temankan Sara..” sambungnya lagi dengan suara yang perlahan bersama pandangan mata yang redup. Aku hanya mampu menyembunyikan senyuman. Aku suka mendengar bicara cinta darinya dan biarlah hari-hariku terus begitu. Mungkin suatu hari nanti Dhani boleh memiliki hatiku walaupun detik ini aku belum bersedia memberinya peluang. Biarlah dia menyimpan angan dan aku belum mahu memberinya harapan.
Tiba-tiba saja saat itu loceng rumah kami berbunyi. Suara riuh sudah kedengaran dari luar rumah. Aku dan Dhani saling berpandangan. Tertanya-tanya akan gerangan yang tiba di rumah kami pada senja yang masih muda ini.
“ Abang pergilah tengok..” arahku kepadanya sedang aku sengaja menyibukkan diri menghiris bawang. Menu makan malam masih samar-samar tapi rasanya niat untuk masak istimewa memang terdetik sudah.
“ Assalammualaikum Mai..”
Aku terkejut kecil. Sapaan dari muka pintu dapur yang membuatkan aku tersentak begitu. Pantas saja aku berpaling memandang si gerangan. Demi saja terpandang ibu mertua dan kakak iparku yang sarat dengan beg plastik itu aku pantas saja menghampiri mereka. Tangan ibuku sambut dan menciumnnya. Kemudian beralih pada Kak Shila.
“ Sorrylah Mai.. terkejut?” usik Kak Shila.
Aku sekadar tersengih.
“ Ni Mai.. ibu bawa banyak ni.. Dhani tu teringin nak makan udang sambal cili padi..” sambung ibu sambil tangannya meletakkan beg plastik itu di atas meja.
“ Abang tak request pula, ibu..” balasku.
Tawa Kak Shila dan ibu berpadu dan kedengaran lunak saja mengusikku. Aku saat itu hanya mampu memendam rasa diusik keluarga mertua.
“ Sebab dia kata masih segan nak minta pada Mai..” sambung ibu lagi.
Aku mengetap bibir.
“ Ni Kak dan ibu nak tolong Mai ni..”
Aku sekadar mengangguk saja kerana bimbang jika menolak, aku akan mengecilkan hati mereka pulak nantinya. Tambahan lagi ini rasanya kali pertama aku dan keluarga mertua meluangkan masa bersama.
Aku tanpa menunggu masa terlalu lamu terus saja menghabiskan kerja menghiris bawang yang tertangguh. Sesekali celoteh ibu dan Kak Shila mencuit hatiku dan di situ jua aku melepaskan tawa kecil. Kata ibu, menu kegemaran sekeluargalah yang akan diajarkannya kepadaku. Kata Kak Shila, mudah dan ringkas. Senang sangat nak belajar. Aku pula, lebih senang diam, mendengar dan tersenyum.
“ Mai ni memang pendiam agaknya..” usik Kak Shila lagi.
Aku sekadar tersengih.
“ Pendiam akak kata?” Dhani yang datang dengan tiba-tiba terus menyampuk kata-kata Kak Shila. Dia masuk ke dapur mungkin disebabkan bunyi riuh yang sedari tadi bergema di sini.
Aku menjeling Dhani yang nampak bahagia mengusikku.
“ Dhani.. janganlah usik Mai.. Nanti merajuk, padan muka..” bela ibu pula sambil tangannya sibuk menumis bahan di atas api.
Aku tertawa kecil.
Tanpaku pinta Dhani terus mendekatiku.
“ Sukalah tu ibu defend..” luahnya tidak berpuas hati tapi dalam nada antara dengar dan tidak.
Aku sekadar mengangkat bahu kerana aku tahu ibu ikhlas mahu menjaga hatiku.
“ Abang sayang Sara..”
Aku mengetap bibir.
Bukan hanya dia yang sayang padaku. Seluruh isi keluarganya juga sayang padaku dan itu kurasakan saat ini. Aku terasa tidak sendirian hidup di bumi TUHAN ini. Namun, kenapa aku masih terasa kehilangan? Kenapa aku masih mendambakan kasih sayang dari insan yang lain?
“ Abang tunggu di luarlah.. okey..” balasku membeli jiwanya.
Dhani masih tidak berganjak. Renungannya mengundang resah di hati.
“ Dhani.. sudah-sudahlah..” perli Kak Shila pula membuatkan aku tersipu saat itu.
Dhani selamba saja mencetus tawa.
“ Dah Dhani.. jangan kacau para isteri di sini..” tegur ibu pula. Kali ini nada ibu kedengaran serius. Dhani pula nampaknya tidak membantah dan terus meninggalkan kami. dia sempat mengenyitkan matanya kepadaku dan tingkahnya tertangkap pula pada pandangan Kak Shila. Selamba benar Kak Shila mentertawakan aku kerana katanya mukaku sudah merona merah diusik Dhani begitu.
“ Mai dengan Dhani ni kan, macam orang baru fell in love..”
Aku tidak menjawab pernyataan Kak Shila. Kalau benar aku dan Dhani sudah jatuh cinta, kenapa aku masih teragak-agak menyambut huluran salam kasihnya?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setelah menunggu lama..
finally ader gak new entry!!!!

cactaceous opuntia berkata...

alahai mai...suami da syg tu...terima lah seikhlas hati...=)