Aku menyumpah seranah di dalam hati. Dengan hati yang sebal aku menuju ke dapur. Iman inikan memang mengada-ngada! Adakah patut dimintanya aku memasak mee bandung? Manalah aku tahu resepinya. Bahan-bahannya pula aku sendiri kurang pasti.
“Kenapa? Tak tahu masak?” kejutnya dari belakang dengan nada sinis.
Aku merengus kuat. Rasa bengang dengan setiap kata-katanya. Setiap ayat yang diucapkannya, tidak pernah tidak menyakitkan hati ini.
“ Kalau awak tahu, awak sajalah masak!” jawabku tidak mahu mengalah. Dengan selamba dia menarik tanganku berharap akukan memandangnya. Aku membalas pandangannya sudah kelihatan tajam.
Ah!
Bukannya aku takut pun.
“ Awak ingat ya Humairaa. Awak di sini bukan untuk bersenang! Tetapi atas sebab awak terpaksa melalui tempoh hukuman supaya saya dapat mengembalikan Vila Bahagia milik awak suatu masa dulu.Hai,macamanalah awak boleh anggap mereka kawan?” ugutnya dengan suara kasar dalam sindiran.
AKu menarik tanganku. Aku tahu siapa yang dimaksudkannya.
“Balik-balik awak akan ungkit hal yang sama!” sahutku.
“Sekurang-kurangnya awak ingat…” sindirnya.
Aku menggigit bibir. Masih berkira-kira mahu menjawab. Namun aku mematikan hajat apabila ternampak Puan Kamaliah atau lebih mesra dipanggil mama meski Puan Kamaliah tahu statusku di dalam Vila itu, berada di muka pintu dapur.
“Kenapa bising-bising ni?” soal mama tiba-tiba.
Aku memilih untuk tidak menjawab.
“Dia tak mahu masakkan saya mee bandung,ma..”adunya.
huh!dasar anak manja!
Puan Kamaliah menggeleng-geleng kepala.
“Betul Maira?” soal mama seraya mendekatiku.
Aku menunduk. Demi saja melihat wajah mama, aku lebih cepat rasa bersalah.
“Maira tak tahu caranya ma..” jujurku dalam suara yang tertahan-tahan.
Aku memandang Iman sekilas. Senyuman sinisnya cukup membuat aku sakit hati.
“ Kamu ni Iman.Dah dia tak tahu kenapa nak paksa?”
Aku ketawa dalam hati. Padan muka. Berlagak.
Kulihat, dia hanya menjelingku. Aku membalasnya dengan senyuman sinis. Aku tahu, mamanya pasti akan mempertahankanku. Sedikit sebanyak, rasa sayangku telah tumpah kepada mamanya. Seolah-olah kasih ibu itu telah mengingatkanku bahawa ibu sememangnya dekat di hatiku. Namun jauh di sudut hati ini, aku selalu menolak kehadiran kasih itu kerana aku tahu sampai masanya nanti aku akan pergi jua meninggalkannya. Setelah tamat tempohku bekerja sebagai pembantu rumah Iman untuk mengembalikan semula Vila ini sebagai milikku semula secara mutlak sepertimana yang telah kami persetujui dalam surat perjanjian tiga bulan yang lalu.
“ Malam nanti, saya nak kenalkan girlfriend saya ma.. Nak ajak dia makan malam di sini..” khabar Iman kepada kami.
Jelas!
Hatiku bagai dipagut rasa ingin tahu.
“Gadis malang manalah ya yang tersangkut kat awak ni..” ejekku berani.
Mama hanya ketawa. Mungkin berfikiran aku sekadar mengusik Iman.
“Lebih cantik dari awak, tahu!” marahnya seraya berlalu.
“Yalah.. Nanti mama pesan masakan istimewa..tapi malam ini, mama tak dapat temankan kamu..” sahut mama mematikan langkah Iman.
Aku sekadar tersenyum sinis.
Hatiku tertawa melihat perubahan pada mukanya.
“Kenapa?” soal Iman sedikit hampa.
“Kamu lupa agaknya yang malam ini anak Pak Ngah kamu bertunang..” jawab mama tenang.
Aku sedikit terkejut mendengar berita itu. Setahuku, tidak ada pula aku ternampak surat undangan di papan tanda berhampiran ruang tamu. Papan tanda itu digunakan untuk mengingatkan apa saja undangan atau agenda yang terdekat kerana ditakuti ada yang terlupa.
“Mama kena pergi jugak sebab dah janji dengan Mak Ngah kamu. Mama akan bawa Humairaa juga ni.. Jadi, mama akan pesan Mak Lijah untuk masakan makan malam kamu nanti, ya..” tambah mama lagi seraya mengajakku berlalu.
Aku terpinga-pinga dengan cadangan mama yang langsung tidak mengkhabarkan kepadaku terlebih awal. Sempatku mengerling Iman yang jelas menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mama yang tiba-tiba sahaja.
“Malam ini,saya tak pergi ya ma…” ucap Iman sedikit nyaring.
Siang yang tadinya panjang mula menjejak malam. Aku masih lagi berada di bilik tidur, memperkemaskan diri untuk menghadiri majlis undangan pertunangan anak Pak Ngah yang dimaksudkan mama. Aku sebenarnya bukanlah seseorang yang suka melaram atau bersiap dengan lama tetapi masalah aku kali ini, baju yang disediakan adalah pilihan mama. Mama menyuruhku memakainya kerana kata mama warna itu sesuai denganku. Sepasang gaun labuh berwarna ungu muda bermanik indah, membentuk bunga mawar di bahagian bahu.
Cantik! memang sangat cantik.
Aku bukannya jenis yang memakai baju begini. Bergaya macam anak mak datin glamour! Nasib baik tudungnya senang hendak digunakan,kalau tidak alamat berjam-jamlah aku bersiap.
Aku tersenyum sendiri melihat diriku ke dalam cermin.
Aneh, seaneh-anehnya. Memang benar-benar transform!
Semuanya hasil sentuhan tangan Kak Leeyaa, anak Mak Lijah dan Pak Amin. Habis disoleknya wajahku dengan peralatan soleknya yang berjenama memandangkan dia adalah seorang jurusolek di sebuah studio. Kiranya, aku adalah model.Itu katanya yang membuatkan aku tergelak.
“Dah cantik pun, Mairaa..” ucap Kak Leeyaa.
Aku tersenyum manja membuatkan cubitannya singgah ke pipiku.
Aku terjerit kecil kerana merasa perit dengan cubitan itu.
“Bukannya susah pun nak ubah awak..” sambungnya lagi seraya tertawa.
Suara mama kedengaran memanggil-manggil namaku dari bawah. Kak Leeyaa sempat mengingatkanku tentang beg dan kasut yang mama pesan untukku pakai ke majlis itu.
Aku merungut kecil. Kadang-kadang kumerasa, aku dilayannya seperti anaknya sendiri.
Aku keluar dari bilik dalam keadaan tergesa-gesa. Aku takut menjadi punca terlewat datang ke majlis itu nanti. Tidak semena-mena aku bertembung pandang dengan Iman yang sudah segak dengan kemeja biru muda dan seluar slack hitamnya ketika sedang mahu menuruni anak tangga.
Humairaakah yang ada di depannya?
Yang ayu, manis dan sopan di hadapannya ini?
Hatinya bagai diketuk pelbagai rasa. Bagai tertawan dengan pesona penampilan Humairaa itu.
Lama pandangan mata bertamu. Tiada kata yang diucap. Pandangannya benar-benar aneh dan menggetarkan hati.
“Humairaa..” panggil mama sekali lagi membuatkan aku tersedar dari suasana itu.
Aku pantas menuruni anak tangga dengan sedikit cepat. Takut dia akan mengambil kesempatan mengenakanku.
Aku mendekati mama yang sedang duduk di ruang tamu. Aku sedar langkahku sedang diekori Iman.
“Ma.. sempat lagi tak kalau saya ikut?” soal Iman tiba-tiba membuatkan aku tersentak. Mataku spontan terarah kepadanya. Mama mula membebel. Kata mama, sepatutnya mereka datang awal untuk membantu serba-sedikit apa yang ada dalam majlis itu. Bukannya datang sebagai tetamu. Kemudian mama menyuruh Ikhwan segera bersiap.
“ Mama pergi dengan Pak Amin dulu. Awak pergi dengan Humairaa..” putus mama membuatkan aku serba-salah.
“ Iman ini bukannya boleh diharap memandu seorang kalau waktu malam..” tambah mama lagi seolah-olah faham dengan gelodak fikiranku.
Iman hanya tersengih. Seolah-olah tersenyum dengan kejayaannya.
Aku hanya mampu melihat mama yang sudah mula melenggok meninggalkanku seorang. Aku menghenyakkan punggung ke atas sofa sebagai tanda memprotes dengan cadangan mama yang tiba-tiba. Bosan kerana aku terpaksa menunggu Iman bersiap lagi.
Tidak lama kemudian Iman turun menampakkan diri. Dia kelihatan sungguh segak dan tampan dengan berbaju melayu warna serupa dengan pakaianku. Aku melarikan pandangan saat matanya menusuk ke dalam pandanganku. Aku tidak mahu dia perasan apa yang ada di hatiku. Dia segera mencapai kunci kereta di atas meja dan segera mencapai tanganku untuk segera menuju ke kereta.
Aku mendengus kasar sebagai tanda memprotes dengan tingkahnya.
“Sampai bila nak pegang tangan ni?” sindirku saat kami sudah menapak di hadapan kereta Audinya.
“Sampai mati..” jawabnya selamba.
Aku menjelingnya marah. Dengan selamba dia melepaskan tawa.
“ Dah biul agaknya..” marahku lagi setelah tanganku dilepasnya lalu terusku membolosi diri ke dalam kereta.
Dia pun sama.
Dalam tawa yang tersisa dia menghidupkan enjin kereta.
“ Pakai safety belt tu..” arahnya.
Aku sekadar berpeluk tubuh. Meskiku dengar bunyi yang membingitkan telinga di dalam kereta itu sebagai tanda penumpang harus memakai tali pinggang keselamatan tapi enggan peduli.
Dia mengeluh dengan kedegilanku. Dengan selamba dia menarik tali pinggang keselamatan itu dan memakaikannya untukku.
Aku tergamam dengan tindakan spontannya. Haruman tubuhnya mencucuk-cucuk ke rongga hidungku, membuatkan hatiku berdebar kuat. Aku mengalihkan pandangan ke luar jendela. Takut dengan pelbagai perasaan yang saat ini mengganggu ketenangan hatiku.
Iman memang menawan pada pandanganku. Dia seorang peneraju syarikat yang bagiku sungguh berkarisma. Sejak mengenalinya beberapa bulan yang lalu, aku sudah bisa menilainya sejauh ini.
Dalam diam, aku akur mengakui hakikat itu. Namun, dia lebih senang bersikap kasar dan mengarah! Kerana itulah, aku hilang rasa hormat kepadanya. Sikapnya benar-benar keterlaluan dan mengada-ngada!
Dia memandu kereta dengan penuh berhati-hati. Amat kontras sekali dengan apa yang dikatakan mama.
Apakah mama sebenarnya mahu aku dan Iman berdamai? Sepanjang perjalanan itu kami hanya diam. Seolah-olah terkunci dari menghamburkan bicara yang banyak. Terasa pulak destinasi semakin jauh dan membuatkan aku semakin sesak dengan keadaan itu.
Dia kudengar berdehem. Sesekali kusedar dia mengerling memandangku. Aku hanya berlagak selamba sedang di dalam hatiku bermain pita resah. Inilah kali pertama aku dan Iman meluangkan masa berdua-duaan dalam masa yang terlalu lama.
Mengapa Humairaa diam?
Kenapa malam ini awak lain Humairaa?
Dan kata-kata itu hanya terlahir di hati Iman. Bimbang jika dia menyatakan pertanyaan hati, Humairaa akan bertambah diam.
“Mairaa..” panggil Iman perlahan.
Aku mengetap bibir. Menunggu apa yang hendak diperkatakannya.
“ Kalau orang panggil, pandanglah.. berdosa tau tak pandang..” sambungnya lagi.
Aku menjelingnya.
“Yelah tu.. Bukannya awak suami saya nak jatuhkan hukuman berdosa..” sahutku berani.
Tawanya kedengaran nakal.Menambah gelisah di dalam hatiku.
“Awak nak tak jadi isteri saya?” soalnya tiba-tiba.
Aku tersentak dengan pertanyaan yang tiba-tiba itu. Kalaupun hendak cari topik berbicara, janganlah yang menyentuh hati dan perasaan!
“Soalan jenis apa tu?” soalku semula memandang tepat ke wajahnya.
Anehnya, Iman terdiam.
Aku menggigit bibir.
“ Soalan yang straight forward..”
0 ulasan:
Catat Ulasan