BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

bab 28-semalam dalam kenangan


“ Kita keluar sekejap, Adam..” pelawa Haikal pada Adam yang masih lagi seperti orang bingung itu. Tersentuh sungguh hati Haikal melihat kesungguhan adik iparnya itu akan adiknya.
Biarlah.
Dia nekad mahu membantu adik iparnya itu yang juga kawan kuliahnya dulu.
Pintu bilik itu dikuak. Penantian semuanya berakhir.
Adam meluru pantas menghampiri doktor itu.
“ Dia sudah stabil tapi masih lagi lemah. Harap dia diberikan rehat yang secukupnya..” khabar doktor muda itu.
Seluruh keluarga itu berasa riang. Bersyukur kerana Ain berjaya diselamatkan.
Alhamdulilah, kesyukuran berulangkali dipanjatkan.
“ Lagi satu, siapa suaminya?” soal doktor itu.
Adam menyahut perlahan.
“ Tahniah.. isteri anda mengandung..”
Muka Adam bercahaya. Dia seakan tidak percaya dengan kenyataan itu. Abah, bapa, abang Haikal, mama dan umi juga semuanya tumpang gembira. Maklumlah, bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru. Adam juga bakal menjadi ayah dan isterinya itu akan menjadi ibu.
“ Tapi, apa yang membimbangkan saya dia masih lemah.. saya risau puan tidak akan berusaha melawan sakitnya..” sambung doktor itu pula.
Adam terdiam. Sedari tadi dia hanya tekun mendengar penjelasan doktor. Meskipun hatinya dilanda bahagia kerana bakal menerima cahaya mata tapi dia lebih risau akan keadaan isterinya.
“ Tak mengapalah doktor. Saya akan pastikan dia menguatkan semangatnya..” akhirnya Adam bersuara.
Dia nekad mahu mengembalikan semula kesempurnaan hidupnya bersama Ain. Dia tahu Ain terlalu mengikut perasaan tanpa meminta sebarang penjelasan. Mungkin juga dia harus menerima tawaran Haikal untuk ‘mengena’kan isterinya itu. Bukan niatnya mahu melukakan lagi sekeping hati isterinya yang sudah cedera itu tapi dia inginkan isterinya tahu bahawa seluruh hidupnya hanya untuk dirinya dan yang pasti janjinya hanya untuk membuat isterinya itu bahagia.
Keluarganya sudah berlalu masuk untuk menjenguk keadaan Ain tapi tidak Adam dan Haikal.
“ Kita bincang di luar. Kalau mama dengar, pasti dia tidak setuju..” cadang Haikal sambil menepuk bahu Adam.
Adam mengangguk. Walaupun dia masih belum melihat keadaan Ain tapi dia tahu isterinya itu selamat kerana nalurinya berkata begitu. Lagipula, dia mahu menghadapi Ain secara sendirian. Bukan di hadapan keluarganya mahupun di hadapan keluarga mertuanya. Dia tidak mahu keputusannya nanti dipengaruhi oleh mereka. Biarlah kali ini, dia yang menentukannya.

Di luar beranda rumah sakit itu, Adam dan Haikal berdiri bertentangan. Mula-mula Haikal diam. Sesekali dahinya berkerut. Kadang hatinya terasa seperti melampau dengan hukuman yang bakal dia berikan tapi demi mengembalikan semula yang telah jauh, dia terpaksa dan tidak punya pilihan lain.
         “ Aku rasa, lebih baik kau berlagak dingin. Tapi, kau jangan abaikan kesihatan dia..” Haikal mula bersuara, serius kepada temannya yang juga adik iparnya itu. Haikal sendiri tidak tahu bahawa Adam mempunyai saudara kembar. Kalaulah dia tahu, dia tidak akan menghadiahkan penumbuk sulungnya kepada adik iparnya itu.
         “ Aku yakin, mesti umi kau ceritakan semuanya. Biarlah Ain tahu dari mereka.. tapi, kau kena ingat. Ain memang pandai cari simpati. Tolonglah jangan cepat sangat rasa bersalah..” sambung Haikal lagi. Bukan kemahuannya Adam bersikap dingin dengan Ain tapi biarlah kali ini Adam memperlihatkan keegoannya.
         Adam mengangguk. Seakan-akan patuh pada suruhan abang iparnya itu. walaupun bunyinya seperti melampau, memandangkan mereka ingin menghukum Ain di saat keadaannya ini tapi mereka tidak punya pilihan. Sekurang-kurangnya Ain tahu menghargai harga sebuah nyawa dan harga diri seorang lelaki bernama suami. Sepatutnya Ain sedar yang dia hidup ada orang yang menyayanginya, yang memerlukannya dan mengharapkan dia jadi tulang belakang suaminya. Tahukah Ain yang Adam ingin dia?

0 ulasan: