BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 15-semalam dalam kenangan


Di taman kolam halaman rumahku menjadi tempat matinya langkah Ikhwan. Dia berpaling memandangku dengan wajah yang terpamer rasa kecewa yang sesungguhnya. Aku menunduk seketika lalu membuang pandang ke halaman rumah.
Bicaralah Ikhwan..luahkan kenyataan apa yang membuatmu nekad menghancurkan hati dan hidupku.
         “ Terlewatkah untuk saya ucapkan tahniah Ain?” mendatar suaranya masuk ke pendengaranku.
         Aku berpeluk tubuh. Masih merasai kekuatan menghadapi apa jua rintihannya.
         “ Terlewatkah untuk saya memohon maaf atas kesilapan ini, Ain?”
         Aku masih mempamer wajah selamba. Selagi dia masih belum memberikan pernyataan mengapa peristiwa hitam itu boleh berlaku, aku tidak akan bersuara!
         “ Ain..” panggilnya cuba meraih responku.
Dia dengan tiba-tiba menapak di hadapanku membuatkan aku terkejut. Wajahnya sudah tergaris tegang. Mungkin terasa hati dengan tindak balasku.
“Tolong hormati saya sebagai isteri orang!” marahku dengan wajah yang sudah merona menahan rasa marah.
“ Saya tahu awak isteri orang tapi tolong juga hargai saya yang sedang bersuara..” sinis dia membalas jawapanku.
“ Saya mendengar, apa lagi yang awak mahu?”
“ Saya nak berterus-terang tentang kejadian kelmarin..” perlahan dia menyambung bicara.
“ Tidakkah awak rasa terlewat Ikhwan?”
Dia terdiam seketika.
“ Sejuta alasan sekalipun yang awak nyatakan, bagaimana mungkin awak boleh kembalikan semalam?” sambungku dalam nada yang kedengaran agak keras.
“ Saya sudah menjadi milik seseorang Ikhwan.. dah awak harus ingat itu..” tambahku lagi perlahan berharap dia akan mengerti bahawa penjelasannya satu pun tidak akan merubah yang terjadi.
“ Kalaupun saya terlewat tapi saya tahu saya masih ada kesempatan mempertahankan diri saya. Saya tak jadi kahwin Ain! Rancangan Tasya hendak menjatuhkan saya itu gagal kerana waktu saya berada di bilik dalam chalet itu, setiausaha saya ada bersama. Cuma waktu itu dia di dalam bilik air sedang mendengar muzik.. waktu pegawai ugama datang, saya tak tahu nak buat apa jadi saya terus hubungi awak untuk menceritakan awak kisah duka ini. Selepas itu kami dibawa ke balai. Esoknya dia baru perasan akan perangkap Tasya. Jadi dia datang membuat laporan. Dia tidak tahu saya hendak berkahwin dengan awak jadi setiausaha saya berterus-terang yang itu semua adalah perangkap dan rancangan Tasya. Jadi saya lepas dari tuduhan itu..” sambungnya lebar, lancar dan tidak teragak-agak. Kedengaran jujur dan terlalu polos!
Aku meraup wajah. Payah untukku menerima kenyataan Ikhwan yang nyatanya membuatkan aku rasa bersalah.
“ atau kenyataan awak ini sekadar ingin mencari simpati saya?” suaraku bernada perlahan.
Dia menggeleng.
“ Saya tidak mahu tahu awak jujur atau tidak kerana saya tidak layak menilai kejujuran tapi Ikhwan, terlambat Ikhwan! Sangat terlambat! Benar atau tidak awak sudah terlambat! Saya dah jadi kepunyaan orang...” mendatar suaraku menahan suara tangis yang tertahan. Aku terduduk jadinya bila kenyataan itu nyatanya benar kerana Tasya tiba-tiba saja muncul memberi kenyataan.
“ Maafkan saya Ain kerana mahu menghancurkan hidup kamu..” Tasya bersuara seraya memelukku dengan tangisan.
Tuhan.. dugaan apakah ini?
 Adam.. aku ragu Adam.. aku inginkan kamu sekarang.
Lancar saja airmataku jatuh. Hiba dan seksa.
“ Saya cemburu dengan kebahagian kamu Ain tapi saya tahu Tuhan itu adil. Yang baik hanya untuk yang baik..” sambung Tasya lagi.
Aku menolak Tasya yang semakin erat memelukku dengan perlahan. Bukanku sombong tapi rasa terkilanku ini yang memaksaku begitu.
“ Kenapa setelah saya menjadi hak orang lain baru awak nyatakan?” marahku dalam tangis.
Adam.. saya terluka Adam.
Apapun jua kenyataan yang dinyatakan Ikhwan, aku tidak akan peduli. Aku tidak akan memandang cerita lama. Tidak mungkin merista kenangan. Adam masa depanku!
Tapi, mana awak Adam? Awakkan berjanji mahu hapuskan airmata ini, kesedihan ini? Bukankah awak mahu menciptakan bahagia untukku?
Mendengarkah Adam rintihan hatiku ini?
Aku pantas berdiri dari situ tapi tanganku tiba-tiba ditarik dan aku dipeluk erat. Aku tersentak dengan tindakan selamba itu. Aku mendongak dengan mata yang sembab.
Adam!
Aku pantas membalas pelukannya erat. Terima kasih Tuhan kerana hadirkan dia buatku!
“ Sudahlah Ikhwan dan kamu juga..” Adam mula bersuara tegang namun tertahan dari terdengar kasar. Ditujunya pada Ikhwan dan juga pada Tasya yang sedari tadi hanya jadi pemerhati.
“ Saya tidak mahu melihat wajah kesayangan saya terluka. Cukup sudah luka yang awak guris Ikhwan dan jangan tambah lagi..” sambungnya.
Aku memandang reaksi Ikhwan setelah mendengar Adam mempertahankanku.
“ Kita menyayangi orang yang sama Adam dan awak juga harus tahu yang saya tidak bersalah!” Ikhwan menjawab spontan seolah-olah Adamku itu tiada perasaan.
“ Awak yang tiba-tiba saja hadir dalam hidupnya, awak rasa awak layak miliki hatinya?” sambung Ikhwan sombong. Sungguh angkuh dengar nada suaranya itu.
Adam tiba-tiba melepaskan pelukan. Aku terasa hati dengan tindakannya. Aku cuba memujuk hati, mungkin Adam terasa dengan kata-kata Ikhwan yang kedengaran amat biadab itu.
Adam memandangku tepat menusuk ke jantung. Aku tahu, Adam mahukan penjelasan.
“ Kalau pun saya tidak layak memiliki hatinya tapi perlunya awak tahu saya tidak melukai hatinya dan mencoret kenangan luka buatnya..” jawab Adam menyentuh hati wanitaku.
Aku terpaku mendengar pengakuannya itu. Adam kelihatannya mahu berlalu saja. Namun aku pantas menarik tangannya. Aku tidak mahu dia berlalu begitu saja.
“ Apapun jua, saya telah memilih awak Adam.. dan awak juga tahu akan itu Ikhwan...” akuiku tegas dengan jujur tanpa sangsi, bersilih ganti aku bersuara memandang Adam dan juga Ikhwan.
Adam dan Ikhwan saling berpandangan. Tasya yang menjadi pemerhati drama di hadapannya hanya menunduk dan tidak lagi menyampuk. Yang aku tahu, senyuman Adam nampak  ikhlas dan bahagia kerana itu dapatku rasa dari pancar matanya ke mataku. Tapi, mengapa sepasang mata milik insan yang melukai hatiku itu bersinar kecewa?

0 ulasan: