BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 5- Vila Bahagia (ilham dari full house)


5 hari berlalu...

        Bilik rawatan khas itu hanya kedengaran bunyi penghawa dingin saja. Di situlah Puan Kamaliah berada sejak mengetahui Humairaa tidak lagi tinggal di vilanya. Sebaik saja mendengar berita itu, dia terus rebah. Denyutan kepalanya menjadi berat. Kepalanya benar-benar terasa sakit. Di bilik itu, dia masih belum sedarkan diri.  Sungguh terluka hatinya saat dia tahu Humairaa telah meninggalkannya.
        Di sebelah sudut hujung itu ada sesusuk tubuh sedang menunggunya. Iman sendiri menyesal kerana membiarkan Humairaa pergi. Entah kenapa dia tidak mahu berkata apa-apapun untuk menghalangnya pergi.
Egokah dia?
        Pintu wad dikuak perlahan. Ada seseorang menerpa ke arah mamanya dalam keadaan tergesa-gesa.
        “ Ampunkan Mairaa,mama…”
Suara itu kedengaran jelas di pendengaran Iman. Dia kenal benar akan suara itu.
Benarkah itu Humairaa?
Tanpa lengah dia mendekati gadis itu. Penat fikirannya bermain dengan teka-teki.
        “Bagaimana awak tahu?” soal Iman perlahan. Takut suaranya akan mengejutkan Puan Kamaliah.
        Aku sekadar menggigit bibir. Keterlaluan benar bagiku pertanyaan itu meski yang sesungguhnya aku tidak ada pertalian dengan Puan Kamaliah, namun sudah lama kuanggap dia seperti ibuku.
        Aku lebih senang mendiamkan diri. Mungkin kerana itulah dia bertindak menarik lenganku untuk beredar dari katil mama menuju ke sofa yang disediakan.
        “Kenapa pulak ni?” soalku sedikit keras dalam nada suara yang perlahan.
Dia mengisyaratku supaya duduk. Dia mundar-mandir berjalan di hadapanku. Wajahnya kelihatan tegang di sebalik kesuraman cahaya itu kerana malam telah melabuhkan tirainya. Langkah itu kemudian mati di depanku.
Aku mendongak.
        “Saya cari awak macam orang gila,tahu tak!”marahnya tiba-tiba dalam suara yang tertahan.
Aku mempamer wajah selamba.
Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sebelahku.
Aku mendengus kuat.
        “ Farah Humairaa.. Awak dengar tak ni?” soalnya.
        “ Hanani yang beritahu saya..” jawabku.
Iman baru teringat. Hanani setiausahanya adalah kawan karib Humairaa. Kenapalah dia tidak terfikir mahu menghubungi Hanani waktu itu?
        “ Boleh tak awak kembali semula?” tanyanya.
Aku sedikit terkejut dengan pertanyaan yang ringkas itu. Ikhlaskah pelawaan itu?
        “ Vila itukan sudah jadi milik awak..”
Aku mengetap bibir saat mahu meneruskan kata.
        “Yang tinggal hanya kenangan..”
        “Kenangan yang menjadi milik awak, Humairaa..”jawabnya lagi.
        Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Mencari maksudnya dari kenyataan itu.
        “Tapi, awak dah cemarinya Encik Iman Rizqi.. Dengan cara, awak simpan segala beban di bahu saya seorang. Kesilapan yang bukan saya lakukan tapi kenapa awak biarkan saya menanggungnya seorang diri?” perlahan sekali kata-kata itu kuucapkan.
Aku tidakkan mampu bertahan jika mahu memperdebatkan soal hak milik lagi tentang vila yang telah banyak meninggalkanku dengan kenangan manis itu. Airmataku jatuh satu persatu. Membawa sisa kedukaan yang bermukim di dalam hati.
        Pantas saja dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terkejut dengan tindakan spontannya. Aku cuba menolaknya dengar kasar, namun pelukannya semakin erat.
        “ Be my wife, Mairaa…” bisiknya di telingaku, menambah raungan dalam hati.
        “ Awak gilakah Iman?” soalku marah. Masih sedaya upaya melepaskan diri dari pelukannya. Jangan ingat aku akan menerima lamarannya semudah itu meski yang dilakukannya lewat sebentar tadi menyentuh nuraniku. Masuk ini, sudah dua kali dia bertanyakan soalan yang sama.
Apakah Iman benar-benar memaksudkannya?
        “Humairaa..” suara Puan Kamaliah kedengaran. Mematikan pertelingkahan antara aku dan Iman. Aku bergegas menuju ke katil mama. Aku pantas meraih tangannya lalu mengucupnya perlahan. Aku menekan suis lampu kecil di tepi katil demi melihat mama yang sedang cuba bangun untuk menyandar.
Lama kami dikuasai kebisuan. Mama hanya memandangku dengan wajah yang sayu.Pandangan itu benar-benar menyentuh hatiku. Menghadirkan rasa bersalah kerana meninggalkan mama tanpa pesan.
        “ Ma.. Saya lamar Humairaa jadi isteri saya..Hujung bulan ini kami buat majlisnya.. Minta restu mama ya..” kebisuan itu pecah dengan kata-kata Iman yang baru terlafaz.
Aku bagai terkena renjatan elektrik hanya terpana. Tidak memperdebatkan isu itu.
        “ Baguslah..” jawab mama perlahan.
Ada riak gembira di wajah tua itu.
        “ Humairaa menolak, mama rela mati..”
Dan kata-kata itu membuatku bungkam.

Sepulangnya ke vila aku mengamuk sakan. Mujur saja mama belum dibenarkan pulang. Sepanjang perjalanan di dalam kereta, aku hanya diam. Memendam rasa di dalam hati.
        “Awak memang sudah gila Iman!!” marahku dengan tiba-tiba. Meluap-luap api kemarahan di dalam hatiku.
        Tapi, dia hanya mempamer wajah selamba. Menambah kebencian di hatiku.
        “Kalau awak tidak membatalkannya, saya akan membenci awak seumur hidup!” ugutku lagi.
Tapi dia masih begitu selamba. Menambahkan rasa geramku yang telah menggunung.
        Aku merentap tangannya kasar. Berharap dia akan memberi tindak balas.
        “ Iman!!” panggilku lagi.
Dia memandang tepat ke arahku. Matanya bersinar garang. Aku yang tadinya berani menjadi hati tikus. Aku melepaskan tangannya seraya mengetap bibir. Perlahan-lahan dia maju ke arahku. Aku berundur setapak demi setapak hinggalah dinding menghentikan langkahku.
        Aku menelan liur. Dipagut rasa bimbang dengan reaksinya yang di luar jangkaan itu. Dia yang semakin mendekat itu sungguh menakutkanku. Habis berterbangan segala semangat kemarahan yang kumiliki sekejap tadi.
        “Aa..awak nak buat apa ni?”soalku tersekat-sekat. Hatiku berdebar kuat bila hembusan nafasnya menyapa ke wajahku.
Kemana lagi hendakku lari bila kedua tangannya sudah diletakkan ke dinding?
Sungguh dekat hingga dapat kurasai degup jantungnya yang kedengaran pantas.
        Dia hanya mempamer senyuman sinis. Tadi bukan main berani jerit-jerit. Sekarang dah pandai bisu. Pandai takut juga Humaira ni, bisik hati Iman. Tawa disimpannya di dalam hati. Hanya berniat mahu menguji keberanian gadis itu.meski wajahnya nampak pucat,mungkin takut. Tetapi, keayuannya masih terserlah. Bagaikan ada sesuatu yang nakal mengusik hati lelakinya melihat keadaan wajah yang berseri di hadapannya. Yang membuatkan dia mahu melakukan sesuatu untuk mengusik ketenangan gadis di hadapannya.
        “ Kenapa diam, Farah Humairaa?” soalnya dekat di telingaku.
Aku menggigit bibir lagi. Degupan jantungku semakin tidak menentu.
        “ A..a..aa awak nak apa ni?”soalku perlahan. Takut dia akan melakukan sesuatu di luar dugaan.
        “Nak buat sesuatu yang akan menyebabkan awak merayu seumur hidup minta dipertanggungjawabkan…” jawabnya berani.
        Aku mendongak memandang si jejaka muda yang memiliki personaliti lengkap sebagai peneman hidup itu. Sayangnya, apabila berdiri berdekatannya, ketinggianku hanya di paras bahunya saja. Mungkin kerana itu, dia lebih senang membuliku.
Lantaran mendengar kelancangan ucapannya itu, membara hatiku mendengar jawapan yang sungguh biadab itu. Namun aku hanya mendiamkan diri.takut dia akan melakukan apa yang dikatakannya.sudahlah di vila ini hanya ada aku dan dia. Hendak menjerit, belum tentu Pak Amin yang menjaga vila ini akan mendengar walaupun rumahnya hanya bersebelahan saja. Tambahan lagi hari sudah larut malam. Mungkin sudah lena di alam mimpi.
        Aku terkejut dengan tindakan beraninya yang cuba memeluk pinggangku.
        “Iman, janganlah macam ini..” rayuku sambil menolak tangannya yang sudah melingkari pinggangku itu. Benar-benar hatiku dipagut rasa takut.
Puasku menolak tangannya yang semakin nakal itu tetapi hampa.
        “ Saya akan kahwin dengan awak..” luahku akhirnya.
Pantas dia menghentikan niatnya.
        “ Success juga ya..”balasnya seraya berlalu meninggalkanku.
        Kurang ajar!
        “ Hujung bulan, Humairaa.. Tak sabar rasanya nak peluk awak sepuas-puasnya…” sambungnya lagi ketika sedang menaiki anak tangga.
        “ Jangan harap!” sahutku lantang.
Aku menghela nafas, berat.
Pilihan apa yang kuada selain menerima lamarannya dalam paksa?

0 ulasan: