BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 6-semalam dalam kenangan

Lebih kurang 20 minit kami para guru terperap di dalam bilik mesyuarat itu. Lama menunggu kehadiran ketua bahasa yang agaknya masih mengajar dalam kelas. Dia selalu mengingati kami yang lain untuk selalu menepati masa jika diminta hadir untuk mengikuti mana-mana mesyuarat. Tapi, dia bagaimana pulak?
Pintu dikuak. Guru bahagian ketua itu masuk dengan karismanya yang mendatangkan meluat di hatiku. Dia selalu begitu. Berpura-pura sedangkan mulutnya selalu mengguris mana-mana guru yang melahirkan pandangan atau cadangan lain untuk program yang dianjurkan di bawah jabatannya. Dalam erti kata lain, dia seperti mahu menjatuhkan air muka. Dia mana mungkin mahu menerimanya kerana takut professinya tercabar dengan kebolehan guru-guru yang lain. Aku bukanlah mahu memburukkan dia tetapi itu kenyataan. Atas alasan itulah aku tidak suka bekerjasama untuk apa sahaja program di bawah jabatannya.
“ Ada apa-apa rancangan?” soalnya tiba-tiba, Kak Nab yang aku maksudkan. Ketua bahasa itu tanpa kata ucapan maaf atas kelewatannya menghadiri mesyuarat itu.
Fikiranku tidak di situ tapi melayang memikirkan bagaimana caranya aku menarik diri dari mengikuti program itu. Aku tidak punya masa yang terluang kerana aku ada urusan peribadi yang lebih penting.
“ Ya Cikgu Ain, ada apa-apa?” soalnya membuatkan berguguran kepingan anganku.
Aku mengetap bibir untuk memulakan kata. Masih berkira-kira mahu memberitahu pengunduran diriku padanya.
“ Kami semua menunggu..” sambungnya lagi dalam nada lembut tapi berbaur sindiran. Aku melilaukan pandangan sekeliling bilik mesyuarat itu. Lama mataku singgah pada Cikgu Adam. Kemudian aku berpaling semula kepada Kak Nab. Takut dengan pandangan Cikgu Adam yang seolah-olah menanti penjelasan. Aku seakan-akan pesalah yang sedang menanti hukuman.
Aku menarik nafas. Mencari keberanian dan keyakinan diri.
“ Begini Kak.. saya ingat nak tarik diri dari ikut program ini..” khabarku perlahan.
Muka Kak Nab berubah. Aku amat yakin, perubahan itu pasti mempengaruhi keputusan yang akan dijawabnya nanti.
“ Mengapa?” soalnya serius.
Aku menelan liur. Alasan nak kahwin, kukuhkah?
“ Kalau tak kukuh, akak tak benarkan yaa..” sambungnya angkuh.
Aku jadinya malas menyambung kata-kata. Aku yakin permohonanku tidak akan dilayan kerana apapun jua hal yang berkaitan peribadi tidak akan dilayan.
“ Saya ada cadangan cikgu..” tiba-tiba Cikgu Adam bersuara.
Semua mata tertumpu kepadanya kecuali aku. Aku lebih senang menulis sesuatu di atas buku catatanku demi melayan rasa kecewa.
Dia berdehem. Menarik perhatianku. Sempat singgah senyumannya pada pandanganku sebelum meneruskan kata.
“ Ya Cikgu?” tanya Kak Nab.
“ Perkenalkan diri dulu ya..” spontan Kak Liah berkata sambil tangannya menyiku aku di balik meja mesyuarat itu.
Aku menjeling Kak Liah kerana tingkahnya itu membuatkan aku terkejut. Kak Liah hanya tersenyum nakal.
“ Saya Adam AlShahdi, graduan Mesir.. Berumur 27 tahun.. Lebih kurang 3 tahun mengajar di sekolah swasta dan baru dipindah kemari.. saya diberi mata pelajaran bahasa arab dan saya bersedia beri kerjasama...” jawabnya bersahaja.
Kak Liah mengerlingku. Aku yakin dia ingin melihat responku. Aku tidak tahu kenapa Kak Liah suka sangat mengusikku.
Single tak?” sampuk salah seorang guru di situ membuatkan suasana berubah riuh dengan gelak ketawa.
Dia mengangguk. Menjawab usikan itu.
Still available...” jawabnya.
“ Ain... peluanglah...” bisik Kak Liah seraya mengkekek dia ketawa.
Aku menjengilkan mata dengan usikannya.
Kak Nab bersuara mematikan suasana ceria itu.
“ Pandangan Cikgu?” soal Kak Nab.
“ Mengenai program kita ini, saya cadangkan perkhemahan di kawasan hutan pedalaman. Suasana di sana agak jauh dari bandar dan ini mungkin peluang kita semua lari dari kesibukan kota juga. Tempat tu saya boleh tolong carikan, tapi tertakluk pada persetujuan ramai..”
Kak Nab menggaris senyuman di bibirnya. Mungkin dia gembira kerana ada di antara orang bawahannya yang berminat dengan program itu.
“ Cadangan yang bagus.. saya setuju..” jawab Kak Nab tegas tanpa menunggu suara ramai.
Ini yang membuatkan aku tidak suka pada Kak Nab. Dia tidak akan menunggu jawapan yang lain dulu sebelum membuat keputusan.
         “ Isi perkhemahan kita, bagaimana?” soalnya.
         “ Saya rasa, kita boleh terapkan aktiviti teasure hunt tapi berunsurkan soalan yang berbentuk tiga bahasa, aktiviti berbeku, mandi wasai, kita berkenalan sesama kita dan mempelajari cara hidup dalam hutan dan masukkan serba-sedikit tentang sains..” sahut Cikgu Othman, cikgu yang paling selamba kalau memberi pandangan.
         Kak Nab mengangguk-angguk, aku yakin itu tanda dia bersetuju dengan cadangan itu.
         “ Baiklah, saya simpan Cikgu Adam dan Cikgu Ain sebagai ahli jawatankuasa tertinggi sebab bagi saya anda berdua dapat memberikan sepenuh komitmen kerana belum terikat dengan urusan keluarga..” tegas suara Kak Nab kedengaran.
Hatiku benar-benar memberontak dengan keputusan yang dibuat Kak Nab. Kan aku dah agak! Mentang-mentanglah aku belum punya tanggungjawab terhadap keluarga seperti mereka, mereka senang-senang saja lepas tangan dan serahkan tugas ini kepada orang yang bujang!
         “ Setuju Ain?” soal Kak Nab serius.
Mahu tak mahu aku terpaksa mengangguk kerana sepasang mata itu mengundang resah di hatiku!

0 ulasan: