BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 20-semalam dalam kenangan


Usai saja majlis persandingan, aku menukarkan pakaianku kepada pakaian biasa. Adam pula entah kemana. Katanya tadi mahu membantu abah dan abang berkemas di bawah. Sepanjang hari tadi abang berulang kali memohon maaf jika dia ada kesempatan berbicara denganku tetapi sampai saat ini aku masih belum memberinya kata putus menyatakan aku memaafkannya. Bukan aku mahu mencipta jurang dengan lebih lama tapi aku belum bersedia ke arah itu. malas mahu memikirkan soal itu, aku mengambil keputusan meneliti barangan hantaranku, hadiah dari Adam.
Bermula dari baju, kain, beg, kasut lalu mataku terpaku di tiga dulang terakhir.
Satu dulang wang tunai $ 15 000?
Hampir terlopong saja aku melihat wang itu.
Dulang kedua pula satu set barang kemas diperbuat dari emas putih. Rantai, cincin, gelang.
Ya Allah.. berapalah belanja Adam untuk semua ini?
Dulang ketiga, hatiku melonjak girang tidak terkira.
Ini kunci kereta! Kereta idamanku.
Nissan Fairlady 370z!
Aku pantas bergegas turun mencari kelibat Adam. Tergopoh-gapahku menuruni anak tangga hinggakan hampir saja aku berlaga dengan mama yang sedang bersembang dengan abah. Mama mula melancarkan bebelannya tapi aku tidak jua peduli. Yang ada difikiranku sekarang hanya Adam. Demi saja ternampak Adam yang sedang menapak di halaman rumah, aku pantas menerpanya dan memeluknya dari belakang. Terzahir rasa kasih yang tidak terhingga.
Thanks for everything, abang..” ucapku gembira bercampur aduk dengan rasa terharu.
Adam yang nyatanya terkejut menarik aku untuk menapak di hadapannya. Dia mengesat airmataku yang hampir saja jatuh.
Dia tersenyum padaku. Senyuman yang benar-benar membuatkan aku semakin sayang padanya.
“ Apa lagi yang tidak buat sayang abang ini?” usiknya sambil mencuit hidungku lalu dia menarik aku ke dalam pelukannya. Lebih erat dan mesra.
“ Bukan sayang abang pasal belikan dream car?” tambahnya lagi dalam gurauan.
Aku tertawa manja sambil melepaskan pelukan.
Err.. a reason for it...” sahutku teragak-agak membalas gurauannya.
Dia pantas saja mencubit pipiku dengan kuat.
Aku sudah menarik muka sambil menggosok-gosok pipiku yang menjadi mangsa cubitannya. Belum sempatku bersuara, Adam lebih dulu berkata mengajuk kata-kataku;
“ ingat teddy bear ke?”
Aku menjelingnya geram. Aku faham mengapa dia kata begitu rupa. Pastilah kerana aku selalu saja memarahinya begitu pada saat dia mencubit pipiku.
“ Dahlah.. janganlah merajuk..” pujuknya seraya menarik aku menuju ke suatu tempat tidak jauh dari situ.
Dia menuding jarinya ke arah satu tempat di hadapanku. Hampir saja mataku tidak berkelip memandangnya.
Itu kereta idamanku!
Aku pantas menghadiahkan ciuman di pipi suamiku itu. Aku berjalan pantas mengelilingi kereta idamanku yang berwarna merah garang itu. Seakan-akan tidak percaya aku memiliki kereta itu. Sewaktu barangan diletakkan di hadapanku tadi, aku sendiri lagi tidak perasan akan adanya kunci kereta ini. Hanya setelah aku memeriksa di bilik tidur saja baru aku menyedarinya.
“ Wah.. hadiahkan kereta dapat ciuman ya sayang..” usiknya.
Aku mengangguk.
“ Mestilah.. berbaloikan..” jawabku menyahut usikannya yang berbentuk perlian itu.
Adam mendekatiku.
“ Kalau abang belikan rumah, rasanya apa yang abang akan dapat yeh?” soalnya dalam senyuman nakal.
Akun pantas saja memukul bahunya kerana perasan akan senyuman itu.
Dia sudah berdekah-dekah ketawa melihat aku yang sudah pun menarik muka, merajuk! 
Dia memelukku dari arah belakang memandangkan aku sudah berpaling menahan rajuk.
Dia membiarkan dagunya dibahuku dan menambahkan pelukan yang erat tapi masih belum mahu berniat membalas pelukannya atau lebih tepat lagi termakan pujukannya.
“ Okeylah.. sorry sayang..” bisiknya.
Aku mengetap bibir. Tidak menyahut kerana getar dalam hati ini bila dia buat begitu.
“ Yang..” panggilnya lagi tapi masih jua aku begitu.
Dia melepaskan pelukan dan menapak di hadapanku.
I’d given tickets to Paris for honeymoon dear..”
Aku hampir saja terlopong kerana kejutan demi kejutan yang diberinya padaku.
Aku pantas saja memeluknya lagi, kali ini tanpa rajuk tanpa marah-marah tapi dengan sejuta rasa sayang.
Percutian bulan madu di Paris, siapa tidak suka?
Itukan kota cinta!
“ Aik.. terus sayang abang lagi?”
Aku ketawa manja mendengar perliannya.
“ Kita tak perasan pun tiket itu..” sahutku.
Dia tersengih.
“ Memanglah sebab abang simpan dalam dash board kereta ini..” jawabnya selamba.
Aku menjengilkan mata kerana dipermainkannya begitu. Aku mengambil kunci kereta yang digenggamnya tadi dan pantas saja mahu membuka pintu kereta. Aku ingin cari kepastian kata-katanya itu. tapi, belum saja sempat aku membukanya, Adam sudah mengangkat aku lalu dikendongnya pula. Terjerit kecilku dengan tindakannya yang spontan dan bersahaja itu.
Dia ketawa dan bangga dengan kelakuannya begitu padaku.
“ Ain.. Adam.. kalau ya pun bermesra, dalam rumahkan lebih afdhal..” tegur mama yang tiba-tiba saja terpacul di muka pintu.
Aku pantas saja turun dari dukungan Adam.
Aku menunduk kerana malu dengan teguran mama yang berbaur usikan itu.
“ Halaman rumah semua orang dengar, semua orang tengok. Tak sweet..” usik mama lagi lantas berlalu.
Aku memandang Adam sekilas tapi dia hanya tersengih.
Aku menghadiahkannya dengan jelingan.
“ Ha..ha.. malulah tu..” ucap Adam dalam tawa nakalnya.
Aku menggigit bibir geram lalu memukul bahunya manja.
I love you, sayang..” bisiknya tepat,tulus dan luhur menerobos jauh ke dasar hatiku. Melahirkan rasa yang luar biasa!

Honeymoon destination

0 ulasan: