BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 9- Vila Bahagia (ilham dari full house)


Farah Humairaa & Syed Iman Rizqi.
Perjanjian perkahwinan
         Adalah dengan ini diakui, saya Farah Humairaa binti Haji Mahdi akan menuruti kesemua syarat yang dikenakan kepada saya sesuai dengan janji dan sebagai amanah selagi saya masih berstatus isteri kepada Syed Iman Rizqi Syed Irwan Aiman.
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut;
         1. TIDAK DIBENARKAN bekerja dan jaga status sebagai ISTERI.

** Jika sekiranya saya melanggar perjanjian ini, maka Vila Bahagia yang menjadi milik saya akan dikembalikan dan saya akan dijatuhkan hukuman sesuai kehendak suami saya.

Yang benar,                                              Yang benar,
Farah                                                       Iman

        Aku mencebik membaca syarat yang Iman kenakan kepadaku. Memang benar-benar melampau! Bagaimana mungkin aku mahu mengembalikan vila yang sememangnya milikku ini? Kalau aku berikan kepadanya, dimana nanti aku akan berteduh?
        Eish! Rasa hendak aku remukkan kepingan kertas yang aku pegang saat ini.
        Aku membalek helaian kertas selanjutnya. Tersenyum lebarku jadinya dengan syarat-syarat yang aku kenakan kepadanya. Walaupun pada awalnya Iman memprotes tapi dia tiada pilihan lain. Mungkin sebab permintaanku yang keterlaluan inilah dia mengenakan aku syarat yang bagaikan hukuman mandatori kepadaku!

Syed Iman Rizqi & Farah Humairaa
Perjanjian perkahwinan
         Adalah dengan ini diakui, saya Syed Iman Rizqi Syed Irwan Aiman akan menuruti kesemua syarat yang dikenakan kepada saya sesuai dengan janji dan sebagai amanah selagi saya masih berstatus suami kepada Farah Humairaa binti Haji Mahdi Syarat-syaratnya adalah seperti berikut;
         1. Apapun kemahuan saya akan DITUNAIKAN.
         2. SEBUAH KERETA untuk keperluan peribadi.
         3. Elaun sebagai isteri sebanyak $8 000 sebulan- bank in ke akaun.
         4. Masalah peribadi mahupun kerja, JANGAN LIBATKAN SAYA.
         5. DILARANG KERAS ke kelab ataupun ke pesta.
         6. NAFKAH BATIN DITUNDA sehingga waktu saya MENYERAH.
         7. Saya hanya akan memanggil awak ABANG di hadapan MAMA serta KELUARGA YANG LAIN.
         8. Sesibuk manapun tugas dipejabat, MESTI PULANG sebelum jam 8 malam.
9. Setiap hari Rabu, MAWAR MERAH mesti ada di dalam bilik tidur.
         10. Coklat kegemaran saya mesti ada di dalam peti ais setiap hari Ahad.
         11. Masalah peribadi saya, TOLONG JANGAN MASUK CAMPUR.
         12. Awak akan bersedia tolong saya bila-bila DIPERLUKAN.
         13. JANGAN PAKSA saya lakukan sesuatu yang saya tidak suka.
         14. Tugas memasak hanya akan saya lakukan apabila keluarga yang lain bercuti.
         15. Setiap 3 bulan, bawa saya MELANCONG dan SHOPPING!

** Jika sekiranya saya melanggar perjanjian ini, maka Vila Bahagia yang menjadi miliknya akan saya kekalkan kepadanya dengan sumpah mahkamah dan saya akan dijatuhkan hukuman sesuai kehendak isteri saya.

Yang benar,                                                               Yang benar,
      Iman                                                  Farah
         
         Aku ketawa bahagia. Aku sengaja mengenakan syarat sebegini untuk melihat sejauh mana dia sanggup melayan karenahku. Kalau aku dikatakan kejam, ya.. aku bersedia dikatakan begitu. Selama ini aku memendam rasa saja dengan tingkahnya sepanjang mama tiada. Jadi, salahkah kali ini aku mengambil kesempatan agar dia merasakan sakit kekejamannya sebelum ini? Bayangkan betapa sakitnya hatiku saat dia menghinakan aku gila pada hartanya sewaktu aku menagih kembali vila yang didiaminya saat kali pertama aku bersua. Dalam kedinginan hujan aku bertengkar dengan Iman kerana aku benar-benar tidak dapat terima kenyataan apabila dia mengatakan vila bukan lagi kepunyaanku. Dan yang lebih menyakitkan, aku dibiarkan kehujanan di luar dan kedinginan!
        Wajarkah seorang lelaki membiarkan perempuan kehujanan di luar dan kesejukan? Tidakkah itu egois dan sungguh rasa terhina? Rendahkah taraf wanita sepertiku di hadapannya? Mulai detik itulah aku menyimpan dendam yang sangat membara dan akan membiarkan rasa itu terus tumbuh dan berkembang sampai dia merubah rasa yang kusemai ini. Aku mahu tahu sejauh manakah dia mampu menyeksa jiwaku. Aku mahu tahu selama mana dia bertahan untuk membiarkan aku terus begini! Dan seharusnya dia juga tahu, walau aku kelihatan polos di hadapannya, sekeping hati ini juga mampu membalas dendam yang masih belum terungkai dengan perlahan-lahan. Di situ aku mengukir senyuman yang hanya aku tahu maksudnya.

0 ulasan: