BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 7- Vila bahagia (ilham dari full house)

Pagi itu aku bangun awal daripada biasa. Aku sempat memandang suamiku yang masih lagi tidur nyenyak di sebelahku. Aku sendiri tidak sedar bila dia ada di sebelahku sedangkan pada malamnya dia tidur di atas sofa. Tanpa mahu berfikir panjang, aku mengambil tuala dan berlalu ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dan berpakaian, aku ingin bersiap-siap untuk turun ke dapur menyediakan sarapan untuk suamiku itu. ATAU lebih tepat lagi RAJA dalam vilaku!
        Aku menepuk kuat belakang suamiku itu. Ternyata dia terpinga-pinga. Mungkin dia terkejut dengan caraku membangunkan dia dari tidur. Melihat keadaanya begitu, aku ketawa kegembiraan. Nakal juga akukan..
        “ Janganlah bangunkan orang macam nak membunuh!” marah Iman dengan suaranya yang masih garau. Suara orang baru bangun tidur.
        Aku menutup hidung. Berpura-pura yang kononnya nafasnya berbau.
        Iman memandangku geram.
        “ Kalau nak jadi janda berhias, buatlah lagi!” marahnya seraya berlalu mengambil tuala mandinya dan berlalu ke bilik air.
        Aku ketawa nakal.
        Padan muka!
        Ini Farah Humairaalah...
        Itu baru permulaan Iman Rizqi kerana awak sudah menjerat aku ke dalam perkahwinan ini. Aku ingin tahu sejauh mana dia bertahan dengan sikap isteri yang dinikahinya ini.

Di dapur itu aku menyibukkan diri membantu Mak Lijah menyediakan sarapan. Sesekali seronok juga mengusik Mak Lijah yang kuat melatah ini. Mak Lijah memang seorang yang baik dan dia lebih pengertian. Kadang-kadang, Mak Lijahlah tempat aku meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadap Iman sebelum menjadi isterinya.
        “ Mairaa..” sapa mama di belakangku yang membuatku terkejut kecil. Aku menoleh ke arah mama yang sedang tersenyum. Aku membalas senyuman mama.
        “ Kenapa ma?” soalku sambil menyediakan pinggan dan sarapan di atas meja makan. Tidak lama saat itu Iman turun dan datang menyertai kami bersarapan. Dia mencium pipiku sebelum duduk membuatkan aku terkejut dengan tindakan selambanya itu. Aku menjengilkan mata padanya sebagai tanda protes. Aku malu diperlakukan sebegitu di hadapan mama tapi dia bersahaja mempamer wajah selamba membuatkan aku bertambah sakit hati.
        Mengada-ngadalah tu!
Aku mengambil cawan dan menuangkannya air nescafe panas. Aku hulurkannya sepinggan mee goreng yang masih panas-panas. Kemudian aku mengambil tempat di sebelahnya bertentangan dengan mama. Aku menyuap sarapanku hingga ke suapan yang terakhir. Suasana di meja makan agak riuh dengan suara mama yang sibuk memberikan cadangan untuk majlis persandingan kami. Kata mama, tema ungu dan merah jambu amat cantik tapi Iman memprotes kerana katanya dia mahu aku sendiri memilih warna tema kami.
“ Mairaa tak kisah ma..” sahutku bila ketara Iman berkeras mahukan aku yang membuat keputusan.
“ Okey, mama nak selak majalah pengantin dulu nak cari idea..” beritahu mama dengan wajah gembira.
Kudengar Iman mendengus.
Mama segera berlalu menuju ke ruang tamu.
Aku memandang Iman yang sudah berubah tegang wajahnya. Aku tersenyum sinis.
“ Awak nak marah kenapa?” soalku mengusiknya.
        Dia membalas pandanganku dengan muka geram.
        “ Sekurang-kurangnya nanti awak tak menyesal.. “
        Aku mengerutkan dahi.
        “ Nak menyesal kenapa?” soalku tidak mengerti dengan maksudnya.
        “ Lainlah kalau awak nak kahwin dua kali..” sinis dia menjawab dan meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.
        Aku mengetap bibir menahan geram. Aku berdiri dan mengemas bekas kami makan dan menyimpannya di dapur.
        “ Bik.. tolong kemas yang lain..” arahku tegas kepada pembantu rumah kami yang baru. Selain Mak Lijah, kami ada mengupah seorang pembantu yang kami datangkan dari Indonesia.
        Aku keluar menghampiri mama yang nyatanya sedang sibuk membalek-balek majalah pengantin di ruang rehat itu.
        Aku dengan dendam di hati mengambil majalah itu juga. Aku akan buat Iman menyesal kerana menyuruh aku campur tangan untuk persiapan persandingan ini. Aku akan tempah baju pengantin yang mahal. Aku mahukan majlis resepsi yang gilang-gemilang di luar perkiraan perbelanjaan yang dia peruntukkan untuk majlis kami yang ini.
        “ Ma.. dah ada idea?” tanyaku kepada mama yang masih lagi asyik membalek majalah.
        Mama memandangku sekilas dan mengembalikan semula pandangannya ke majalah tadi. Dia menunjukkanku gambar perkahwinan yang ala-ala di sebuah taman.
        Wah.. macam fairytale!
        Aku diam sejenak, berfikir.
        “ Abang!” panggilku kepada Iman yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Aku sengaja memanggilnya begitu daripada aku diberi ceramah percuma oleh mama pulak nanti.
        “ Apa?” sahut Iman malas.
        Aku menarik muka, meraih belas mama.
        “ Ma..tengoklah tu.. kita panggil dia tak layan..” aduku manja-manja.
        Mama ketawa kecil.
        “ Mairaalah pergi sana..” pujuk mama lembut.
        Aku mengeluh. Tak makan rupanya rajukku. Malas mahu melayan rajuk, aku menghampiri Iman.
        “ Saya panggil awaklah..” marahku geram tapi dalam suara yang berbisik.
        Iman hanya mempamer wajah malas-malas.
        “Kenapa?” soal acuh tak acuh sambil membetulkan tali lehernya.
        “ Saya pilih tema perkahwinan ala-ala di taman..”
        Dia mengangkat bahu.
        Aku mengetap gigi. Geram juga bila dia membuat muka begitu. Kerana rasa itu jugalah, aku memukul bahunya sedikit kuat.
        “ Kenapa?” soalnya geram dalam suara yang tertahan. Mungkin takut didengari mama barangkali.
        Aku mencebik bibir.
        “ Setuju tak?”
        “ Suka hatilah..” jawabnya selamba.
        Hatiku diketuk rasa geram.
        “ Kalau out of budget, jangan salahkan saya..” sinis aku menjawab, lantas ingin berlalu dari situ.
        Dia pantas menarik tanganku. Langkahku mati jadinya.
        “ Saya tahu awak tak akan biarkan saya begitu..” jawabnya selamba dan mengucup dahiku perlahan.
        Aku terpaku dengan tindakan spontannya dan hanya melihat Iman berlalu dengan langkahnya yang bergaya.

0 ulasan: