BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 24 Januari 2011

bab 22- vila bahagia (ilham dari full house)


“ Anak ni anak Hj Maaruf?” soal seorang pak cik yang sudah terlalu berusia. Hatiku tertanya-tanya akan gerangannya. Barangkali dia ini menjaga rumah yang sudah lama ditinggalkan oleh keluargaku.
        Melihat Humairaa masih termangu, Iman mula bersuara.
        “ Ya pak cik.. Saya suaminya..”
        Aku memandang Iman sekilas.  Mencari makna dibalik ayat yang dia katakan. Namun dia hanya bersahaja.
        “ Err.. pak cik siapa?” soal Iman sopan.
        “ Penjaga rumah ni..”
        Aku diam lagi.
        “ Tak sangka anak Haji Maaruf dan besar. Dah jadi isteri orang pun..” sambungnya lebar.
        Aku tersenyum kecil.
        Iman tiba-tiba saja menggengam erat tangan kananku.
        Aku menelan liur. Bermacam-macam andaian boleh aku fikirkan dengan tingkahnya. Mungkin dia ingin melindungiku atau mungkin juga ingin memberi kekuatan kepadaku.
        Pak cik yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamdan itu kupandang sekilas. Dari raut wajahnya dan caranya berbicara, mungkin beliau lebih rapat dengan ayah suatu ketika dulu.       
        “ Jadi anak ni nak tinggal sini?” soal pak cik Hamdan.
        Iman bagi pihak mengangguk.
        “ Mari pak cik bukakan pintunya..” ajaknya sopan.
        Iman menarik tanganku mengajak untuk menuruti pelawaan pak cik Hamdan. Sesekali mataku meliar memerhatikan halaman rumah.
        Pintu dikuak. Anak kunci diserahkan kepada Iman dan pak cik Hamdan meminta izin untuk berlalu. Aku sekadar mengangguk, kiranya memberi hormat kepada pak cik Hamdan yang sudah bersusah payah menjaga rumah peninggalan ini.
        Aku melangkah masuk dengan penuh debar.
        Wah.... sangat cantik sekali isi di dalamnya.
        Perabot klasik yang elegan dan tidak ada satu habuk pun yang melekat. Memang rumah ini benar-benar dijaga dengan bersih. Perlahan-lahan Iman melepaskan tanganku dan mengisyaratkanku untuk meninjau seluruh isi rumah. Dari satu ruang ke ruang yang lain, habis kuredah dan di satu ruang langkahku mati. Mataku terpaku dibalik sebuah potret yang tergantung di dinding kayu jati itu.
        Pasangan itu nyata sekali memberi kesan di hatiku.
        Ayah dan ibu. Gambar perkahwinan mereka yang nyata sedang menyatakan kebahagiaan.
        Tangan Iman tahu-tahu saja melingkar di pinggangku. Aku membiarkan saja.
        “ Siapa?” soal Iman berbisik di belakangku. Dagunya dibiarkan di atas bahu kananku.
        “ Mertua sendiri pun tak tahu..” jawabku perlahan tapi bermaksud menyindir.
        Iman merapatkan pelukan.
        Aku memukul tangannya yang kian nakal kurasakan meneroka badanku itu.
        Dia melepaskan tawa kecil.
        “ Sedar tak pintu tu luas sangat bukanya?” marahku perlahan.
        Iman beralih di hadapanku. Dia tersengih nakal.
        “ Okey.. abang tutup ya..” usiknya seraya berlalu menuju ke pintu utama dan menutupnya.
        Gulp.
        Aku menahan liur.
         Melihat tingkahnya yang galak itu, aku mengambil keputusan untuk menaiki anak tangga yang menghubungkan ke tingkat atas. Bergegas aku menaikinya bersama gelak tawa kerana dikejar oleh Iman. Berulang kaliku menjerit, kiranya amaranku tidak dihiraukannya. Puasku cuba mencari tempat bersembunyi namun Iman lebih tangkas mendapatiku.
        Aku tercungap-cungap, menghirup nafas.
        “ Jahatlah!” marahku sambil memukul dadanya.
        Iman hanya ketawa.
        Jogging hampir setiap hari tapi badan sikit pun tak fit..” sindirnya sambil menarik aku ke dalam pelukan.
        Aku mencebik.
        “ Isteri awak jugak kan..”
        Iman mempamer wajah selamba dan membuat aku semakin geram.
        “ Rumah ini bestkan..”
        Aku sekadar mengangguk. Aku menarik tangannya untuk menemaniku melihat sekitar bilik di tingkat atas.
        “ Banyak bilik ya..” sambung Iman lagi.
        Aku merengus geram.
        “ Yalah.. membebel!” usikku.
        Iman mencubit pipiku, kuat.
        Aku menjelingnya geram.
        “ Rumah ini gerenti bising dengan suara anak-anak kita nantikan?” sambungnya lagi seraya mengenyitkan matanya.
        Aku tersentak. Malu dengan tingkahnya yang bersahaja itu.
        “ Hmm.. kalau ada rezki..” jawabku selamba.
        “ Kita cubalah..” giatnya lagi.
        “ Malas..” jawabku seraya lari lagi darinya.
        Iman pantas saja mengejarku lagi.
        “ Kalau dapat, saya kurung awak selama saya berada di sini..” ugutnya.
        Aku mematikan langkah kerana tiba-tiba saja aku tersadung kaki almari.
        “ Aduh...” erangku perlahan.
        Iman segera tiba di sebelahku.
        “ Padan muka...” bisiknya selamba di sisiku.
        Aku menelan liur.Tidak berani memandang panahan matanya itu.
        Iman pantas mengendongku dengan tawa nakalnya.
        Aku memejam mata.
        Alamak.. dah masuk jerat....
Dan aku hanya mampu bertahan. Nama juga dia suami, daripada aku dilaknat, lebih baik berserah. Lagipun, Iman handsome dan menawan.

0 ulasan: