BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 18-semalam dalam kenangan


“Ain..” panggil abah perlahan namun aku sekalipun tidak menoleh dan pantas hanya berlalu menaiki anak tangga. Hatiku semakin sakit, semakin pilu. Bukan niatku mahu berlaku biadab atau menghukum abah atas sesuatu yang bukan kesalahannya tapi aku ingin lari dari terus dihantui rasa pedih dan yang lebih penting lagi aku mahu lari dari abang Haikal.
Aku mengunci pintu dari dalam. Aku memasang radio dan meninggikan bunyinya hingga memenuhi ruang bilikku. Aku tidak peduli lagi. Biarlah sampai patah tangan sekalipun mereka mengetuk pintu bilikku, aku yakin aku tidak akan membuka pintu itu. Saja berpura-pura seolah-olah tidak mendengar bunyinya.
Aku menghempaskan tubuh di atas katil. Mataku liar memandang siling. Aku mengesat airmata. Dalam rasa pilu itu ada terselit rasa dendamku kepada abang Haikal.
Aku masih ingat lagi peristiwa abang terjatuh dalam sungai yang hampir-hampir saja dia dibaham buaya di sungai kampung pedalaman yang menjadi destinasi cuti semesternya yang akhir empat tahun yang lalu. Aku sendiri masih ingat bagaimana parahnya luka abang di bahagian bahunya yang mungkin saja masih jelas parutnya hingga ke hari ini.
Bagaimana boleh aku tidak perasan bahawa seraut wajah yang sudah menjadi milikku itu dulunya pernah aku temui? Mungkin masa yang merubah penampilannya yang kali ini nampak lebih matang. Kalau dulunya dia hanya bergaya bersahaja dan kini dia kelihatan lebih memikat dan mempesona. Tapi, adilkah cara abang Haikal membalas budinya dengan mengahwinkan aku bersama Adam walaupun pada waktu itu aku hampir-hampir saja dipermalukan? Memang aku akui kehadiran Adam pada hari itu sangat tepat tapi tepatkan keputusan yang abang lakukan untukku? Kenapa pula saat ini aku mula merasa sangsi dengan kata hatiku sendiri?
“ Astaghfirullah..”
Aku beristighfar dalam hati berulang kali.
Ya Allah..tetapkan hatiku padanya keranaMU. Kalaupun aku harus meninggalkan dia, janganlah setelah aku menaruh rasa padanya. Terlalu sakit untuk aku begitu.
Aku bingkas bangun dari tempatku berbaring setelah menyedari radioku sudah tidak berbunyi lagi.
Abah dan mama sudah berdiri di hadapan birai katilku. Aku menjenguk ke muka pintu. Nasib ia sudah bertutup. Aku membetulkan duduk dan sesekali memandang abah yang sudah mula melabuhkan punggung di sofa bilikku.
Aku mengisyaratkan mama untuk duduk di sebelahku. Senyuman mama nampak hambar saja. Sama juga dengan abah. Bertambah tertekanku jadinya.
“ Kenapa abah?” soalku sopan tepat memandang abah.
Mama menyentuh bahuku. Pandangannya yang penuh kasih sayang itu menyentuh hatiku. Tapi, aku sudah penat menangis. Bukan aku tidak menghargai kasihnya tapi aku sudah lelah!.
“ Abah yang patut tanya Ain.. kenapa Ain menangis?” soal abah prihatin.
Aku mengetap bibir. Aku menghempaskan tubuhku dengan berbaring di atas katilku. Terlalu lelahku menjawab pertanyaan sebegitu.
“ Jawablah..kan abah tanya..” pujuk mama sambil mengusap kepalaku.
“ Kan abah dah dengar semuanya..” sahutku perlahan.
Abah tiba-tiba saja berada di sebelahku.
Aku mengeluh berat. Kali ini aku bukan merajuk tapi lebih tepat lagi jauh hati.
“ Memanglah abah dah dengar. Abah tau Ain abah ni kuat merajuk tapi kenapa tak pernah luahkan rasa hati Ain pada kami?” tanya abah lagi.
Aku bangun dari tempatku berbaring.
“ Abah..mama, apa yang Ain lakukan dan itu membahagiakan..bagi Ain itu cukup abah..mama..” penuh beremosi aku menjawab.
Aku sudah malas saling bertingkah. Sudahnya keputusan mahupun keadaan tetap sama. Perubahan tidak akan berlaku.
“ Ain.. abah dan mama mahukan yang terbaik untuk Ain.. salahkah Ain?” soal mama perlahan.
Aku menggeleng. Membalas pandangan mama dan abah bersilih ganti.
“ Ain faham abah..mama..walaupun cara abah dan mama membuatkan Ain tertekan..”
Dan kami semua diselubungi bisu.
Maaf abah.. mama, Ain terpaksa berkata biadab!

0 ulasan: