BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 24-semalam dalam kenangan

Aku menarik selimut sehingga ke pangkal leher kerana merasa sejuk yang teramat datang dari alat penghawa dingin itu. Aku memandang insan yang sedang lena di sebelahku itu dengan teliti. Dari matanya, hidungnya lalu jatuh kedua bibirnya yang merah. Wajah yang putih bersih itu, ada rupa serta menawan itu sungguh menyentuh hatiku. Setiap inci ruang hatiku sudah ditakluknya.
Sungguh, hatiku sudah dicuri!
Aku tersenyum sendiri bila terkenang saat-saat dia berlaku romantik denganku sebentar tadi.
Ah.. pasti saja kenangan itu akan kekal dalam hidupku ini.
Aku menyentuh matanya yang masih lagi tertutup itu dengan perlahan.
Aku tersenyum kecil dan menyembunyikan tangan bila sedar dia mula bergerak-gerak kecil hasil tindak balas dari gangguanku itu. Apabila ia berhenti, aku memulakannya lagi. Kemudian dia tersedar dan tanganku ditangkapnya. Mungkin dia merasa terganggu dengan caraku itu.
Aku sudah mula terjerit bila dia berusaha menggeletekku tanpa henti. Hampir nafasku tercungap-cungap menahan tawa yang semakin menjadi.
“ Abang.. stop! I’m sorry..” akhirnya aku mengalah bila Adam masih lagi memperlakukan aku begitu. Mungkin kasihan padaku lalu usikannya berakhir dengan pelukan erat.
“ Argh... sudahlah.. kita tak ternafaslah macam ni..” ucapku padanya seraya menolaknya.
Dia ketawa, agak kuat.
Aku memukulnya. Berharap dia akan merendahkan nada tawanya.
“ Padan muka.. siapa suruh kacau?”
Aku menarik muka.
“ I just nak bermanja okey..” jawabku merajuk.
Aku segera bangun dari situ dan mencapai tuala di ampaian berhampiran almari lalu menuju ke bilik mandi. Rasa malas mahu mendengar pujuk-rayunya kerana pasti aku yang akan mengalah akhirnya.
Memang! Seakan-akan aku telah terpukau dengan semua yang dilakukannya. Sungguh, dia hebat. Lagipun, kalau bukan aku yang memuji suamiku sendiri, siapa lagi?
Aku tersenyum sendiri lagi. Masih terasa hangat sentuhannya.
Aku memulas pili air dan mencurah-curah air di atas kepalaku. Aku menggigil kedinginan sebaik saja air itu menyentuh segenap tubuhku. Seingatku, aku telah menekan suis air hangat di luar. Aku memutar semula pili air mengharapkan air itu akan berhenti keluar. Dalam lamaku berfikir, aku terus membuat kesimpulan.
Sah!
Aku yakin ini kerja suamiku itu.
“ Abang!” jeritku dari dalam bilik mandi.
Yang kudengar, Adam hanya ketawa. Hatiku geram jadinya.
“ Abang.. sejuklah air ni..” aduku berharap Adam akan menghidupkan semula suis air hangat itu.
“ Ah.. selagi Ain tak buka pintu, abang takkan on..” ugutnya seraya mengetuk pintu bilik mandi itu bertalu-talu.
Aku mengetap bibir.
Dia memang masih belum puas mengusik orang!, rungutku dalam hati.
Pintu masih diketuk.
“ Buka tak ni?” soalnya dari luar.
“ Kita nak mandilah ni..” marahku pula. Sudahlah merasa dingin tapi Adam masih lagi giat mengusikku dari luar.
“ Abang nak join..”
“ Tak boleh!”
Kemudian tidak lagi kudengar suaranya meminta aku membuka pintu bilik air. Entah mungkin dia mengalah atau sedang merencanakan sesuatu lagi, aku kurang pasti. Aku yakin, suamiku itu akan mengadakan agendanya yang tersendiri selepas ini. Meski rasa terseksa dengan usikannya, aku malas mahu memikirkannya dengan terlalu lama. Lebih baik aku meneruskan keinginanku untuk mandi. Tambahan pula mandi di negara orang ini berbeza. Kalau tidak mandi dengan air hangat, terasa diri ini mandi dengan air sejuk yang baru diambil dari peti sejuk.
Aku memulas pili air.
Ahh... segar.
Airnya hangat. Tidak lagi sejuk seperti tadi.
Aku tersenyum kecil. Aku tahu Adam tidak akan sampai hati membiarkan aku mandi dengan air dingin itu. Lagipun aku tahu, pasti dia tidak betah menunggu aku. Mungkin juga disebabkan aku selalu mandi dengan mengambil masa yang agak lama.

Beberapa minit kemudian, aku selesai mandi. Aku keluar dari bilik mandi dan tercari-cari kelibat Adam, tapi dia tiada di sekitar bilik. Aku terpandang nota di cermin meja solek. Aku mengambilnya seraya membaca.
         I’d given you a gift on the bed, pakai please...
Habis saja membaca, aku segera menoleh ke tempat yang dimaksudkannya. Aku mendekati katil itu dan terpandang ada sehelai gaun berwarna ungu gelap.
         Cantik!
         Sangat cantik!
         Aku mengambil dan membalek-baleknya. Gaun yang hanya separas lutut itu, dengan dihiasi sekuntum bunga besar di bahagian bahu kanan memikat hatiku. Memang citarasa suamiku itu tinggi.
         Aku tersenyum sendiri. Tidak ingin masa lewat begitu saja, aku mesti bersiap segera. Aku menyarungkan gaun itu ke tubuhku dan mecalit sedikit alat solek ke mukaku. Aku menyentuh rantai yang dihadiahkannya minggu lalu. Ada loket berhuruf A&A. Kata Adam, itu lambang cinta Ain dan Adam.
Aku tersenyum lagi. Lagakku seperti orang angau yang sedang dilamun cinta. Aku membiarkan rambutku yang sedikit ikal di bahagian bawah lepas bebas. Lagipun, di sini hanya ada kami berdua.
         Aku dan suamiku, Adam.
         Aku berlalu keluar dari bilik tidur itu dan menuju ke ruang rehat di bahagian depan.
         Aneh!
         Kenapa gelap?
         Di mana Adam?
         Hatiku berdebar-debar. Takut jadinya bila melihat keadaan begini.
         “ Abang?” panggilku, sedikit takut. Perlahan-lahan aku meneruskan langkah, masih tercari-cari kelibat Adam.
         Aku cuba mempercepatkan langkah menuju ke suis lampu dan berniat mahu membukanya. Belum sempat aku menekan, tanganku sudah digapai membuatkan aku terjerit kecil kerana terkejut dengan sentuhan itu.
         “ Shyss...” bisik seseorang di sebelahku.
         Aku menelan liur. Rasa takut sudah mula menjalar di hatiku.
         Kemana Adam?
         “ Abanglah ni yang..” ucapnya perlahan.
         Aku menarik nafas lega.
         “ Menakutkan orang saja..” marahku.
         Dia ketawa.
         Aku menarik tangan Adam erat, rasa takut dengan suasana yang gelap itu.
         “ Buat apa dalam gelap ini?” soalku padanya serius.
         “ Buat projek..” jawabnya nakal.
         Aku memukul tangannya kuat. Di sebalik remang cahaya yang suram itu, aku masih ternampak garis senyumannya yang kelihatan nakal mengusikku itu.
         “ Janganlah main-main..”
         Dia menarik tanganku dan memintaku mengikut langkahnya. Dengan berhati-hati aku mengekorinya kerana gelap dan takut tersadung sesuatu. Di satu sudut berhampiran ruang rehat itu, aku terpandang dua batang lilin sedang dinyalakan di atas meja kecil berbentuk bulat. Dengan berlatar belakangkan menara Eiffel melalui pantulan cermin tingkap yang jernih itu, aku dapat melihat keindahannya di waktu malam dengan jelas. Menara itu indah dilimpahi cahaya lampu neon yang berbagai warna. Tingkap hotel ini jelas menampakan lagi keindahannya di hadapan mataku. Bagaikan tidak ingin kukelip mata saat memandang indahnya menara itu.
         This is beatiful, abang...” ucapku bagai tidak terluahkan.
         Aku bagaikan terpaku menyaksikan keindahan itu.
         Candle light dinner for us dear..”
         Aku rasa benar-benar terharu dengan perancangan Adam.
         Sungguh!
         Ia menghadirkan suasana yang benar-benar romantik!
         Dia membetulkan sedikit anak rambutnya sebelum berkata sesuatu yang membuatkan aku makin jatuh cinta pada suamiku sendiri.
         “ Shall we?” soalnya dengan lagak gentleman sambil meraih tangan kananku.
         Aku tersenyum manis seraya menyambut tangan suamiku itu.
         Dia memimpinku dan kami jalan beriringan menuju ke meja yang telah dihiasnya cantik itu. Di sekeliling meja dapat kulihat kumpulan lilin yang sudah disusunnya dengan membentuk hati ditemani sekuntum bunga ros merah disetiap kumpulan hati itu. Perasaanku jauh melayang. Melayang memikirkan betapa indahnya saat ini. Dengan ditemani keremangan cahaya, dengan haruman bunga, dengan berlatar belakangkan menara Eiffel, aku bahagia menikmati makan malam berdua bersama Adam.
         Thanks abang, i love this..” ucapku bagaikan tidak lagi terkata. Aku benar-benar terharu dengan persediannya yang sungguh rapi tanpa kusedari ini.
Aku menarik tanganku dari genggamannya dan menghampiri tingkap besar, tempat yang membolehkan aku melihat menara Eiffel itu. Meski berada di tingkat 12 belas, aku masih dapat menyaksikan keindahan itu. kemudian aku terperasan sesuatu. Ada bentuk-bentuk halus yang jatuh dari langit melintasi tempatku menyaksikan menara itu. Tangan Adam sudah melingkari pinggangku. Dagunya dibiarkan di atas bahu kananku. Pelukan semakin erat.
         “ Its snowing..” bisiknya.
         Aku sekadar mengangguk.
         Ah.. betapa indahnya.
         Ciuman Adam singgah di pipiku mematikan keasyikanku memandang dan menikmati keindahannya.
         Aku berpaling memandangnya yang sedang tekun membalas pandanganku.
         You’re wonderful tonight, dear..”
         Aku mengetap bibir. Meskipun pujian itu lahir dari bibir suamiku, aku masih terasa malu untuk mendengarnya.
         Dia mendekatkan wajahnya padaku.
         Aku menelan liur. Memejam mata kerana tidak sanggup dengan pandangan matanya yang semakin galak menatapku.
         “ Abang lapar, yang..” bisiknya.
         Aku membuka mata seraya memukulnya dadanya manja dan geram. Terasa geram dengan tingkahnya yang semakin nakal mengusikku itu.
         Dia ketawa nakal. Habis berterbangan mood romantik yang baru sahaja diciptanya bersamaku.
         Dia menarik kerusi di hadapanku dan mengenyitkan matanya nakal.
         Aku tersenyum manja.
         Aku mengambil alih untuk duduk di situ.
Makan malam yang terhidang sangat enak dan istimewa. Benar-benar memikat seleraku. Ayam panggang, sayur campur, nasi, bubur ayam, daging kambing madu panggang, kek coklat, minuman jus.
         Oh! Seleraku memang besar. Tambahan lagi lapar yang makin memaksa aku menerkam semuanya. Aku ingin mencapai kek coklat tapi pantas dihalangan Adam.
         Aku memandangnya dengan muka rajuk.
         “ Baca do’a dululah..”
         Aku termalu sendiri. Sesudah menadah tangan dan mengaminkan doa, aku mula menjamah makanan itu semahuku. Dengan iringan lagu dari Eric Clipton-you are wonderful tonight, aku menikmati saat riang itu bersama suamiku.

0 ulasan: