BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

bab 27-semalam dalam kenangan


Buukk!
Satu tumbukan hinggap ke muka Adam. Hampir tersungkur dia di dinding menerima pukulan yang kuat itu.
Dia memandang insan yang menghadiahkannya tumbukan keras itu.
Ternyata wajah Haikal, abang Ain sudah membengis di hadapannya.
“ Kalau ada apa-apa terjadi pada adik saya, saya akan pastikan awak menerima akibatnya Adam!” marah Haikal sambil menarik kalung baju Adam.
Adam hanya memandang tanpa kelip. Fikirannya tidak di situ tapi pada isterinya yang sedang bertarung dengan maut di dalam bilik kecemasan itu. Sudah hampir 2 jam Ain masih lagi dirawat. Sejak keluarga mertuanya datang, fikirannya semakin tidak tenang. Dia terus-terusan dimarah dan dimaki oleh Haikal yang nyatanya tidak tahu kisah sebenar. Ini hanya salah faham yang masih lagi belum dijelaskan kepada Ain.
“ Apa yang sebenarnya terjadi, Hajah?” soal Haji Maa’ruf kepada umi Adam, perlahan. Mencuba untuk bersikap lebih terbuka meski seluruh hatinya terobek dengan kejadian yang menimpa anak kesayangannya itu.
Umi hanya menggeleng perlahan. Sakit juga hatinya melihat Adam dipukul di depan matanya sendiri tapi dia faham bahawa keluarga itu dikuasai emosi. Selagi belum diceritakan hal sebenar, mana mungkin keluarga birasnya itu akan faham hal yang terjadi itu.
“ Ain fikir Adam ada isteri lain..” sahut bapa Adam pula.
Semua yang di situ terdiam. Adam pula hanya membisu. Tidak berniat mahu menambah sebarang kenyataan ataupun mencuba membela dirinya. Dia hanya mampu berserah agar Ain selamat. Itu yang lebih penting saat ini daripada dia berusaha membela diri. Biarlah dirinya nampak seperti pesalah yang hanya menanti saat-saat dijatuhkan hukuman. Dia hanya berharap agar hukumannya tidak seberat dugaan yang dirasakan sekarang. Dia sudah lelah. Masih lagi dirinya belum bersedia menerima sebarang masalah lain.
“ Ain tadi melihat sekitar rumah. Dia masuk ke dalam stor belakang rumah yang sudah lama tidak kami kunjungi. Dia ternampak gambar perkahwinan Sarah dan Adam..” sambung umi.
Hampir kesemua keluarga birasnya terlopong mendengar berita yang baru disampaikan itu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang diceritakan.
“ Adam kahwin lain sebelum ini?” serentak suara abah, mama dan abang Haikal kedengaran, terkejut dengan kenyataan itu.
Umi dan bapa Adam mengangguk.
“ Tapi bukan Adam Alshahdi..”
Keluarga birasnya jadi bingung. Kisahnya bagaikan berputar belit.
Kenapa bukan Adam Alshahdi pula?
Tadi kata Adam?
“ Maksud Hajah?” soal mama Ain pula. Sakit kepalanya memikirkan maksud Hajah Laila itu yang nyatanya membuatkan dia pening untuk membuat kesimpulan.
Umi sudah mempamer wajah sedih. Mama Ain duduk di sebelahnya sedang keluarga yang lain masih lagi menunggu doktor yang merawat Ain itu keluar.
“ Saya sebenarnya mempunyai anak kembar. Adam Alshahdi itu anak bongsu saya. Dan yang Ain saksikan pada potret itu sebenarnya gambar arwah abang Adam. Adam Almahdi..” cerita umi beremosi dengan nada suara yang mendatar.
Sarah yang ada di situ hanya membisu.
Ya.. Adam Almahdi itulah suaminya yang kini sudah pergi meninggalkannya kerana penyakit barah hati empat tahun yang lalu. Wajah Adam dan arwah memang mirip tapi itu tidak membuatkan Sarah menyukai adik iparnya. Itu yang barangkali membuat Ain salah sangka.
         Haikal mendekati Adam yang masih terduduk di situ. Dia melabuhkan punggung di sebelah Adam. Rasa bersalah menjalar dalam dirinya kerana keterlanjurannya memukul Adam sebentar tadi.
Yang nyata itu silap adiknya sendiri. Mungkin kerana Ain terlalu mengikut emosi. Dia tahu adiknya itu selalu membuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Mungkin saja nyatanya adiknya cemburu tapi cemburunya sudah memakan diri dan menyusahkan semua orang. Harap-harap adiknya itu akan sedar kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi. Mungkin juga Haikal harus merancang sesuatu agar adiknya tidak lagi melakukan kesilapan yang benar-benar telah membuat mereka sekeluarga risau. Ain harus diberi pengajaran. Harap-harap Adam bersedia menghulurkan bantuan dan memberikan keizinan. Biarlah Ain rasa sakit tapi sekurang-kurangnya nanti, Ain tahu menghargai orang yang dia sayangi.
         “ Saya sayangkan Ain.. TUHAN.. jangan ambil dia dulu..” bisik Adam lagi bila dilihatnya belum ada tanda-tanda pintu bilik kecemasan itu akan terbuka.

0 ulasan: