BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

bab 32-semalam dalam kenangan


Tubuh yang sememangnya lemah itu sudah terbaring lesu di hadapan matanya. Adam benar-benar terpana melihat tubuh isterinya yang semakin disiram air hujan yang kian lebat itu. Tidak disangka dalam keadaan itu isterinya masih mampu berlari dengan cepat.
Dia mengangkat kepala isterinya.
“ Yang.. jangan tinggalkan abang...” panggilnya berulangkali tapi yang terdengar hanya deru nafas halus dari isterinya. Pasangan suami isteri itu tenggelam di bawah kedinginan hujan yang lebat bersama sengketa. Kenapa sering saja Ain pengsan saat ini?
Kenapa Ain suka melakukan sesuatu tanpa berfikir?
Tidakkah dia perasan setiap perbuatannya hanya mengundang bahaya pada dirinya dan insan sekelilingnya?
Adam berubah cemas. Takut ada sesuatu yang terjadi pada isterinya. Dia mengendong isterinya kembali semula ke rumah. Meskipun hujan turun semakin lebat tapi Adam tidak peduli. Nyawa isterinya itu yang lebih penting. Dia ingin lagi menikmati saat bahagia bersama isterinya.
Dia menukar pakaian isterinya yang basah kepada pakaian tidur. Susah hatinya kerana suhu badan isterinya meningkat panas. Adam bergegas turun ke dapur untuk mengambil air sejuk untuk direndam tuala kecil. Dia mahu menuamkannya ke dahi isterinya agar suhunya turun. Dia menyumpah dirinya sendiri kerana kebodohannya melayan rajuk yang berlebihan.
Bukankah Haikal sudah mengingatkan dia agar tidak keterlaluan menyiksa batin isterinya?
Dia memandang isterinya dengan pandangan kosong.
Apa akan dikatakan keluarganya nanti kalau mereka tahu dia memperlakukan isterinya begitu?
Dan yang lebih sadis lagi, apa yang akan dijawabnya kepada TUHAN nanti kalau sekiranya isterinya itu pergi meninggalkannya? Bukankah isterinya itu amanah yang Allah kirimkan kepadanya?
“ Yang.. please be strong.. i love you..” perlahan Adam mengatakannya bila isterinya masih lagi belum sedar saat itu. Takut benar dia akan kehilangan isterinya itu.
Tangan isterinya digenggam kemas. Dia meletakkan kepalanya di sebelah isterinya. Lama kelamaan dia terlelap. Dia lelah menunggu semuanya berlalu dan berubah baik-baik saja dalam masa yang sesingkat itu.

0 ulasan: