BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 3-Vila Bahagia (Ilham dari Full House)

Kami pulang apabila malam sudah lewat. Malam yang sunyi itu membuat hatiku resah. Tiba-tiba rasa rindu menggamit di hatiku. Semenjak pemergian ayah dan ibu, aku rasa sepi dan sunyi.
        Aku membuka pintu luncur. Vila Bahagia adalah sebuah vila yang terletak berhampiran pantai. Keluasannya yang dihiasi dengan taman kecil yang indah menggambarkan kebahagiaan. Vila dua tingkat yang mempunyai 7 buah bilik tidur ini sangat kusayangi.
        Aku menghela nafas sambil berpeluk tubuh menuju ke balkoni diperbuat dari kayu itu. Ada tangga yang dibuat untuk turun menuju ke pantai. Dulu, aku memang rajin berjogging bersama dengan ayah. Banyak kenangan yang tersimpan di sini dan kerana itulah aku tidak mahu melepaskannya kepada orang lain.
        Aku melepaskan keluhan berat. Sebenarnya,memang aku sudah tidak mampu bertahan dengan semua yang berlaku. Aku sudah berkira-kira mahu mengalah dan menyerahkan saja vila ini kepada Iman. Seluruh hatiku hancur kerana keegoan dan keterlampauannya yang sungguh menyakitkan hati!
Hatiku sebenarnya sedih!
Sedih kerana dikhianati kawanku sendiri.Kalaulah aku tidak meminta mereka menjaga Vila Bahagia ini,sudah pasti aku yang sedang duduk di sini. Lamaku membiarkan memori luka itu bermain di fikiranku.
Mungkin kerana tidak tertahan menanggung rasa pilu dan rindu, aku membiarkan airmataku jatuh satu persatu.
Mungkin aku harus mengalah.
Mungkin sudah jalan takdirku.
Biarlah.
Aku yakin Iman mampu menjaga Vila ini dengan baik. Sekurang-kurangnya aku masih boleh melihatnya meski ia bukan milikku lagi.

Angin malam yang datang dari pantai itu terasa nyaman menyapa seluruh tubuhku.
Makin lama makin deras airmataku gugur.
Mungkinkah aku harus mengalah?
Kenangan sambutan ulang tahunku di taman sewaktu kecil aku dulu bermain di kotak fikiranku. Masih terasa hangat pelukan ayah dan ibuku. Masih terbayang wajah-wajah riang yang membahagiakanku.
        “Kenapa tercegat di luar malam-malam buta ni?”
Suara itu membuatku tersentak.
Aku mengesat airmataku meskiku tahu ia pasti sempat melihat aku menangis. Aku tahu, dia sudah melihat kekalahanku. Tapi, aku hanya mengambil keputusan untuk berdiam daripada menjawab pertanyaannya itu.
Iman memandang gadis manis yang berdiri sebelahnya. Hatinya dihambat rasa ingin tahu tetapi ditahannya kerana dirasakannya, dia tidak layak bertanya.
        “Iman.. saya mengalah…”ucapku dengan perlahan memandang tepat ke wajahnya.
Jelas tergambar riak terkejut di wajah itu.
Ketawa sajalah Iman, aku sendiri tidak tahan dengan semua hukuman yang engkau jalankan untukku.
        “Saya memang dah agak awak tidak akan sanggup..”jawab Iman sinis.
Aku menelan liur.
        “ Esok saya akan pergi. Pergi jauh dari hidup awak dan mama awak. Pinta saya cuma satu. Jaga vila ini dengan baik…” balasku dengan perlahan seraya berlalu.
Aku tidak mampu bertahan. Biarlah!
Gulp!
Iman menelan liur. Dibiarkan matanya melihat pemergian Humairaa masuk semula ke dalam vila. Sangkanya Humairaa akan menjawab setiap kata-katanya seperti selalu, tapi dia salah. Ternyata Humairaa nekad dengan keputusannya.
        “ Humairaa!”panggilnya membuatkan langkahku terhenti.
Namun, aku tidak menoleh. Menanti kata-kata selanjutnya.
        “ Awak tidak sayang dengan vila ni lagi?” soalnya.
Dan saya, Humairaa.. tapi kata-kata itu hanya tersimpan di hati.
Aku menggigit bibir.
        “Sayang atau tidak, itu belakang kira. Yang penting, syarat-syarat itu membebankan saya..” secara tidak langsung aku mengadu tentang beban yang diletakkan Iman ke bahuku.
        “ Awak tidak tahu rasanya terseksa, ditinggalkan orang yang tersayang dan kehilangan benda yang kita milikki..” sambungku perlahan.
        “ Tapi, bukankah itu yang awak mahu?” tambahnya lagi.
        “Dan.. inilah juga yang saya mahu..” jawabku lantas beredar dari situ.
Aku tidak mahu bersoal-jawab lagi. Aku tidak mahu mengubah keputusan yang sudah kubuat.
Iman hanya memandang Humairaa melangkah masuk.
Dia menghela nafas kasar. Terasa hatinya seperti enggan melepaskan Humairaa pergi begitu saja. Namun, dia tidak punya sebab untuk menahannya pula.
 Serabut!
Yang dia pasti, mamanya pasti akan marah kepadanya nanti. Pasti mamanya akan beranggapan yang dia puncanya Humairaa meninggalkan Vila untuk kali yang terakhir. Mungkin kali ini, hati Humairaa benar-benar merajuk!

0 ulasan: