Kami keluar dari kereta setelah kami sampai ke destinasi. Soalan yang tadinya diajukan terbiar begitu sahaja. Aku segera mencapai beg tangan dan menantinya di luar kereta.
Dia kelihatannya sedang membetulkan butang baju melayunya melalui cermin kereta. Aku menantinya dengan resah. Sesekali kumelihat dahinya berkerut. Mungkin kerana susah mahu membetulkan butang bajunya,maka aku dengan rela hati membetulkannya.
Aku memberanikan diri mendekatinya.
Aku menggigit bibir sebelum memulakan bicara. Bagaikan tahu apa yang ada dalam fikiranku,dia menyuakan dirinya kepadaku. Dengan tangan yang sedikit menggeletar dan hati yang berdetak kencang,aku membetulkannya. Pantas tangannya menyentuh jemariku.
Aku terpana. Bagaikan terkena litar eletrik, aku terpaku. Mata kami saling bertentangan. Ada sinar yang sukar kumengertikan dari wajahnya memancar ke dalam anak mataku. Suasana itu terganggu dengan deheman seseorang.
“ Belum masuk rumah lagi?” soal salah seorang tetamu yang berdekatan dengan kereta kami.
Aku bagaikan tersedar dari mimpi terus memalingkan wajah. Anehnya,tanganku semakin digenggam erat. Seolah-olah amat takut untuk dilepaskan.
“Tak kenalkan kepada saya?” soal si pemuda itu lagi.
Iman berdehem sebelum bersuara.
“ Kenalkan, Farah Humairaa..” perkenal Iman kepada pemuda itu.
Pemuda itu menghulurkan tangan tanda ingin bersalam. Namun, Iman sempat memberi isyarat mata supaya aku tidak menyambut huluran tangan itu.
Aku sekadar tersenyum berharap dia mengerti alasanku tidak menyambut salamnya.
“ Dan ini sepupu saya, Khairul Azri..” sambungnya lagi.
Kemudian kami diam. Agak lama dan saling berpandangan.
“Farah ni siapa?” soal Khairul sedikit berani.
Wajah Iman berubah serius. Faham dengan maksud pertanyaan sepupunya tentang Humairaa. Bukan dia tidak kenal akan Khairul. Dia pantang kalau ada perempuan cantik yang baik-baik. Hidup suka berfoya-foya tapi mahukan yang terbaik untuk dijadikan isterinya. Khairul pula nampaknya seolah-olah berniat mahu mendekati Humairaa kerana caranya melihat amat berbeza dan ini mendatangkan rasa kurang senang di hati Ikhwan.
“ Tunang..” jawab Iman ringkas dan padat membuatkan aku tersenyum kelat.
Tidak lama kemudian Khairul segera berlalu dalam pandangan yang amat sukar dimengertikan.
Iman yang berada di sebelahku hanya serius. Dia membawaku masuk ke dalam rumah Pak Ngahnya tanpa melepaskan genggaman tangannya.
Aku berasa rimas! Tersangat rimas! Apakah niatnya mahu menjagaku atau?
Argh! Sukarnya dimengertikan.
Aku rasa teramat tertekan dengan berbagai soalan yang diajukan. Iman hanya membuat orang di sekeliling salah faham dan menyebabkan keadaan bertambah rumit!
Kami makan di sebuah meja berhampiran taman bunga berhampiran air terjun kecil buatan manusia di luar rumah setelah majlis mengikat tali pertunangan selesai. Semua tetamu juga dijemput menikmati hidangan yang disediakan.
Aku hanya diam sambil menikmati makanan.
Ikhwan sesekali memandang seolah-olah ingin membicarakan tentang sesuatu.
Aku memberanikan diri memandangnya dengan terlalu lama, berharap dia akan meluahkan sesuatu yang mengganggu fikirannya saat itu.
“ Humairaa..”panggilnya.
Aku menanti ayat seterusnya.
Dia diam lagi, membuatkan diriku semakin tertanya-tanya.
“Awak..cantik malam ini…” bisiknya dekat di sisiku.
Aku tersentak dengan kata-katanya.
Kenapa dengan Iman ni?
Kena sampuk agaknya?
Atau, dia guna taktik lain untuk aku mengalah dari terus berjuang mendapatkan kembali Vila Bahagia itu.
Pandangan matanya mengganggu ketenanganku. Setiap pergerakkan seakan-akan terlalu diawasi, hinggalah ke satu tahap aku membuat kesimpulan Ikhwan sebenarnya, sedang menggoda!
0 ulasan:
Catat Ulasan