BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Epilog-semalam dalam kenangan


Setahun kemudian...
Bangunan kecil itu sudah didatangi ramai orang. Sejak ia dibuka, makin ramai kanak-kanak yang ingin datang belajar dan ada juga yang dihantar untuk mengambil kelas tambahan lepas waktu sekolah.
A & A tutorial school.
Itu sekolah kelas tambahan yang Adam bina untuk isteri tersayangnya. Walaupun pada asalnya dia tidak mahu Ain bekerja tapi kerana keinginan isterinya yang kuat untuk mengajar, dia menubuhkan sekolah itu dan mengharapkan isterinya menjadi pengetua sekolah itu. Sekolah yang dibina seperti bentuk buah epal itu diwarnakan dengan warna merah. Ia memuatkan lebih dari 40 orang murid. Perabotnya didatangkan khas dari Korea yang sudah direka untuk mengambil mood kanak-kanak agar rajin belajar. Kelas dibuka setiap hari jam 8 pagi hingga 2 petang kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Aku menutup buku laporan kemajuan sekolahku itu. Sejauh ini, sudah ada 3 orang tenaga pengajar yang aku gajikan untuk mengajar di sekolah kelas tambahanku itu.
“ Yang..” panggil Adam setelah pintu dikuak.
Aku tersenyum.
Yes..” sahutku sambil mendekatinya. Aku memeluk lehernya sambil tertawa manja.
“ Manja lebih pulak mummy ni..” usik Adam.
Aku melepaskan pelukan.
Where is the boys?” tanyaku.
Aku bersyukur kerana diberikan cahaya mata kembar. Sepasang anak lelaki yang comel. Kedua puteraku itu kami namakan Daniel Almahdi dan Danish Almahdi. Almahdi itu kami ambil kerana mengingati arwah abang iparku yang juga nama kepada abang suamiku itu.
“ Tu..” tunjuk Adam kepadaku.
Mereka berdua dikendong oleh abah dan mama. Atau lebih mesra lagi atuk dan nenek mereka.
Kini aku sudah punya rumah sendiri. Hadiah sempena aku melahirkan cahaya mata untuk Adam. Rumah idamanku. Halamannya dipenuhi dengan taman bunga. Ditambah lagi dengan kolam kecil dan landskap menarik sentuhan kakak iparku, Sarah.
Aku percaya jodoh itu di tangan Allah yang Satu. Kak Sarah kini menikah lagi. Kali ini dengan seseorang yang pernah singgah ke dalam hidupku. Tidak sangka, kasih Kak Sarah berputik untuk Ikhwan. Meskipun pada mulanya Adam keberatan menerima kehadiran Ikhwan ke dalam keluarga kami, tapi akhirnya dia mengalah. Yang berlalu biarlah berlalu dan yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
         “ Fikirkan apa?” soal Adam seraya memelukku dari belakang. Dagunya dibiarkan di bahu kananku. Aku dan Adam lama memandang ke arah kedua ibubapaku dan anak-anakku itu.
         Aku menghela nafas lega.
         “ Ain bahagia, bang..” jawabku perlahan.
         Adam ketawa kecil.
         “Abang belum..” sahutnya bersahaja.
         Aku berpaling memandangnya.
         “ Maksud?” soalku ingin tahu.
         Dia tersenyum nakal padaku.
         Ah.. mesti nak kenakan kita lagilah ni.
         “ Takkan bagi dua hero saja.. Nak juga heroin..” ucapnya berbunga-bunga.
         Aku terlopong lalu mencubit tangannya, membalas usikan. Aku bahagia punya suami, keluarga dan juga permata hatiku. Aku benar-benar bersyukur diberi kebahagiaan yang sesungguhnya ini.
Aku tahu, Adam adalah segalanya untukku. Adam cintaku dan Adam hidupku. Dia membimbingku mencintaiMU, ALLAH maka ENGKAU perpanjangkanlah jodoh kami hingga ke akhir hidup ini.
Aku berfikir sejenak.
         Berikan Adam heroin pulak?
         Aku tersenyum sendiri. Cadangan yang cukup baik!
         “ Jom..” ajakku dengan suara menggoda sambil menarik tangannya.

SEKIAN.

5 ulasan:

Unknown berkata...

hii..
best..
habis jugak akhirnya..

Unknown berkata...

best!

Tanpa Nama berkata...

terbaik...punya.so sweet....

Tanpa Nama berkata...

terbaik...punya.so sweet....

Tanpa Nama berkata...

besttt!!!!so sweet,terbaik punya