BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 19- Vila bahagia (ilham dari full house)

Sinaran matahari menyapa ruangan bilik, menyentuh segenap ruang lenaku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Mendengar deru nafas yang masih teratur di sebelahku. Aku menarik selimut hingga ke paras leherku. Aku memandang si dia.
Agak lama.
Aku sudah menyerahkan sesuatu milikku yang berharga padanya tapi mengapa aku merasakan benar-benar kecewa?
Aku kemudian berpaling kemudian membelakanginya. Rasa betapa bodohnya diriku ini kerana terpedaya dengan pujuk rayunya. Berulangkali aku menyumpah diri kerana terasa benar-benar di perbodohkan. Perlahan-lahan airmataku keluar. Menangis nasib yang akan menimpa diri. Sepasang tangan tiba-tiba melingkari pinggangku. Pelukannya dieratkan.
        Thanks sayang..” bisiknya sambil mengucup leherku.
        Aku hanya mampu berdiam, menahan rasa dan tidak memberi sebarang reaksi dengan sentuhan itu.
        “ Awak tak pergi kerja?” soalku dengan suara perlahan, masih membelakanginya.
        “ Kenapa bercakap tak pandang? Berdosakan buat begini..”  soalnya pula sambil berusaha menarik bahuku agar memandangnya. Saat bertamu, aku melarikan anak mata. Rasa malu ada, rasa benci ada, rasa suka ada dan berbaur jadinya.
        Iman melepaskan tawa kecil melihat air wajah Humairaa yang kelihatannya seperti kurang senang itu.
        Aku mengerutkan dahi.
        “ Awak menyesal eh?” soalnya nakal.
        Aku tersentak.
        “ Nak menyesal kenapa?” balasku angkuh.
        Iman mengangkat kening kanannya.
        “ Bolehlah ‘request’ lagi..” usiknya.
        Aku mencubit perutnya lalu bangun dari situ dan berlalu mengambil tuala berlindungkan selimut yang kupakai.
        “ Jadi perempuan, saya suka tamak. Kalau awak dan Maya masih bersama, saya tidak akan mahu memandang muka awak lagi!”
        Iman bangun tapi masih duduk di atas katilku.
        “ Walaupun setelah apa yang kita lakukan malam tadi..”
        Aku terdiam.
        Aku mengangguk.
        “Ya..”
        Iman tersengih.
        “ Sebab saya tahu, awak pun rasa saya belum bersedia.. tapi saya terpaksa.. kerana itu, kalau awak masih berniat menduakan saya, detik semalam saya anggap mimpi buruk dan saya akan jadikan ia kenangan yang paling saya benci seumur hidup!”
        Iman melepaskan tawanya, sedikit kuat.
        Aku mengetap bibir, menahan geram dengan responnya.
        “ Awak tak akan sanggup Farah..”
        “ Awak jangan cabar saya, Iman!” sahutku berani.
        Dia mengangkat bahu. Dia menuruni katil dan berlalu menuju ke pintu bilik, berkira-kira untuk keluar.
        “ Semalam, saya rasa awak masih boleh menolak..” selamba Iman berkata dan berlalu meninggalkan aku termangu di situ.
        Kurang ajar!
        Aku terduduk mendengar pintu ditutup kuat. Rasa menyesal kerana menyerahkan sesuatu yang melambangkan harga diriku kepada. Aku tahu Iman tidak akan mempertanggungjawabkannya. Saat itu yang aku tahu, aku hanya mampu menangisinya. Tidak mungkin aku boleh mengulang waktu semula dan tidak mungkin aku bisa mengembalikan milikku yang hilang. Dalam tangis, aku menyimpan dendam.
        Iman... saat ini, tidak lagi akan tertulis maaf buatmu.
        Aku mengepal jemariku.
        Aku menarik nafas sedalamnya.
        Kalau kau sudah berniat membuat aku merana, aku juga akan lakukannya. Kau tega merendahkan harga diriku sebagai isterimu. Lebih rendah dari harga diri seorang hamba di zaman jahiliyah. Dan ingatlah, esok masih ada untuk aku melerai dendam untukmu!

0 ulasan: