BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 16- Vila Bahagia (ilham dari full house)

Ruangan yang cukup bagus. Besar pun boleh tahan juga. Sejauh ini, itu yang boleh aku berikan tanggapan untuk ruangan kedai yang akan aku buka nanti. Walaupun aku terpaksa bertahan satu bumbung lagi bersama Iman, tapi aku bersyukur diberi Iman peluang untuk merealisasikan angan. Hendak dikatakan seni bina syarikat gergasi milik keluarga Iman ini cantik, ya.. bolehlah. Cuma hairan sedikit. Mengapa ruangan yang satu ini tidak diisi untuk pekerjanya atau untuk menempatkan projek lain.
        “ Macamana puan?” soal Hanani mengusik.
        Aku mencubit tangannya.
        Hanani tersengih sambil mengurut-urut tangannya.
        “Okeylah..” komenku bersahaja.
        Kakiku melangkah perlahan demi perlahan untuk mengelilingi ruangan pilihan Iman ini. Lama juga aku mengambil masa untuk memikirkan konsep kedaiku ini nanti. Kalau hendak buat konsep ala taman, hmm.. bolehlah agaknya. Tapi, ala-ala disney land okey juga. Kalau konsep puteri kartun dari istananya itu juga, bolehlah. Lagipula, ia lebih kepada mengimbau saat-saat manis. Langkahku kaku di balik jendela yang sederhana besar. Mataku liar memandang luaran. Kaku memandang sesusuk tubuh yang aku kenal!
        Iman!
        Dia sedang berpegangan tangan dengan Maya.
        “ Eh, itu Imankan?” soal Hanani kepadaku, menginginkan kepastian.
        Aku mengetap bibir. Sedikit kuat. Entah kenapa getar dalam hati kurasakan sakit dan menekan-nekan dada.
        Aku memandang Hanani sekilas dan melempar senyuman yang entah ikhlas.
        Aku mengangguk, mengiakan andaian itu. lalu aku menjauhkan diri dari pandangan yang tak sepatutnya kulihat.
        Tanganku ditarik.
        Aku berpaling.
        “ Bukankah itu bekas kekasih Iman?” tanya Hanani serius.
        Aku mengangkat bahu.
        “ Kekasih ya, bekas tak tahu..” sambungku lalu meneruskan langkah mengelilingi bilik itu. dalam keterlekaanku menghayati ruang, pandanganku terhenti pada sebatang tubuh di muka pintu masuk. Senyuman yang terukir membuatkan aku tertanya-tanya.
        Adakah aku kenal dia?
        “ Encik Farah Humairaa?” soal jejaka itu sopan sambil menghulurkan tangan.
        Aku tersenyum kelat. Teragak-agak untuk menyambut huluran tangannya.
        “ Saya Shahril, supplier kiriman Tuan Iman..” perkenalnya kepadaku mesra.
        Aku mengangguk-angguk.
        “ Termasuk untuk barang konsep kedai saya?” tanyaku.
        Shahril tersenyum seraya mengangguk.
        Aku memainkan jemari di daguku.
        “ Waktu lunch sudah datang, jom..” ajak Shahril, sambil memandangku dan bersilih ganti dengan Hanani.
        Aku terdiam sejenak.
        “ Boleh kita bincang urusan kita terus..” sambungnya lagi.
        Aku dan Hanani berpandangan.
        “ Tak apa Encik Shahril...”
        Tanganku ditarik seseorang. Suara itu aku kenal dengan sesungguhnya lalu aku berpaling memandang si gerangan.
        Iman!
        “ Isteri saya akan pergi bersama saya...” sambung Iman tanpa senyuman dan menarik aku dari ruangan itu tanpa bicara.
        Aku hanya sempat memandang Shahril dan Hanani yang nyatanya terkebil-kebil.
        “ Kenapa buat saya begini?” tanyaku kurang senang.
        Iman melepaskan tanganku. Wajahnya nyata tegang dan enggan tersenyum. Seingatku, aku tidak ada membuat sebarang kesalahan yang membuatkan dia sebegini dingin reaksinya.
        Iman memandangku sekilas. Langkahnya semakin laju membawaku ke tempat meletakkan kereta. Aku mematung diri di luar keretanya. Meskipun kudengar dia merengus kuat, tapi aku enggan masuk ke dalam keretanya. Selagi dia tidak menyatakan mengapa dia tiba-tiba bersikap dingin terhadapku, selagi itu juga aku akan memprotes!
        Iman memandangku dengan wajahnya yang sudah semakin tegang. Mungkin sedang menahan rasa marah kerana kedegilanku. Aku pula lebih senang membalas pandangannya.
        “ Masuk atau saya paksa?”
        Aku menggigit bibir dengan geram. Dengan hati yang sebal, aku masuk juga ke dalam keretanya dan menghempaskan daun pintu kereta kesayangannya dengan kuat. Di dalam keretanya itu aku lebih senang melihat ke luar jendela sambil berpeluk tubuh. Meskipun bunyi loceng amaran tali pinggang keselamatan berbunyi nyaring, tapi aku enggan jua memasangnya ke tubuh.
        “ Saya ulang soalan yang sama Farah!”
        Aku merengus kuat. Aku menarik jua tali pinggang keselamatan itu dan mengenakannya ke tubuhku.
        “ Puas hati?” marahku garang.
        Iman tidak menjawab. Dia lebih senang memulakan pemanduan tanpa banyak bicara. Melihat reaksinya, aku semakin sakit hati.
        “ Boleh tak saya tahu kenapa awak tiba-tiba marah saya?” soalku tidak berpuas hati.
        Iman tidak menjawab.
        Melihat tingkahnya, aku mengetap bibir. Nafas kutarik sedalam-dalamnya. Rasa sabarku masih ada batasnya. Selagi masih mampuku perjuangkan, akan kutahan. Aku rasa bersalah dengan kelakuan Iman yang kurang sopan di hadapan Hanani dan Encik Shahril itu tadi.
        “ Saya tak suka awak terima pelawaan lelaki itu..” luah Iman selamba.
        Aku tersentak.
        “ Itukan pekerja awak..”
        Kereta dimatikan dengan tiba-tiba. Hampir saja aku terdorong ke hadapan.
        “ Awak nak bunuh saya?” marahku sambil memukul tangannya kuat.
        Iman tersengih.
        Aku naik hairan. Tingkah berubah-rubah membuatkan aku memberi kesimpulan Iman kurang siuman!
        “ Kenapa awak marah Farah?” tanya Iman.
        Aku menarik muka.
        “ Sepatutnya awak yang jawab soalan itu..”
        “ Kenapa?”
        “ Sebab awak yang mulakan perang ini!”
        Kami saling terdiam dan berpandangan. Cermin kereta tiba-tiba diketuk.
        “ Maaf encik, saya terpaksa saman kerana berhenti bukan di tempat yang sepatutnya..” seorang pegawai polis trafik tiba-tiba muncul.
        Iman memandangku sekilas.
        Aku menjeling.
        Padan muka!

0 ulasan: