Demi saja masuk ke bilik guru, aku menghempaskan buku di atas meja dengan sedikit kuat. Sakit hati dan memberontak tapi aku tidak boleh bersuara. Aku tidak ada sokongan padu memandangkan cuma aku yang bujang termasuk Cikgu Adam. Mereka yang lain memang sudah berkeluarga dan aku yakin itu alasan mereka yang kukuh kerana tidak perlu memberi sepenuh tanggungjawab terhadap program ini.
“ Kalau tak puas hati kenapa tak cakap?” Cikgu Adam itu tiba-tiba bersuara.
Aku mengerlingnya sekejap. Aku sekadar melepaskan keluhan berat. Kalau aku berkata sekarang pun aku rasa sudah tidak ada gunanya lagi!
Aku siap-siap berkemas untuk masuk ke kelas, mengajar. Subjek Pendidikan Islam ini akan aku ajar pada tingkatan 6 Biru. Aku tercari-cari buku persediaanku mengajar dan kertas peperiksaan mereka yang lalu yang akan aku berikan kepada pelajar-pelajarku nanti.
“ Masuk kelas 6 Biru ya?” soal Cikgu Adam pula memandangkan soalannya yang tadi tidak berjawab.
Aku mengangguk seraya bersedia beredar dengan barang-barang keperluan.
“ Sekejap Cikgu Ain, kita jalan sama-sama..” pintanya sopan dalam senyuman seraya mendekatiku. Aku mematikan langkah menunggu langkahku dan langkahnya beriringan.
“ Dah lama ngajar sini?”
Aku masih berkira-kira mahu menjawab pertanyaan yang agak ramah itu. Tambahan pulak aku bukannya seorang yang peramah. Tapi, jikalau topik yang dibincangkan itu tepat, alamat macam bertih jagunglah bibirku berkata.
“ Adalah lebih kurang 2 tahun setengah..” jawabku ala kadar sahaja.
Dia mengangguk.
“ Hmm.. Ni saya juga masuk bilik 6 Biru. Nak observe..” khabarnya.
Gulp!
Aku menelan liur.
Macamana ni? Aku bukannya biasa kalau sewaktuku mengajar ada guru yang memerhatikan.
“ Bukan apa, saya akan diberikan subjek ini minggu hadapan.. Rasanya, awak banyak pegang kelas untuk subjek inikan?” tanyanya lagi panjang lebar.
“ Aik.. kenapa baru sekarang? Lagipula mereka dah habis exam.. Saya masuk ini pun sebab nak beri kertas exam mereka masa tu..” khabarku tegas.
“ Tak sudi?” soalnya serius.
Alamak!
“ Kenapa pulak tak sudi?” soalku kembali.
Dia diam bersahaja. Lama aku menunggu dia bersuara sehingga langkahku dan langkahnya mati di hadapan kelas 6 Biru itu. Atas sebab, masih ada guru di dalamnya maka kami lebih senang menunggu di luar. Mungkin juga disebabkan kami tiba terlalu awal dari jam yang sepatutnya atau guru itu yang terlebih masa. Al maklumlah, minggu ini para pelajar akan di’basuh’ atas kemerosotan mereka dalam peperiksaan kali ini.
“ Nanti Cikgu bosan sebab tak buat apa-apa..” sambungku bila dia nampaknya enggan bersuara. Anehnya, dia masih diam. Namun, sepasang mata itu masih galak memandang kepadaku. Tingkahnya itu membuatkan aku tidak senang. Pandangannya sukar dimengertikan. Apakah dia terasa hati atau?
“ Saya nak tolong.. mesti tahu hal ehwal pelajar..sebab tu nak masuk..”
Dia bersuara jua mematikan rasa kurang selesaku.
Aku mengetap bibir. Menahan rasa geram dengan jawapannya yang bersahaja itu. Sudahnya, aku membalasnya dengan jelingan. Kemudian aku melangkah masuk terlebih dahulu setelah guru yang ada di dalam bilik itu keluar. Salam diucap saling berbalas. Setelah semuanya duduk aku mempamer wajah serius. Pelajarku itu pun semuanya diam. Selalunya jika aku masuk pasti mereka akan riuh dengan gelak tawa dan keceriaan. Mungkin kerana mereka melihat kertas peperiksaan yang sudah ditanda itu yang membuatkan mereka bungkam membisu. Ada riak wajah yang takut-takut bermain di situ.
Aku menarik nafas berat saat terpandang wajah Cikgu Adam. Bersilih ganti pandanganku dengan para pelajar. Sepertinya ada yang ternanti-nanti untuk diperkenalkan dengan guru baru ini. Ada yang sedang berbisik-bisik. Ada juga yang tersengih. Sudah setentunya pelajar perempuan kerana si jejaka ini sememangnya menawan!
“ Hmm.. class, Cikgu kenalkan.. Cikgu atau Ustaz Adam Al Shahdi..” perkenalku serius kepada mereka semua.
Cikgu Adam tersenyum.
“ So.. mind to introduce yourself, Ustaz?” soalku mesra.
Dia mengangguk seraya pelajarku bertepuk tangan. Mereka memang suka kalau moodku baik. Tapi, kalau wajahku mencuka, mereka mana mungkin berani bergurau denganku. Lagipula, aku begitu bersebab. Misalnya, keputusan mereka kurang memuaskan hati.
“ Assalammualaikum semua..” sapa Cikgu Adam.
Saat itulah aku mengambil peluang menuju ke belakang kelas. Saja mahu memandang dari jauh, memberinya ruang menguasai suasana kelas.
“ Kenalkan dirilah Ustaz..” pinta salah seorang dari mereka. Pastinya Anuar, pelajarku yang agak nakal namun lebih pandai menguasai beberapa mata pelajaran. Beberapa ketika keadaan kelas penuh dengan gelak tawa mereka.
“ Nak tahu pasal apa?” soal Cikgu Adam bersahaja dengan senyumannya.
Finaz mengangkat tangan seraya berkata, “ peribadi kalau tak kisah.. Dah ada steady girlfriend atau belum, tinggal di mana..”
Soalan Finaz disambut dengan tepukan gemuruh memandangkan soalan itu berbentuk usikan. Aku sekadar menjadi pemerhati saja. Sesekali aku tersenyum dengan karenah mereka. Meskipun agak nakal, namun mereka masih tahu menghormati guru.
Cikgu Adam ketawa dulu sebelum menjawab pertanyaan yang dikira cepu emas itu.
“ Ustaz tinggal somewhere here jugak...” jawabnya.
“ Steady girlfriend?” Finaz mengulangi pertanyaan bila dirasakan soalan itu belum dijawab.
Lama Cikgu Adam terdiam. Pandangan diajukan kepadaku yang sedang duduk di bahagian belakang. Aku memberi isyarat mengapa dan apa maksud dengan pandangan itu.
“ Dah ada..” akunya selamba.
Banyak terdengar suara kecewa dengan pengakuan itu.
“ Tu kat belakang..” sambung Cikgu Adam seraya memberi isyarat yang menunjuk kepadaku.
Aku terkejut kecil dengan usikan yang tiba-tiba itu. Pantas saja aku menghadiahkannya isyarat penumbuk dengan geram.
Dia kudengar tertawa nakal.
“ Betul Cikgu Ain?” soal Maria pulak.
Aku menggeleng.
“ Kamu layanlah cakap Ustaz Adam kamu ni..” jawabku selamba.
Mereka ketawa mendengar jawapanku.
“ Baguslah kalau belum ada, boleh tackle..” usik Maria.
Aku ketawa kecil.
“ Tacklelah.. tapi awas ya kalau bilik ruangan guru penuh..terutama sekali meja Cikgu.. Kalau nak kena test free, datanglah ramai-ramai..” ugutku lantas ketawa.
“ Jelous yeh?” soal Cikgu Adam.
Aku menjengilkan mata.
“ Tak kuasa okey.. saya nak privacy!” sahutku tidak mahu mengalah.
Dia mengkekek ketawa.
Aku membalasnya dengan jelingan seraya berlalu semula ke meja utama guru.
“ okey, sudah.. lupakan sesi suai kenal ni.. Boleh sambung habis ni..” tegurku dengan serius sambil tanganku leka membuka sarung surat berisi kertas peperiksaan mereka. Suasana kelas terus diam mendengar teguranku itu. Barangkali takut dengan hal yang bakal terjadi sebentar lagi. Aku mengambil kesempatan untuk menguji mereka.
“ Rasanya soalan Cikgu senang?” soalku serius. Semua mereka diam. Saling berpandangan.
“ Kenapa diam?” sambungku lagi bila masing-masing enggan bersuara.
Aku meneliti satu persatu kertas mereka. Sebenarnya markah mereka memuaskan hatiku. Yang paling rendah pun Cuma 85. Aku saja menduga.
“ Amir..” panggilku.
Dia membalas dengan pandangan.
“ Berdiri!” arahku tegas.
Cikgu Adam segera merapatiku. Matanya liar meneliti apa yang ada di dalam genggamanku. Dia mempamer wajah hairan.
“ Saja..” bisikku, memberi penjelasan untuk pandangan itu.
Wajah Amir kelihatan takut-takut.
“ Sini..” panggilku.
Dia berjalan sambil menunduk. Mungkin dia takut.
“ Tahniah, markah awak paling tinggi.. 97..” khabarku kepadanya.
Dia menjerit bahagia. Aku ketawa kecil. Kelas kembali riuh dengan usikanku itu.
“ Suspenlah Cikgu Ain ni..” tegur Amir dalam nada yang berbaur rajuk.
Aku ketawa lagi.
Amir kembali semula ke tempat duduknya dengan senyum lebar.
“ Boleh tolong bagi?” soalku kepada Cikgu Adam.
Dia mengangguk.
“ No problem..” sahutnya seraya mengambil kertas-kertas yang ada di hadapanku. Masing-masing berpuas hati setelah mereka mendapat kertas dan markah masing-masing.
“ Cikgu Ainkan dah janji, kita lepak kat pantailah minggu ni kan..” peringat Safwan kepadaku.
Ya! Aku memang pernah berjanji kalau mereka mendapat markah yang terbaik, aku akan luangkan waktuku bersama mereka sehari suntuk.
“ Hmm.. tengok dulu..” jawabku selamba.
“ Ala.. kan dah janji..” sahut Maria sedikit kecewa.
Aku tersenyum.
“ Yalah.. Insya Allah kalau tak ada hal..” sambungku.
Mereka bersorak riang. Aku memang suka melihat mereka begitu. Bagiku, memang berbaloi apa yang mereka lakukan untukku itu.
“ Ustaz, kalau nak join amatlah dialu-alukan...” usik Finaz menambahkan lagi kemeriahan suasana kelas.
“ Ustaz tak kisah.. kalau Cikgu Ain offer...” sahutnya dengan ayat yang tergantung.
Aku diam berfikir. Berdua dengannya, sedangkan aku nak kahwin walaupun ada pelajar. Macamana ya? Aku takut pulak timbul fitnah nanti.
“ Tak izinkan tak apa..” sambungnya.
Aku mengetap bibir. Serba-salah jadinya.
“ Kalau tak malu, ikutlah..” jawabku dengan usikan.
Usikanku disambut dengan gelak tawa. Tawa mereka terhenti apabila tiba-tiba sahaja ada guru menegur kami kerana bising. Ia mengganggu suasananya mengajar. Aku memohon maaf atas keadaan mereka itu. Aku hanya dihadiahkan dengan jelingan oleh guru kelas sebelah itu. Aku mengalihkan pandangan pada mereka seraya ketawa kecil. Tersedar dengan kenakalan pelajarku berpadu dengan kenakalanku. Mereka juga akhirnya menghambur tawa bersatu dengan tawa Cikgu Adam.
“ Hah.. nakal sangatlah kamu ni kan..” tegurku dengan senyuman nakal.
Aku sebenarnya tidak kisah dengan teguran guru itu kerana memang suasana meriah begitu yang aku mahu. Bagiku, jika seorang pendidik itu bijak mendekati pelajarnya, pasti pelajarnya juga akan dekat dan pasti mudah mereka menerima ajaran.
“ Tengoklah siapa cikgunya..” sahut Amir selamba.
Aku menjengilkan mata tapi seraya tersenyum.
“ Hmm..betul.. Sporting..lawa dan cute..” sambung Cikgu Adam mematikan senyumanku.
“ Semua suka Cikgu Ainkan?” soalnya pada mereka.
Aku mengetap bibir.
Mereka menyahut dengan nyaring suka padaku.
“ Ustaz pun..” akunya selamba.
Kelas berubah diam. Termasuk aku. Pengakuannya yang agak selamba itu menyentuh hati wanitaku. Lama aku berbalas pandangan dengannya. Berharap akan ada penjelasan dengan maksud kata-kata itu. keadaan itu dimatikan dengan bunyi deringan loceng yang menandakan waktu mengajar sudah tamat. Aku berlalu mengambil barangku di atas meja. Pelajar-pelajarku saling berpandangan mengharapkan suara tentang keadaan yang tiba-tiba sahaja bisu itu.
“ Jangan sentuh hati ini dengan setiap kata-kata..” bisikku perlahan seraya berlalu setelah memberi salam kepada pelajar-pelajarku. Melalui ekor mata, aku memandang Cikgu Adam yang sedang termangu memandangku.
Tolong Adam..jangan sentuh hatiku!
0 ulasan:
Catat Ulasan